Dalam hidup ni, kebanyakan orang normal akan suka benda besar besar. Pangkat besar, kereta besar, rumah besar, bini besar. Eh?Tapi kalau anda datang ke Shah Alam dan mencari makan yang besar, kami ada cadangan untuk anda.
Bila sebut burger , dalam kepala otak mungkin kebanyakan dari kita akan terus terfikir McD je. Bagus la tu sebab berfikiran global. Jom kita kecilkan sikit dan sokong produk tempatan. Salah satu tempat makan yang anda harus pergi jika datang ke Shah Alam adalah Yazid Burger @ YB Burger yang menawarkan burger bersaiz “BAPAK PUNYA BESAR” .
Aku pernah rasa sekali burger ni masa tunang kakak belanja . Sebiji ni harganya dalam 40 ringgit macam tu . Harga bergantung kepada berat burger. Boleh pilih nak yang beberapa ratus gram sehinggalah berkilo kilo. Tapi jangan sesekali menempah Burger Sekilo tapi makan seorang. Itu namanya raksasa. Yang menariknya, YB Burger menyediakan order dan bayar guna online. Superadvance ni.
photo dirembat dari blog Eyriqazz
Selalunya, kedai Yazid Burger yang terletak di belakang UNISEL Shah Alam ni memang akan sentiasa dipenuhi pengunjung, Tak percaya cuba baca entry oleh Eyriqazz ni. Penangan Jalan Jalan Cari Makan TV3 - Queue Panjang di Yazid Burger Shah Alam . Jadi better anda tempah secara call dan bayar online. Bagaimana untuk menempah Yazid Burger. ?
Cara Tempahan Yazid Burger yang disediakan di laman web YB Burger.
Sila ikuti arahan seperti di bawah:
1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6) pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7) pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8) pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)
Contoh tempahan adalah seperti berikut:
Langkah 1 (untuk pemilihan no .1 hingga no.6 sahaja)
Saya nak tempah burger yb pakai roti garlic, patty nak berperisa blackpepper, taruh sos cili dan mayonis, sayur letak salad, bawang n tomato je, buah nenas skit je, dan saya hendak daging lembu untuk patty burger.
HARGA-HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT
- Sekilo burger RM40.00
- 500 gram burger RM20.00
- 250 gram burger RM10.00
Langkah 2 ( untuk pemilihan no7 hingga no.8 )
Pelanggan-pelanggan diberi pilihan untuk menambah kesedapan burger yb dengan kepingan cheese dan sos tambahan. Ini adalah bergantung kepada citarasa dan selera setiap pelanggan.
Harga yang kami tawarkan:
RM1 untuk sekeping cheeese
RM1 untuk sejenis sos tambahan
Langkah 3
Sila nyatakan tarikh dah waktu untuk terima tempahan anda.
- saya akan ambil hari rabu 15/3/2012 pada pukul 5 petang.
Langkah 4
Sila hantar kan tempahan tadi ke email yazidburger@gmail.com atau sms ke 019 6888709.
BAYARAN SECARA ONLINE UNTUK MENEMPAH BURGER YB
Maybank : starfish enterprise 5581 7210 2825 CIMB : starfish enterprise 1423 0000 3091 06
Selamat mencuba....
Perhatian kepada pelanggan2 yang datang dari luar SHAH ALAM. Tuan2 dan Puan2 dinasihatkan supaya membuat tempahan awal sehari sebelum atau sebelum pukul 5.00 petang setiap hari untuk menjamin makan malam anda bersama burger yb.. Sila hubungi en abu 019 688 8709 untuk membuat tempahan burger anda.
2 comments
peh, nak juga pekena sekali ni..
Mmg meletup
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)