Pelawak dan pelakon dikenali ramai, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 , Kota Damansara jam 4.38 petang sebentar tadi . Berita ini telah disahkan sendiri oleh rakan beliau iaitu Mazidul Akmal Sidik melalui facebooknya sebentar tadi .
Beberapa minggu yang lalu, kisah penderitaan Bob Kuman mendapat liputan media meluas apabila Maziduk Akmal Sidik sendiri mendedahkan tentang kesusahan Bob yag menanggung penderitaan selepas sakit . Dan beberapa hari selepas itu, ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita kematian Bob di Twitter tetapi dinafikan sendiri oleh beliau dan beliau berasa sangat terkilan dengan berita tersebut. Namun , hari inii, Allah lebih menyayangi beliau . Bob Kuman telah pergi meninggalkan dunia seni Malaysia dan kehilangan akan dirasai kerana Bob sememangnya seorang pelakon dan pelawak yang sangat disenangi oleh semua lapisan masyarakat dengan lawak lawak yang spontan.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama orang orang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. AL FATIHAH untuk arwah .
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِّينَ ﴾ آمِّيْنَ..آمِّيْنَ..آمِّيْنَ.. يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)