
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau
kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.
2 comments
bahaya ni..abestu macam mana nak tau,kalau b4 kawen biasanya sume indah2 belaka
jenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
hehehe kna pandai2 la nak memilih...kenal sebelum buat keputusan
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)