KUALA LUMPUR : Rozita Che Wan sendiri merasa terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang seksi yang telah di kata mirip beliau dan tersebar di lama-laman web.
Malah, Rozita menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.
“Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam. Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.
“Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini. Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.
“Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengar dan melihatnya sendiri.
“Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini,” kata Rozita Che Wan ketika di ajukan soalan.
Rozita turut memberi pandangan beliau mengenai gambar itu dan menyatakan gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.
“Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.
“Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.
“Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya,” jelasnya.
Menurut beberapa info, gambar yang di kata mirip Rozita ini sebelum ini pernah disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)