Home » , » Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana Meninggal Dunia

Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana Meninggal Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 31, 2011 | 12:45 AM

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf Berakhir

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.   (sumber)

##Walaupun mungkin apa yang dibuat beliau salah disisi agama dan undang undang negara, tapi hanya Allah yang layak menilai hambanya. Baik atau buruk, syurga neraka hanya Allah yang mengetahui. Kita doakan arwah dicucuri rahmat Allah. Janganlah kita mencaci , atau menyalahkan arwah ke atas apa yang terjadi. Bukan bermaksud menyokong. Tapi yang lepas tu, lepas la. Arwah pun dah selamat dikebumikan. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan. Al Fatihah!!

Artikel Berkaitan:

Saya Rela Mati’ – Ashraf @ Aleesha

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

Anonymous
February 16, 2013 at 2:45 PM

Currently it ѕοunԁs like Druρal is the top
blogging platfoгm avаіlаble rіght
now. (fгom what I've read) Is that what you'rе uѕing on your blog?



my blοg: dallas auto insurance

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)