Alhamdulillah pada 18 Ramadhan yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam satu majlis amal dan berbuka puasa bersama Team Denaihati , Anjuran Al-Ansar bersama Usahawan Muda, Dewan Perdagangan Islam Islam Malaysia (DPIM) di Kampung Sungai Kelambu , Banting Selangor. Iftar kali ini berbeza dengan iftar iftar lain. Kalau iftar lain selalunya diadakan di hotel hotel , tetapi kali ini penganjur mengambil pendekatan mendekati suasana dan merasai sendiri pengalaman berbuka di suasana kampung halaman yang indah dan berbuka bersama dalam keadaan tenang dan santai.
Majlis yang dinamakan MAJLIS IFTAR ‘MESRA KASIH MEDIA’ BERSAMA KUMPULAN AL ANSAR DAN USAHAWAN MUDA , DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) ini menjemput pihak media dan rakan blogger nombor satu negara iaitu Denaihati untuk bersama sama mengeratkan silaturahim di bulan penuh keberkatan ini dan mengenali pihak media dan blogger yang banyak membantu membuat liputan dan hebahan mengenai kumpulan al –Ansar dan anak syarikat terutamanya E-Qurban Resources Sdn Bhd.
Bagi yang belum tahu, E Qurban Resources berperanan sebagai medium atau perantaraan kepada umat Islam untuk melakukan ibadah qurban dan aqiqah terutama dikalangan saudara islam di Kemboja. Dan pada 4-10 Jun lalu, 8 orang rakan media dan seorang blogger telah bersama membuat liputan ibadah aqiqah di Kemboja
Majlis iftar tersebut telah menjemput kedatangan anak anak anugerah dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin dan pelajar tahfiz dari Sekolah Tahfiz , Ihya Al-Ahmadi dan golongan warga emas dan penghuni Warisan Kasih dibawah seliaan Hj Masyrukin , salah seorang sahabat perniagaan Kumpulan Al Ansar.
Hj Masyrukin
Hj Masyrukin sedang ditemuramah oleh media dan blogger yang hadir.
Sesuatu yang menarik untuk diketahui tentang Rumah Warisan Kasih dibawah seliaan Tuan Haji Masyrukin ini adalah ianya berbeza dengan rumah rumah kenangan dan warga emas yang lain dan ada keistimewaanya tersendiri. Rumah ini ibarat “rumah istirehat” untuk golongan warga emas dan bukan “rumah buangan” kepada golongan ini. Bila disebut rumah orang orang tua pasti dlaam benak fikiran kita terus akan terfikir golongan warga emas yang diabaikan dan dihantar oleh anak anak kerana tak ammpu menjaga ibu bapa lagi. Tetapi tidak dirumah Warisan Kasih .
Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh yang juga dikenali sebagai Warisan Kaseh adalah sebuah rumah istirehat dan pusat tarbiyah warga emas . Istimewanya , warga emas disini datang secara SUKARELA dan menjadi penghuni. Tiada istilah “dibuang” atau “diabaikan” di rumah ini. Sekitar 15 penghuni disini datang secara sukarela untuk bersama sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan tenang.
Kata Tuan Haji Masyrukin,
“ Kenyataanya bila usia semakin meningkat , kesibukan anak anak mencari sumber pendapatan dan tuntutan berkeluarga sendiri adakalanya menyebabkan ibu bapa berasa tersingkir walaupun bukan niat anak anak melakukan begitu.Namun ada juga yang terlepas pandang kebajikan ibu bapa yang bukan sekadar mengharap anak anak memberi perlindungan tempat tinggal tetapi kasih sayang dan perhatian juga diperlukan., namun alasan keduniaaan sering menjadikan sesetengah anak lupa kepada jasa dan pengorbanan ibu bapa menyebabkan ada yang berkecil hati dan mahu keluar daripada rumah anak anak untuk mencari sedikit ketenangan dihujung usia”
Rumah Warisan Kaseh memberi peluang kepada sesiapa yang berhajat untuk bersama membuat amal dan menyediakan tempat tinggal kepada golongan warga emas ini. Mereka boleh tinggal bersama penghuni lain , berpuasa, berbuka, bersolat jemaah, bertadarus al quran dan aktiviti lain sebagai satu keluarga besar. Untuk maklumat lanjut berkaitan Rumah Warisan Kaseh, maklumat adalah seperti berikut.
Warisan Kaseh Darul Maghfiroh
Lot 388, Jalan Dahlia 1
Kampung Sungai Kelambu Timur
42700 Banting , Selangor
Tel : 03-31875304
email:
atus@stremix.com
Penaja bersama untuk Majlis tersebut adalah Bio Cypress Extra dari Al- Ansar Food Supplies , tajaan kerepek dari perusahaan kampung Ros Enterprise serta tajaan makanan ringan oleh DPIM.
Dan berikut foto foto perjalanan sepanjang Majlis tersebut
Meja rakan media
persembahan nasyid
penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan
rakan media dan blogger yang hadir
penyampaian cenderahati kepada media dan blogger
2 comments
seronoknya
alhamdulillah semuanya lancar
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)