Home » , , » Gambar Rusuhan di Singapura

Gambar Rusuhan di Singapura

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 09, 2013 | 5:02 PM

ambulance-on-fire-policeroad-cordoned-off-after942021_489934727744788_1131820558_narticle-2520403-19F68A4F00000578-402_964x63020131208_littleindiariot_bk_01singapore_riot_1_09122013-302x251Singapore_2759614b

SINGAPURA: Pagi ini rakyat Singapura dikejutkan dengan foto-foto kereta yang dibakar dan jalan yang bersepah, sesuatu yang tidak pernah mereka lihat.


Semuanya berlaku setelah satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang pekerjawarga asing dari India terbunuh.Ia merupakan rusuhan paling buruk dalam tempoh 40 tahun.


Rusuhan tersebut berlaku pada lewat malam Ahad diLittle Indiaselepas seorang pekerja warga asing yang berusia 33 tahun dilanggar sebuah bas.
Menurut polis seramai 400 warga asing terlibat dalam rusuhan tersebut dan 27 pekerja telah ditahan atas tuduhan merusuh, yang mana boleh kesalahan tersebut boleh dihukum penjara 7 tahun termasuk dirotan.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan termasuk tiga kereta polis telah dibakar. Situasi genting akhirnya berjaya dikawal pasukan komando elit yang tiba di tempat kejadian.


Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam kenyataannya berkata “apa sahaja yang telah menyebabkan rusuhan tersebut, ia bukan satu alasan untuk bertindak ganas, memusnahkan harta benda dan penglibatan dalam jenayah.”


“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengenalpasti dalang di sebalik kejadian tersebut dan akan bertindak atas undang-undang,” jelasnya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, aktivis pekerja asing Jolovan Wham berkata agak sukar untuk mengenalpasti sama ada keganasan tersebut adalah simptom kemarahan yang terpendam oleh pekerja warga asing.

Aktiviti ekonomi Singapura bergantung besar kepada pekerja warga asing dengan warga Asia Selatan mendominasi sektor pembinaan. Pada hujung minggu, ramai pekerja warga asing akan berkumpul di Little India untuk membeli-belah, makan dan minum.


Insiden tersebut telah menyebabkan rakyat Singapura meluahkan pandangan mereka mengenai pekerja imigran di Singapura di media sosial, namun pihak berkuasa berharap agar rakyat tenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.


Seorang pesara, Basher Marican, 69 tahun yang dalam perjalanan ke rumah sewaktu rusuhan tersebut berlaku berkata, “perusuh tersebut ternyata sedang mabuk”.


“Mereka minum bir an botol arak di tangan mereka dan sebahagian daripada mereka membaling botol tersebut,” jelasnya.


“Sewaktu saya melalui sebuah restoran perusuh sangat tidak terkawal. Sebahagian daripada mereka turut menyerang bas yang melanggar rakan mereka,” katanya kepada AFP.

Sumber :http://www.astroawani.com/news/show/rusuhan-mengejut-gemparkan-singapura-26706?cp

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

December 9, 2013 at 6:09 PM

teruk jugakkan...kalau lepas ni Malaysia jadi macam ni. lagi nayaa

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)