Home » , » Adik Mia Sara Disenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Adik Mia Sara Disenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, July 12, 2012 | 3:03 PM

image

Pelakon cilik dan comel yang semakin hari semakin meningkat kepopularitiannya dan banyak mendapat tawaran berlakon ,Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, melakarkan satu lagi kejayaan bermakna diusia yang sangat muda dengan tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai artis paling muda  dalam Festival Filem Malaysia (FFM).

 

Penganugerahan tersebut diadakan di Intercontinental Hotel dan adik Mia hadir bersama bapanya. Dalam laman twitter rasminya, Mia ada mengungkapkan.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ;),”

image

Kegembiraan tersebut juga dikongsi bersama peminat si cilik ini dengan memuatnaik beberapa keping gambar semasa menerima anugerah tersebut.

image

Menyingkap kembali penglibatan Mia dalam dunia lakonan, adik Mia pada mulanya terlibat dengan beberapa iklan komersial sebelum popularitinya naik mendadak setelah berlakon dalam drama bersiri Adamaya bergandingan bersama Lisa Surihani.

Setakat ini, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu; Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24, Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards, Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records dan pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)