Home » , » Kemalangan Ngeri Libatkan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Seorang Maut

Kemalangan Ngeri Libatkan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Seorang Maut

Written By Hafiz Rahman on Sunday, August 12, 2012 | 5:07 PM

Berita terbaru yang diterima mengenai kemalangan ngeri melibatkan pelajar Politeknik Tunku Syed Sirajuddin yang berlaku pagi tadi . 




Dilaporkan seorang meninggal dunia dan 2 lagi cedera akibat kemalangan yang berlaku  di lebuh raya Changlun-Kuala Perlis  . Kereta Perodua Viva yang  disewa oleh pelajar terbabit dikatakan hilang kawalan  dan merempuh sebatang pokok menyebabkan bahagian depan remuk dan enjin kereta tersebut tercabut. 






Mangsa yang meninggal disahkan sebagai  Ainun Izzaty Mat Jamil, 19 , pelajar semester 3 dari politeknik sama yang mati ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala .  Pemandu kenderaan itu, Siti Nur Amalina Mohd Rashid, 19, dan penumpang hadapan Azwani M. Saad, 19, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Penuntut politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh itu bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Perlis pada pukul 8 pagi. 

Mangsa dalam perjalanan untuk menghantar kereta yang disewa tersebut di Kuala Perlis sebelum terlibat dalam  kemalangan. 






sumber gambar : 2dayblogger FB 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)