Saturday, March 31, 2012

Dapatkan 25000 Tiket Wayang Percuma GSC Untuk Tontonan Esok!!

tiket percuma gsc,gsc tiket percuma,gsc ulang tahun,tiket wayang gsc percuma,tiket gsc percuma

Bersempena dengan ulangtahun ke 25 tahun Golden Screen Cinema( GSC), GSC kini menghadiahkan 25000 tiket percuma kepada orang ramai sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka selama ini. 25000 tiket tersebut adalah untuk tayangan filem jam 2.50 petang, 1 April 2012, (AHAD)  di 23 cawangan GSC seluruh negara.  121 Dewan untuk 25,000 tempat duduk akan disediakan menjadikan bilangan tersebut mencecah 70 peratus daripada keseluruhan tempat duduk GSC di seluruh negara.

 

Bagaimana untuk menebus tiket percuma??

  1. Layari laman web GSC (CLICK http://goo.gl/ffFMs)

untuk senarai movie yang boleh ditonton menggunakan tiket yang ditebus di setiap lokasi, and boleh rujuk di sini ( CLICK  http://goo.gl/5Oyki .  )

Syarat penebusan tiket percuma GSC :

  • Setiap kupon menebus semula boleh digunakan untuk menebus 2 tiket untuk tayangan yang sama.
  • Setiap seorang dihadkan kepada 4 tiket sahaja di kaunter-kaunter GSC.
  • Tiket GSC Percuma adalah tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.
  • Berumur 12 tahun dan keatas
  • Tiket tidak sah untuk  GSC Signature, GSC Maxx, Gold Class, Premiere Class dan Digital 3D movies

Friday, March 30, 2012

Lagu Bawaku Pergi – Zizan Dan Kaka Diharamkan Kerajaan

zizan dan kaka, bawaku pergi. bawaku pergi diharamkan, lagu zizan diharamkan, lagu zizan dan kaka, lagu diharamkan keraajaan, lirik lagu bawaku pergi zizan dan kaka


Kecoh dengan kisah Lagu Zizan dan Kaka bertajuk Bawaku Pergi dikatakan mendorong remaja lari dari rumah macam yang berlaku semenjak dua menjak ni. Penulis lagu tersebut, Malique terkilan kerana Kerajaan mengharamkan lagu berkenaan tanpa memberi peluang kepada pihak Malique untuk memberi keterangan dan keputusan dibuat tanpa ada langsung penilaian lengkap oleh panel penilai . Berikut adalah komen Malique berkaitan isu ini :

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.


Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.


Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.


Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.


Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Kalau isu sebesar ini nak dibesarkan, kenapa tidak dari dulu perkara macam ni dibuat? Aku baru je dengar lagu ni di radio tadi dan aku tak rasa pun lirik liriknya boleh buatkan remaja lari dari rumah. Kalau dah dengar lagu boleh terpengaruh nak lari rumah bagai , apa yang ibu bapa buat? Nak salahkan lagu bila anak lari? macam Malique kata “Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.” Aku tak rasa ada unsur negatif dalam lagu ni. Lagu Miss Nina dengan Colby O Donnis rasanya lebih bersifat negatif dan lebih “barat” . Kenapa masa tu diam ja? Tak haramkan pun . Mungkin sebab lagu tu menunjukkan Malaysia boleh berkolaborasi dengan artis Hollywood kot? Boleh naikkan nama Malaysia dimata dunia.

Kalau la sebuah lagu boleh memberi kesan yang sangat dalam, kenapa jugak lagu Jalil Hamid dulu tak diharamkan . Mungkin boleh menjejaskan industri ayam di Malaysia sebab setiap bahagian yang dimakan bawak efek negatif pada diri (cuba dengar balik lagu Ayam ) . Lawak pun ada bila difikirkan balik sebuah lagu boleh bawak impak yang sangat besar . Rasanya , banyak lagi benda lain yang Kerajaan perlu haramkan sebelum benda benda macam ni dia nak haramkan. Tu pendatang asing tu , haram jugak, tapi diberikan IC pulak? Apa citaa?? Monyet dalam hutan disusukan, dimanjakan, ditatang , anak kat rumah mati kebulur, kelaparan. 


Bawaku Pergi- Zizan & Kaka

sumber rujukan:

Wednesday, March 28, 2012

Jom Meriahkan 1 Youth Carnival UiTM Shah Alam 29 - 31 Mac 2012

PERHATIAN dan pengumuman kepada anda yang berada disekitar UiTM Shah Alam dan sekitar, tak kira la anda students atau bukan students, 1 Youth Carnival akan berlangsung pada 29-31 Mac ini di UiTM Shah Alam dan bakal menjadi karnival terbesar pada tahun ini. Karnival ini adalah anjuran Kelab Technopreneur UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pusat Keusahawanan UiTM (MASMED), Kelab Usahawan UiTM, Koperasi Siswa UiTM, Kolej Mawar UiTM dan Pusat Kegiatan Pelajar UiTM serta badan-badan koporat dan NGO lain.

Berikut adalah maklumat berkaitan Karnival tersebut :

Karnival ini juga akan membawakan kepada anda konsert Sixthsense yang akan berlangsung pada 30 Mac 2012 jam 8.30 malam. Tiket tiket PERCUMA boleh didapati di booth DiGi yang telah dibuka di Dataran Cendikia UiTM Shah Alam .Cuma perlu beli minimum topup DIGI RM 10 dan anda layak mendapat pass percuma .

APA LAGI ANDA BOLEH DAPAT DISANA? macam macam ada. Karnival jualan  menyediakan pelbagai barangan dengan harga terendah kepada pengunjung .

Jadi apa tnggu lagi? Jom kita sama sama memeriahkan 1 Youth Carnival  (1YC UiTM)  di Dataran Cendikia (DC)  , UiTM Shah Alam.

Monday, March 26, 2012

Gambar Suspek Pembunuh Nurul Nadhirah @ Dirang | Penganggur Didakwa Bunuh Dirang

gambar pembunuh dirang, gambar pembunuh nurul nadhirah, nadhirah mati dibakar, kanak kanak hilang mati dibakar, kanak kanak rentung , dirang ,gambar nurul nadhirah,  nurul nadhirah abdullah, mayat nurul nadhirah ditemui rentung, dirang meninggal dunia dibunuh dan bakar


JOHOR BARU: Seorang penganggur, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) disebuah ladang kelapa sawit, 1 Mac lalu.

Muidin Mydin,24, menundukkan kepalanya selepas pertuduhan membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit pada pukul 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac dibacakan terhadapnya.

image

Entry kes Dirang sebelum ini:

>> KRONOLOGI KES BUNUH DAN BAKAR NURUL NADHIRAH @ DIRANG<<

>>NURUL NADHIRAH @ DIRANG-5 TAHUN, MATI DIBAKAR HINGGA RENTUNG<<

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Bagaimanapun, tiada kenyataan direkodkan.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas.

Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan.

**alhamdulillah kalau penjenayah tersebut dah dihadapkan ke mahkamah dan sabit kesalahan. Kalau benar pesalah di atas bersalah, memang hukuman paling berat perlu dikenakan sebab apa yang dilakukan ke atas adik Dirang adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal fikiran waras seorang manusia dan diluar fitrah kehidupan.

ALFATIHAH untuk arwah Dirang.

 

sumber : MSTAR

Gambar | Video Awal Ashaari Lamar Scha Al Yahya Dalam Propaganza

awal lamar scha, gambar awal lamar scha, awal ashaari dan scha al yahya,propaganza, awal kahwin scha, video awal ashaari lamar scha


Penonton program hiburan terbaru di tanahair yang bersiaran di Astro Ria,propaganza dikejutkan dengan kehadiran Awal Ashaari secara tiba-tiba melamar kekasihnya Scha Al Yahya untuk dijadikan isteri

image

Mereka muncul dalam program hiburan,propaganza sebagai tetamu jemputan

Reaksi gaya spontan lamaran Awal Ashaari membuatkan Scha terkejut dan sebak sekaligus menerima lamaran berkenaan

Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia

image

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini

VIDEO AWAL ASHAARI LAMAR SCHA AL YAHYA DALAM  PROPAGANZA

kredit sepenuhnya ENCIK NAKAL

Sunday, March 25, 2012

Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie

irmas hasmi, gambar tunang irma hasmie, gambar kahwin irma, tunang irma hasmie, irma hasmie tunang, gambar majlis tunang irma hasmie


Alhamdulillah, pelakon dan pengacara , Irma Hasmi petang tadi telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya di teratak keluarga beliau di Sungai Buloh. Irma hasmi mengenakan busana berwarna biru putih yang serba anggun dan moden rekaan Hatta Dolmat . Baju rekaan Hatt Dolmat ternyata menambahkan lagi keserian Irma dihari pertunangannya.

Irma Hasmie telah ditunangkan bersama Reza Syah Ameer Dato’ Radzuan. Mereka bertemu semasa menjalani ibadah di Mekah dan insyaAllah pernikahan akan diadakan pada 1 Julai 2012 yang akan datang. Semoga jodoh Irma dan bakal suami berpanjangan sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.

berita oleh MSTAR:

SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

Dari kiri: Ibu Irma, Ropitah Abdul Hassan, Azizah Osman dan Irma. Foto UTUSAN

 

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

 

FOTO SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN IRMA HASMIE DAN REZA SYAH AMEER

AovgS5VCEAAN_2E-1tunang-irma-hasmiegambar-irma-hasmie-bertunanghiasan-hantaran-450x656gambarirmahasmiebertunang2ijok-20120324-00090screen-shot-2012-03-24-at-4-15-10-pm

ihsan gambar dan sumber dari :

ROTIKAYA

SYOKKAHWIN

BEAUTIFULNARA

terbakor.com

**semua gambar telah diupload sendiri ke hosting blog ini dan bukan copy paste.