Home » , , » Kelebihan Solat Tarawikh Adalah Hadis Palsu?

Kelebihan Solat Tarawikh Adalah Hadis Palsu?

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 31, 2011 | 8:54 PM

Ramadhan akan tiba esok dan semua umat Islam akan mula berpuasa untuk mendapat keberkatan dari Allah. sebelum terlambat. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua rakan blogger Malaysia. Istimewanya kedatangan Ramadhan adalah dengan adanya solat sunat tarawikh yang memberi seribu satu kebaikan dan keberkatan kepada umat Islam. Dan di internet banyak kita lihat tentang kelebihan solat sunat tarawikh dari malam pertama hingga malam ke 30..

Tapi selepas search mengenai hal ini. Aku dapat sesuatu dari sumber boleh dipercayai . Tentang hadis palsu.

setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

artikel penuh boleh baca DISINI

Tak berani nak memandai lebih sebab aku pun bukan pakar dalam perkara perkara macam ni. Namun, dalam bulan ramadhan ni. Lebih baik kita gandakan ibadat kita tanpa mengira tentang kelebihan disebut dalam hadis tersebut. Yang pastinya, bulan Ramadhan  membawa keberkatan yang sangat besar dan tiada tolok bandingnya. InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan dibulan mulia ni. Selamat berpuasa semua,

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

July 31, 2011 at 11:17 PM

selamat bertarawikh n selamat berpuasa...:)

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)