Home » , , , » Abby Abadi Sahut Cabaran Debat Dengan AC Mizal

Abby Abadi Sahut Cabaran Debat Dengan AC Mizal

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 14, 2012 | 1:38 PM

Berdebat dikhalayak umum nampaknya semakin popular di Malaysia. Bermula dengan debat politik dan kini menular dalam dunia artis Malaysia. Kelantangan pelakon yang sudah berhijrah dan menyertai PAS, Abby Abadi dalam memperjuangkan isu ISA membuatkan rakan lakonan beliau dalam Gerak Khas satu ketika dulu tak senang duduk .

AC Mizal yang pernah berlakon sebagai Inspektor Mazlan bersama Inspektor Haliza lakonan Abby meluahkan ketidakpuasanhati beliau atas kelantangan Abby memburukkan nama PDRM dalam satu demo anti ISA yang disertai Abby sebelum ini . Datuk AC Mizal yang mewakili anak anak bekas pegawai polis mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu tersebut seperti yang dinyatakan dalam laman twitternya.

image

Kini Abby Abadi memberikan reaksi untuk berdebat isu berkenaan dan mengatakan bahawa beliau mempunyai saksi dan bukti kukuh berkaitan isu tersebut untuk didebatkan.

image

Mungkin sekarang akhbar Sinar harian boleh mula mengambil peluang ini untuk menganjurkan debat seperti sebelum ini. Atau kes artis seperti ini Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman sendiri akan terlibat? Kita tunggu dan lihat. Teringin juga nak lihat artis yang pernah berkawan baik ini berdebat soal politik. Artis sekarang juga dah semakin banyak terlibat dengan politik. Mungkin ini satu perkembangan baik untuk tarik golongan muda , tapi mungkin juga ke arah negatif apabila isu sekecil kecilnya pun nak dipolitikkan. Kita kena ingat yang artis juga rakyat Malaysia yang dikatakan demokrasi ini dan mereka juga berhak memilih parti pilihan mereka sendiri. Jika artis sertai mana mana parti politik kemudian dikutuk, mana perginya “demokrasi” yang dilaung laungkan?

**Admin tak sokong siapa siapa dalam kes AB dan AC ni. Admin sokong AD.  hehe

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

July 14, 2012 at 3:58 PM

Saya konsi berita ini di blog saya. terima kasih ye

July 30, 2012 at 3:25 AM

Betul saya tak sokong mana2..apa pun ciankannn tengok sesama islam bergaduh...cian sangat...

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)