Home » , , » Keputusan Dan Analisis Penuh Final UEFA Champions League 2012 Chelsea vs Bayern Munich

Keputusan Dan Analisis Penuh Final UEFA Champions League 2012 Chelsea vs Bayern Munich

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 20, 2012 | 6:15 AM

Perlawanan Akhir UEFA Champions League 2012 antara Chelsea menentang Bayern Munich yang baru saja berakhir sebentar tadi nyata mampu meluruhkan jantung semua peminat peminat bola sepak . Perlawanan ternyata mendebarkan dengan perlawanan akhir tersebut diheret ke sepakan penalti yang pastinya mendebarkan sesiapa sahaja yang menonton.

Analisis Perlawanan Akhir Chelsea vs Bayern Munich

Babak pertama menyaksikan perlawanan kurang menarik kerana tiada sebarang gol dijaringkan oleh kedua dua pasukan. Perlawanan menjadi menarik setelah bermulanya babak kedua. Corak permainan ternyata berubah dengan Bayern Munich melancarkan serangan dan Chelsea tampak seperti cuba memperlahankan dengan mengawal bola.

#Minit ke 78, gol Ribery dibatalkan kerana offside.

#Minit 88 : Thomas Muller menyumbat gol pertama buat Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang Chelsea. Kedudukan 1-0

#Minit ke 88 , Drogba menghukum pertahanan Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang melalui hantaran Mata.

#Kedudukan tampak seperti akan seri sehingga minit ke 93 apabila Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti saat akhir . Namun, agak tragis kerana sepakan Arjen Roben diselamatkan oleh Peter Cech dan perlawanan diheret ke masa tambahan. Seharusnya Chelsea berterima kasih kepada Peter Cech kerana menyelamatkan mereka dari dimalukan pada perlawanan akhir.

#Tamat Extra Time, tiada sebarang gol berjaya dicipta memaksa kedua dua pasukan berentap menerusi sepakan penalti. yang pastinya tidak disukai peminat bola bola sepak.

#Keputusan Akhir memihak kepada Chelsea yang berjaya menewaskan Bayern Munich 5-4.

ANALISA PERLAWANAN

**jika dilihat pada analisa, Bayern Munich nampak lebih mengawal perlawanan , tetapi nasib lebih menyebelahi Chelsea. Peluang terbaik ialah pada minit ke 93 apabila Bayern hampir menjulang trofi kejuaraan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Namun , ternyata bola itu bulat dan segalanya mungkin dalam bola sepal. Sukar meramal apa akan terjadi walaupun perlawanan hanya tinggal beberapa saat sahaja.

KEPUTUSAN AKHIR FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012

CHELSEA    1 (5) – (4) 1   BAYERN MUNICH

 


QUICK UPDATE : 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

3 comments

May 20, 2012 at 1:18 PM

syabas gelombang biru!!!..

May 20, 2012 at 7:36 PM

@syahirooAhmad yeahhhhhh!!

May 22, 2012 at 12:12 AM

Tahniah kepada Chelsea kerana menang berganda FA CUP dan UEFA.

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)