Home » , » Status Halal 60,000 Ayam Segar Di Johor Diragui

Status Halal 60,000 Ayam Segar Di Johor Diragui

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 19, 2011 | 7:16 PM

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata, terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

“Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasukianjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata, JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. — Bernama

#surely orang Johor dah mula rasa cuak tetambah yang semalam bedal ayam tak hengat dunia. Agak biadap jugak la kan pengusaha ayam ni sebab bulan bulan puasa ni pun nak buat dajal dekat orang Islam.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)