Home » » Kamus Bahasa Kedah / Utara

Kamus Bahasa Kedah / Utara

Written By Hafiz Rahman on Saturday, October 05, 2013 | 11:11 AM

Memandangkan aku ni adalah anak sejati Kedah yang kini bertapa mencari sesua nasi di Shah Alam, harini aku nak berkongsi sikit warisan bahasa dan loghat kami di Kedah atau area Utagha. Kalau nak belajaq boleh la usha satu2 word kat bawah ni. Tak faham baca lagi dan lagi…hahaa

1. Qhe-ngau = cakar

2. Se-qheyat = reda/ surut

3. Hambat = kejar

4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati

5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa

6. Ligan = kejar

7. Cemuih = bosan/jemu

8. Tokak = gigit besar

9. Gey-qhek = basikal

10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)

11. Belemoih = comot/ kotor

12. Tetomoih = tersungkor

13. Ku-tey = cubit

14. Tak dan = tak sempat

15 Hebiaq = celupar

16. Maneh melecaih = tersangat manis

17. Lencun = basah

18. Lokoih = basah kuyup

19. Kawaq = pencuri

20. Kanyaq = mentah (berhingus)

21. Ketegaq = degil

22. He-qhot petot = senget benget

23. Me-qhela = gatal

24. Log laq = cemekap/ cuai

25. Hawing = pusing

26. Punggai = baling/ lempar

27. Tengalong = tuju/ baling

28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah

29. Ayaq achaq = air longkang

30 . Ha-qhin = hancing

31. Kelepiaq = melibas

32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes

33. Hemoi = "muka tak malu"

34. Me-qhe-nyeh = menggatal

35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau

36. Hapak pera'e = bau hapak

37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"

38. Celuih = muat

39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau

40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam

41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"

42. Kampoi = kumpul/ kaut

43. Je-qhang = rebus

44. Capoi = celupar

45. Te-qhe-bey = lastik

46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor

47. Me-qho-not = membongkok

48. Sene-qheh = selisih

49. Be-qha-chaq = comot/ kotor

50. Qhembang = gemuk / merembang

51. Pedo = hati-hati

52. Peqhusah = urus

53. Hapuih = tenggelam (lemas)

54. Qhan-dok = redah

55. Se-ghoh = kebah/ kurus

56. Qhen-jong = tinggi lampai

57. Pe-qho-ngoih = panas baran

58. Takek = ketuk/potong

59 Be-qhemba = bersaing/ lumba

60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir

61. Ge-qhet = gigit

62. Tahaq = tahan

63. Qha-gaih = panjat

64. Melewaq = merayau

65. Melahaq = kebulur

66. Qha-bat. = naik/panjat

67. Qhim-bok = belasah

68. Mengkelai = berkelahi

69. Cuak = seram / tak sedap hati

70. Juih = mulut muncung

71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan

72. Qhodong = melulu

73. Qhedah = redah

74. Ayaq seqhebat = air sirap

75. Peqhasat = sangat dengki

76. Mandom = lembap / lambat

77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )

78. Tepok = lumpuh / tampar

79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )

80. Kok-ko = dukung

81. Mai = mari

82. Terple'ot = terseliuh

83. Gomoi = bergaduh/ bergusti

84. Ketit = cubit / kena gigit serangga

85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan

86. Nala = tersangat / besar

87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok

88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai

89. Pediah = habuan

90. Polok = makan penuh mulut

91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi

92. Qhe-ling = jeling

93. Peng-kaq = kaki tempang

94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )

95. Kesot = alih mengesot

96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil

97. Cempong = angkat/ dukung

98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi

99. Conek = ekor

100. Depa = mereka

101. Qha-let = leka/cuai

102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free

103. Bakup = mata layu / mata bengkak

104. Katok = ketuk/pukul

105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai

106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!

107. Ikan ka-qhen. = ikan laga

108. Bijik qhe-mia = warna keunguan

109. Ikan temenung = ikan kembong

110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet

111. Ketuat = kutil

112. Mengacom = mengadu

113. Mengkelan = tersangkut makanan

114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar

115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas

116. Mot = bawak/ muat / bonceng

117. En-jos = exzos

118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock

119. Pre-went = sprocket/ freewheel

120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis

121. To-qheh = turis/ calar

122. Tungging buyung = "somersault"

123. Ponen = pondan/lembut, waria

124. Kesot = Injak / mengesot

125. Qhamaih = Ramas

126. Boroi = Berperut buncit

127. Kedeqhat = Kudrat

128. Biaq = Biar

129. Qhabat = Panjat

130. Ragaih = Panjat

131. Ghamei = Suka/gembira

132. Terebey = Lastik

133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri

134. Belengaih = Kotor

135. Contiang = Lukis

136. Mengkala = Kalau / seandainya

137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut

138. Celapak = Terkam / lompat

139. Se-gheyau = Takut- takut

140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak

141. Melahaq = Lapar /Makan

142. Hampa = Mereka / kamu / awak

143. Depa = Mereka

144. Merenyam = Gatal (playgirl)

145. Tak dan = Tak sempat

146. Nyeh = Buang hingus

147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )

148. Singkiaq = Singkir

149. Keleboq = Selut hitam

150. Pulun = Bersungguh- sungguh

151. Lagu mana = Macam mana ( how )

152. Pok kai = Duit dah abis

153. Terejai = Cakap secara kasar

154. Hawaq = Perangai tak senonoh / jahat

155. Ghe-nyeh = Terlebih senyum

156. Ku ih = Calit /tolak ketepi

157. Kelepiaq = Tangan bergerak ke sana sini

158. Lau = .Reban ayam

159. Toslet = Lampu suluh ( torch light )

160. Pelekoh = Pukul

161. Luku = Pukul dengan tulang jari tangan (kat kepala)

162. Ber-ghetoh / tersenegheh = .Berlaga / tersentuh

163. Merengit = . Hitam

164. Kahaq = Kasar

165. Cekeding = Tersangat kurus

166. Lit-lit = Panas ( cuaca )

167. Tera = Pandai

168. Hampa = . Mereka /

169. Ligan = Kejar

170. Gelema = Kahak

171. Herot petot = Tak tersusun / Bengkang bengkok

172. Je gheluih = Terjatuh ke lubang

173. Melahaq = Lapar / Makan

174. Pengkaq = Jalan tak betul

175. Aiyo = Sambil tepuk dahi

176. Puqrih = Lidi

177. Tembun = Debab / Gemuk

178. Cemuih = Bosan

179. Cenge = Garang

180. Perongouih = Ganas

181. Juruih = Jirus / Sirim air

182. Pelaq = Kurang ajaq

183. Kurang ajaq = Kurang ajar

184. Hemoi = Tak kisah / tak malu

185. Lokoih = Basah kuyup

186. Koi-koi = Makin lama / Pelan- pelan

187. Baloq liat = Malas dan penyegan

188. Terpegheluih = Jatuh terperosok

189. Terpelohong = Terbukak ( khas untuk lubang )

190. Tak kelapaq = Tak ingin / tak mau

191. Tergelinciaq = Tergelincir

192. Koroi / Kuruih = Kurus

193. Koro = Sorang-sorang kesepian

194. Kelepiaq = Tangan bergerak kesana sini ( meronta )

195. Gabuih = Cuci / Gosok ( khas untuk habuk@ debu )

196. Gabuih = Gabus

197. Hinggut = Goyang /Goncang

198. Terpeleot = Tergeliat/ terkehel

199. Ghenjong = Panjang

200. Ghalit = Khusyuk /Lalai

201. Pelet = Loghat

202. Hang = Awak / kamu / kau

203. Tawaq hebiaq = Telalu tawar

204. Maneh melecaih = Tersangat manis

205. Qho joh = Tikam

206. Piau = Original

207. Chayaq = Cair

208. Orait = All right

209. Gostan = Undur

210. Go head = Ke hadapan

211. Gohead gostan = Kehadapan- undur

213. Semedang = selalu

214. Pandak = pendek

215. Cepiaq = talam kecik hidang kopi

216. Peqhosah = buat bersungguh2

217. Seqhot = undur pelan2

218. Bedanoq = Tersangat kotor

219. Pree = Free/Percuma

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)