Home » , , » Raja Azmi Fail Perceraian Dengan Jailani Sidek

Raja Azmi Fail Perceraian Dengan Jailani Sidek

Written By Hafiz Rahman on Wednesday, June 27, 2012 | 11:10 AM


keratan akhbar dari harian Metro hari ini. 

Disebalik kontroversi yang melanda pasangan suami isteri , bekas pemain badminton, Jailani Sidek dan pengarah filem Raja Azmi,  setelah bermacam macam tohmahan masyarakat dan berkali kali dihujani kontroversi , akhirnya pasangan tersebut mengambil keputusan terakhir untuk bercerai . Raja Azmi akan memfailkan perceraianya hari ini atas sebab tertentu.  

Keputusan tersebut diambil sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan segala kekusutan yang timbul selama perkahwinan mereka. Akhbar Harian Metro menyebut, Raja Azmi mengambil keputusan berkenaan bagi menjaga nama baik Jailani Sidek dari terus diburukkan oleh persepsi masyarakat dan menjaga namanya. 

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumahtangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu


Proses memfailkan perceraian pasangan ini akan diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada hari ini dan kami mendoakan semoga segala proses perceraian berjalan dengan baik. Semoga kedua dua pasangan ini tabah menghadapi dugaan mendatang. Mungkin jalan terakhir ini dapat menyelesaikan segala kekusutan dan kekacauan yang timbul selama ini. Apapun jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kami di BlogHafizRahman mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Sesungguhnya tiada pasangan yang mengimpikan perpisahan dalam hubungan tetapi kadangkala keadaan tidak mengizinkan dan sesuatu seperti ini terpaksa dilakukan. 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)