gambar pembunuh dirang, gambar pembunuh nurul nadhirah, nadhirah mati dibakar, kanak kanak hilang mati dibakar, kanak kanak rentung , dirang ,gambar nurul nadhirah, nurul nadhirah abdullah, mayat nurul nadhirah ditemui rentung, dirang meninggal dunia dibunuh dan bakar
JOHOR BARU: Seorang penganggur, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) disebuah ladang kelapa sawit, 1 Mac lalu.
Muidin Mydin,24, menundukkan kepalanya selepas pertuduhan membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit pada pukul 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac dibacakan terhadapnya.
Entry kes Dirang sebelum ini:
>> KRONOLOGI KES BUNUH DAN BAKAR NURUL NADHIRAH @ DIRANG<<
>>NURUL NADHIRAH @ DIRANG-5 TAHUN, MATI DIBAKAR HINGGA RENTUNG<<
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.
Bagaimanapun, tiada kenyataan direkodkan.
Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas.
Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan.
**alhamdulillah kalau penjenayah tersebut dah dihadapkan ke mahkamah dan sabit kesalahan. Kalau benar pesalah di atas bersalah, memang hukuman paling berat perlu dikenakan sebab apa yang dilakukan ke atas adik Dirang adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal fikiran waras seorang manusia dan diluar fitrah kehidupan.
ALFATIHAH untuk arwah Dirang.
sumber : MSTAR
syukur, yang macam ni kita nak tengok, pesalah dihadapkan kemuka pengadilan...at least keluarga dia rasa terbela
ReplyDeletemy blog >> http://ajamoppical.blogspot.com/2012/03/peminat-encik-sparks.html
kesiannn.....budak kecil yg x berdosa jadi mangsa....
ReplyDeleteok la tu....suka2 dulu..yer tak...same goes to me...hehehe
jemputan khas:Para bloggers semua....apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog u olls.Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG....
ok la tu....suka2 dulu..yer tak...same goes to me...hehehe <<< ter kopi paste...sori
ReplyDelete