Home » , » TIPS BLOGGING!!WARNA BLOG MEMPENGARUHI BLOGGER..((edisi hijau...))

TIPS BLOGGING!!WARNA BLOG MEMPENGARUHI BLOGGER..((edisi hijau...))

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 06, 2010 | 8:28 PM


msuk je blog aku...ijau...pnuh dgn ijau....kn?xsuka ka??xsuka xpa r...aku xksah pown sbb aku suka...taw sbb apa aku suka??byk sbb nya....
.
jom kita tgk..first baca entry nie dulu...dicopy secara berhemah di :



Love.
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan (ALLAH), cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan2, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Duduknya pusat cinta adalah di Heart Chakra. Iaitu satu chakra yang berelemenkan warna Hijau. Kerana itu, cinta digambarkan dengan bentuk atau simbol hati. Ini menbuktikan duduknya di pusat energi cinta. Dan dalam dunia ini, cinta mempunyai tingkat energi positif antara yang paling tinggi. Cinta adalah kunci kemakmuran (abundance & Prosperity). Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.


Alam Semulajadi / Nature.
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok2 dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.


Harmoni.
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

Growth.
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

Minda / Mind.
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan menbangun seperti simbol Hijau yang lain iatu alam dan growth. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan Tuhan (ALLAH) yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan Tuhan (ALLAH).

Money / Abundance.
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “Inner”.

Sebenarnya, Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Saya kurang pasti adakah sebarang sejarah atau latar belakang Islam dahulu yang mempunyai kaitan dengan warna Hijau. Tetapi jika dari metodologinya, saya lihat Islam itu harmoni dan sederhana (centered) serta berkembang. Seperti mananya, chakra Hijau adalah di tengah-tengah antara chakra yang lain, ia memang menggambarkan keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan Tuhan (ALLAH), ia nampak nature atau natural. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.


Knowledge.
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).


Wood / Kayu.
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen wood atau kayu. Atau dekat dengan erti alam (nature). Elemen wood dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi profesion/kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu (knowledge) manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.


Ada banyak kata “HIJAU” di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah (Syurga) ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Sebuah rumah sakit/hospital pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pesakit atau warna dinding rumah sakit, sehingga banyak membantu dalam mengubati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pesakit. Sejumlah percubaan telah membuktikan bahawa warna Kuning dapat membangkitkan semangat di saraf pusat. Adapun warna Ungu mampu membangkitkan ketenangan, Adapun warna Biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna Merah maka orang akan merasa panas atau gersang. 

*Dan para pakar tersebut mengatakan bahawa warna yang mampu membangkitkan kebahagiaan, perasaan gembira & bersemangat hidup (strong desire & live life with full of spirit) adalah warna *HIJAU*.




Oleh kerana itu, warna yang utama dan sesuai untuk bilik atau ruang pembedahan, pakaian para ahli bedah dan pakaian pesakit adalah warna Hijau. Satu pengalaman unik akan kami nyatakan di sini bahawa ada satu pengalaman yang terjadi di London, England, di kawasan Black Fryer yang dikenali dengan “Kawasan Bunuh Diri” kerana majoriti kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna Hijau metalik. Dengan hal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna Hijau juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

......hehe penat x baca??xpe...tue ilmu...=)ok dah taw la kn kelebihan hijau?so klw anda smua nk ketenangan ,nk rasa bahagia , n nk hilangkan tension ...gunakan warna hijau dalam kehidupan anda...

klw nk hijau...slalu2 la jenguk blog nie=)

**promot sikit

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

6 comments

May 6, 2010 at 8:56 PM

Kalau Dauspozi kata 'Ingat Hijau, Ingat Daus' yang admin blog nih cam mana pulak? :)

www.ismailnoh.com

May 6, 2010 at 9:06 PM

hijau memang menarik :)

May 6, 2010 at 9:16 PM

ismail noh...owh daus pozi cam tue ek???sy nma hafiz..klw dgn greenn...mknanya..greenpeace la...hahahaha

May 6, 2010 at 9:16 PM

nisya>>thanx nisya sbb jadi pengomen tegar dalam nie=)

May 6, 2010 at 11:46 PM

i love green tooooooo

May 7, 2010 at 12:05 AM

aienzunnur>>>me tooooooooooooooo=P

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)