Home » , , , , , , » Dajjal Laknatullah & Para Wazirnya Telah Berada Di London, Penjelasan Penuh Konspirasi Illuminati Olimpik London 2012

Dajjal Laknatullah & Para Wazirnya Telah Berada Di London, Penjelasan Penuh Konspirasi Illuminati Olimpik London 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 30, 2012 | 1:49 AM

Artikel di bawah bukanlah fakta 100% yang boleh dipercayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian dan perkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Tetapi baik untuk dijadikan panduan menghadapi sebarang kemungkinan dan mengingatkan kita yang kadang kadang lalai dan terlupa.  Terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk mengambilnya dengan cara positif atau negatif. Setiap dari kita berbeza pendapat dan penerimaan. Mohon baca sampai habis. 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.

image

2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.

Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )

Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.

Penjelasan berkaitan upacara di atas boleh dibaca pada pautan berikut (KLIK)

maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)

Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.

logo

****************************

Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. (sumber: Jabatan Mufti Perlis)

Sebelum ini aku ada menyediakan beberapa artikel dan entry berkaitan isu Kiamat 2012 ini, boleh baca pada entry entry berikut :

Dan diambil dari status facebook seorang ustaz aku di UiTM Kedah dulu:

image

nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal

untuk lebih memahami perkara ini , anda boleh saksikan ketiga tiga video dibawah (sila tonton sampai habis)

Artikel di atas bukanlah fakta 100% yang anda boleh percayai bulat bulat. Ia adalah berdasarkan pemerhatian berdasarkan perkaitan antara sesuatu perkara . Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah dan manusia hanya mampu merancang sesuatu. Namun, petanda petanda jelas yang ditunjukkan seharusnya dijadikan panduan dan peringatan kepada kita.

 

Bukan meminta untuk anda mempercayai 100% perkara ini, tetapi sebagai satu panduan dan peringatan untuk persediaan kita andai apa jua berlaku dapat kita hadapi. Sesungguhnya Kiamat itu pasti akan datang dan sebelum datangnya kiamat, tanda tanda yang disebut Nabi lebih 1400 tahun dahulu pasti akan berlaku . Wallahualam. Boleh share kepada rakan rakan anda untuk panduan kita bersama.

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

18 comments

July 30, 2012 at 5:32 AM

Hadis yg disebut, riwayat Nuaim Bin Hammad..
hadis ini bersifat ganjil, dan merupakan hadis palsu..
berhati2 dgn perkongsian yg kita lakukan..
jng kita pla yg seolah2 scara tdak sengja menyebarkn propagnda Illuminati.. wallahua'lam..

July 30, 2012 at 11:21 PM

Saya lebih tertarik dgn artikel ni http://erieyohoho.com/bicara-agama/teori-konspirasi-freemason-dan-illuminati-dijawab-oleh-maher-zain/

Betul juga.. jgn sampai kita pon terpercaya dgn kad illuminati ni sampai menidakkan kuasa Allah yg lebih mengetahui segala2nya.. hukum mempercayai kad2 tilikan spt ini kan boleh bawa syirik.. na'udzubillah.. Lain org yg membaca, mungkin lain pemahahan & penerimaan mereka..

Ape pun kita sbg Islam, berpegang teguhla pd Quran & sunnah..

July 31, 2012 at 2:52 AM

mcm2 skarang ni ye..

Anonymous
July 31, 2012 at 12:50 PM

bodoh gile org melayu sekarang. benda2 macam ni pon percaya.

Anonymous
August 1, 2012 at 2:59 PM

baca fakta sebenar kewujudan islam dalam "The prophets", Vatican mempunyai kaitan rapat dengan kewujudan Islam untuk tujuan mendapatkan kembali Jerusalem tetapi perkembangan Islam tidak dapat dikawal sehingga menjadi satu cabang agama baru yang kuat.

Anonymous
August 1, 2012 at 3:46 PM

mm banyakkkan baca surah alkahfi, minta Allah lindung dari fitnah dajjal.

August 3, 2012 at 9:00 PM

Bulan bulan puasa ni jom buat amal ibadah. Jgn nk mengarut ngarut je oke :)

jom mantapkan aqidah
August 5, 2012 at 12:07 AM

quote, "2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini."
dalam banyak2 bagian, bagian ni bagi saya paling mengejutkan. Tiada siapa tahu bila dajjal keluar, siapa dajjal, bagaimana rantainya dan lain2 berkaitan dajjal, rantai dan keluarnya, jadi pernyataan tersebut amat2lah bermasalah,huhu..

Anonymous
August 6, 2012 at 1:54 AM

Kita semua telah terkena sihir ni oleh geng Dajjal ni terlalu lama dah..komputer yang kita dok pakai hari ni pun adalah sihir dia orang..Geng Illuminati ni membuat card game tu pun adalah merupakan qada dan qadar palsu Dajjal. Nak tiru qada dan qadar Allah kononnya..Allah lebih mengetahui lagi maha bijaksana. Kad itu adalah rentetan peristiwa yang mereka rancang. Itu sebab ada betulnya terjadi..dengan izin Allah ia terjadi kerana Azazil telah diberi kuasa oleh Allah untuk menyesatkan manusia..kita diberi pilihan sama ada yang hak atau batil..upacara sihir 2012 olimpik adalah puncak upacara penyembahan berhala besar-besaran bagi menanti ketibaan raja mereka iaitu Dajjal. Sihir ini hanya memerlukan nafsu yang ada dalam diri manusia sahaja kerana sihir dalam bulan ramadan syaitan tak dapat masuk. tamat bulan ramadan syaitan akan memainkan nafsu yang telah disihir tadi. Berkemungkinan besar fitnah yang besar dan berat akan mencetuskan huru-hara pada masa akan datang 2013..n yang memerlukan jiwa dan darah manusia.13 adalah nombor sihir bagi pengikut iblis.

Bencana Alam,keruntuhan sistem ekonomi(great depression) dan perang dunia ketiga adalah pasti berlaku..sejarah dalam al-quran akan berulang..

nak cerita pasal great depression ni panjang pulak..tapi anda tengok masalah ekonomi negara kita dah cukup..pandanglah dengan mata hati dan NurNya...Wallallahualam

August 6, 2012 at 7:16 AM

Dulu pemikiran saya juga seperti penulis blog ni,saya berasal drpd sekolah agama yg agak strict mengenai pergaulan dan amat menjaga dari segi amalan, dan selepas 10 tahun alhamdulillah pemahaman tentang Islam semakin mendalam..

tapi setelah 4 tahun saya duduk di UK, dan melihat dan membaca situasi masyarakat di sini, sunnguh saya hanya ingin sampaikan yg masyarakat melayu amat mudah utk mengaitkan apa2 sahaja lambang, tarian, objek dll dgn perkara2 seperti illuminati, dajjal dan sebagainya. Sungguh sedih melihat perkara ini, seolah2 Islam itu berpasak dgn prasangka dan agakan, walhal Rasulullah saw terang2 menjelaskan utk berpegang pada Al Quran dan Sunnah, maknanya, kajilah hadith2 nabi yg sahih mengenai dajjal, yahudi, kiamat dan lain2, jika yg jelas kita sebarkan tetapi jika tiada yg disebut dlm hadith, jgn kita pula yg memulakan prasangka kerana siapalah kita berbanding nabi yg Allah wahyukan kpdnya perkara2 ghaib, dan janganlah menyebarkan 'fahaman' bersangka-sangka sebegini.

Apa yg saudara dapat dgn mengeluarkan sangkaan-sangkaan dan teori sebegini? Adakah aqidah dan Iman umat Islam di Malaysia akan bertambah? Yg saya nampak hanya semakin ramai yg akan berkata, 'berhati2lah, berjaga2lah, kiamat semakin hampir dll' sekadar berkata2 dan sekadar berprasangka-sangka..

Saya setuju dgn komen 'jom mantapkan aqidah' di atas.

Wallahua'lam.

Anonymous
August 7, 2012 at 5:54 PM

hanya kajian semata-mata,,,sesungguhnya kuasa Allah itu tidak boleh dijangkau,,,jadikan Al-Quran dan As-sunnah itu petunjuk,

Anonymous
August 9, 2012 at 6:43 AM

Kemunculan dajjal tu benar.. Hope kaji dalam2 pasal hal2 berkaitan ni sebelum kata semua ni mngarut.. Banyakkan membaca buku..dr penulis bertauliah..bukan baca dlm blog n fb semata2....tanya ulama' dan org alim..supaya kita jd org yg bersedia. Sebab Nabi s.a.w dh bg tanda2 kemunculan dajjal..imam mahdi..bani tamim dsbg. Jgn pulak bila semua ni muncul.. Kita berada di pihak yg salah.. Pengikut dajjal ni ramai.. Pengikut n penyokong bani tamim dan imam almahdi mybe sedikit.. Berpegang teguh pada Alquran dan Assunnah(hadis)..

Anonymous
August 10, 2012 at 4:22 PM

Kadang2 sy xphm kenape org melayu islam ni mudah sgt terpedaye ngn bnde2 mcm ni.. sy tau dan sy phm yg dajjal itu benar.. kiamat itu pasti.. tp kalau semua bnde dikaitkan dgn yahudi & iluminati sampai bile kite nak maju? org lain ke depan, kite? dok takut itu ini.. sy ambil contoh. dulu ade org post kat sy pasal kisah paderi melayu.. kecoh jugak smpai kua segale hadis segale potong ayat dr Al-Quran mahukan paderi tu dibunuh.. walhal paderi yg disebut tu adelah org kadazan yg mmg lahir2 lg org kristian.. Kita da develop satu culture yg fobia ngn kristian.. Adekah itu yg Islam ajar? berjage2 x salah tp jgn smpai prejudis.. sy bercakap bukan berdasarkan akal fikiran semate2 tetapi bercampur dgn fakta dan ape yg sy nmpak byk yg kuarkan artikel prejudis.. sejak bila komputer ini sihir dorg? adekah segale ciptaan bangse asing kite nk ckp cmtu? kereta, kapal terbang, nuclear physics, segale kemudahan yg kita sendiri yg salah gunakan sehingga lalai, kita salahkan yahudi? mcm tu? lagi satu, tahukan saudare2 semua yg algebra jugak dikaitkan dgn iluminati? walhal algebra itu ciptaan @ olahan siapa? Iluminati ni pun adelah teori org barat. mereka yg mulakan bukan org Islam sendiri.. Fikirkan.. Ape yg sy lakukan hanyelah inginkn org Islam bergerak ke depan, jgn la segale perkare itu dijadikan konspirasi sampai menjadi sangsi dgn semua perkara. Kukuhkan aqidah.. majukan Islam, maju ke depan.. bia org tau Islam itu benar dan maju bukan kebelakang dan kolot..

Wallahua'lam

August 11, 2012 at 4:38 PM

Nauzubillahiminzalik, tak perlu baca semua ni. just perkuatkan iman dan minta perlindungan dari Allah s.w.t pun dah cukup..

December 10, 2012 at 11:11 AM

betul....itu illuminati...kedengaran ruhnya...
setiap.illuminati.akan.di.matiin.
dono.kasino..nike.ardilla..taufik.savalas...michael jackson,
witney houston, dll.
kacihan.

sekarang.yang.jadi.manusia.supernya.
tika.pangabean..manusia.highlander
osmawati..manusia.teleportasi
anggun c sasmi...manusia cloacking....selalu ingin jadi manusia cloacking (cantik/bening/bidadari)
aslinya seperti grendel (beowolf) . ...kok "mau"?
agnes.monica..manusia.waktu
...........dll.

illuminati..freemansory
Ternyata dajjal...ada di jatibening/jakarta mesjid syairullah.
Dan sudah dilihat orang banyak.
Akan tetapi, semua kena fitnah yang melihat/bermatian.
+62218647383 +628128551961

Baca komentar seorang di artikel dajjal di:
komentarnya bukan artikelnya..
copy paste url.
https://niochengyam.wordpress.com/2012/12/09/3/comment-page-1/#comment-4

Anonymous
December 10, 2012 at 11:11 AM

betul....itu illuminati...kedengaran ruhnya...
setiap.illuminati.akan.di.matiin.
dono.kasino..nike.ardilla..taufik.savalas...michael jackson,
witney houston, dll.
kacihan.

sekarang.yang.jadi.manusia.supernya.
tika.pangabean..manusia.highlander
osmawati..manusia.teleportasi
anggun c sasmi...manusia cloacking....selalu ingin jadi manusia cloacking (cantik/bening/bidadari)
aslinya seperti grendel (beowolf) . ...kok "mau"?
agnes.monica..manusia.waktu
...........dll.

illuminati..freemansory
Ternyata dajjal...ada di jatibening/jakarta mesjid syairullah.
Dan sudah dilihat orang banyak.
Akan tetapi, semua kena fitnah yang melihat/bermatian.
+62218647383 +628128551961

Baca komentar seorang di artikel dajjal di:
komentarnya bukan artikelnya..
copy paste url.
https://niochengyam.wordpress.com/2012/12/09/3/comment-page-1/#comment-4

Anonymous
January 13, 2013 at 2:56 AM

tidak ada satu manusia pun yang akan mengatahui berlakunya hari kiamat....ini terang-terang di nyatakan di dalam al-quran...
Setiap apa yang kita sampaikan mampu menyesatkan orang, terutamanya orang islam, jika ianya hanyalah andaian, ingatlah allah saja yang maha mengetahui semua itu....

May 8, 2013 at 3:52 PM

Terima kasih infonya

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)