Dua syarikat penerbangan utama Malaysia, MAS dan Air Asia membuktikan mereka sememangnya sebuah syarikat bertaraf dunia apabila mengungguli anugerah anugerah utama sebagai syarikat penerbangan terbaik menewaskan syarikat penerbangan lain dari seluruh dunia. Anugerah dan penghargaan tertinggi industri penerbangan duniaitu diumumkan di Anugerah SKYTRAX World Airline yang diadakan di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough..
Antara anugerah yang dimenangi oleh MAS
- anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia
- hidangan sate memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik
- mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World
- 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.
Momentum kejayaan MAS ini menyusuli pelancaran penerbangan pesawat A380 pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke London tanpa henti.
Air Asia pula mengungguli kategori syarikat penerbangan tambang murah terbaik didunia dengan memenangi anugerah berikut.
- Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia
- Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia menerusi anugerah kepuasan pelanggan.
- syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi tahun keempat berturut-turut
Air Asia juga pada minggu lalu disenaraikan oleh majalah industri penerbangan berpengaruh, “Aviation Week”, yang meletakkan Air Asia sebagai syarikat penerbangan berprestasi terbaik 2012, mengetepikan syarikat penerbangan terkemuka, Singapore Airlines dan Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah.
2 comments
tumpang bangga
@orang muo bangga jugak =)
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)