Disebalik isu logo dan tema kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia pada 31 ogos ini yang dah menjadi perdebatan ramai , kini keluar pulak lagu rasmi Hari Kebangsaan yang bertajuk “Janji Ditepati” yang memang sangat jelas menampakkan hari merdeka sebenarnya dipolitikkan. Rakyat Malaysia sudah cerdik pandai dan tidak mudah menipu. Jika kerajaan memerintah terus bertindak sebelah pihak saja tanpa memikirkan keseluruhan rakyat Malaysia yang ada, Barisan Nasional mungkin akan tumbang pada PRU13 nanti.
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Kena ingat , di Malaysia ini separuh adalah penyokong kerajaan manakala separuh lagi pembangkang. Jangan politikkan sesuatu yang menjadi hak semua orang . Merdeka milik rakyat, bukan milik BN, jangan pertikaikan dengan bagi hujah BN yang dapatkan kemerdekaan , kerana Malaysia katanya negara demokrasi berparlimen bukan? Jadi setiap rakyat punya hak masing masing untuk memilih yang terbaik memimpin negara.
Entry berkaitan isu Logo Hari Kebangsaan 2012
Sekarang mari kita dengar pula lagu tema rasmi Hari Kemerdekaantahun ini. Sangat sangat tak sesuai dan bersifat “politik” . Aku dengar sekali je dah rasa nak bernanah telinga. Najib Razak please do something . Rakyat dah start benci kerajaan, jangan biarkan lebih ramai membenci anda jika nak terus memerintah Malaysia . Kenapa aku kata benci ? Video ini buktinya . Tengok la berapa banyak like dan dislike . Anda boleh menilai sendiri .
Jom kita layan lagu dia pulak
Macam malam ikut siang
macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
**rasanya inilah kali pertama dalam hidup aku dengar lirik lagu guna perkataan “MACAM”. Bukan selalunya guna “BAGAI” ke? Ok fine Rais Yatim lebih seni dari pencipta pencipta lagu tanah air.
Kerajann dah terdesak taku hilang undi...Tema "Janji Ditepati" mmg tak ada nilai semanagat kemerdekaan langsung! ....Bait-bait lagu pun semua ada kaitan dgan parti kerajaan...
ReplyDeleteTanya pada diri, bagaimana janji kita dengan Allah, adakah "Janji Ditepati"?
ReplyDelete