pic credit to PAULTAN
PUCHONG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan varian terbaru ViVA Elite iaitu ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE) dengan rekaan dalaman dan luaran yang menampilkan ciri-ciri baru yang cukup eksklusif.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru dengan kapasiti enjin 1000 cc itu adalah pelengkap kepada rangkaian ViVA yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada tahun 2007.
Beliau berkata, ViVA EEE mempunyai rekaan bergaya dengan enam perubahan rekaan dalaman dan luaran serta warna baru yang menarik.
“Kumpulan sasaran kami adalah pelanggan wanita dan lelaki sama ada yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar. Mereka memiliki pendapatan di antara RM30,000 sehingga RM35,000 setahun,” katanya.
sumber : ViVA Elite edisi Eksklusif dilancar
P/S : cam cantik je...harap tak tiru macam nie ..DEDAH!!Myvi dan Alza Adalah Hasil Ciplak dan Copy Paste???
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)