Masih lagi hangat dengan perdebatan mulut antara penyokong MU dan MC berkaitan perebutan takhta untuk memenangi EPL yang berkesudahan Manchester City tampil penuh bergaya menyumbat dua gol dalam masa 5 minit lantas meranapkan segenap impian fan MU yang sejak dari mula lagi seakan akan yakin mereka bakal menang.
Namun bola itu sebenarnya bulat. Bila digolek golek, kadang kadang ia di atas, kadang di bawah. Siapa yang tahu nasibnya bukan? Ternyata semua penyokong Arsenal, Liverpool, Chelsea dan sebagainya yang sememangnya dikenali sebagai haters tegar MU bersorak gembira walaupun M. City sebenarnya yang meranapkan impian MU semalam. Asalkan MU kalah, team apapun mereka akan sorak . Itu lumrah .
Dan harini, Alex Ferguson mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengurus Manchester United berkuat kuasa serta merta tanpa memberi notis 24 jam atau beberapa jam sekalipun. Alex nyata terkesan dengan kemenangan MC semalam . Pada mulanya beliau cuma berhasrat untuk ambil MC dan cuti sakit selama seinggu tetapi pagi ini beliau terus mengubah fikiran meletak jawatan kerana di kutuk hebat oleh seorang budak kecil penyokong M. City semasa perjalanan balik ke rumahnya semalam. Ikuti kerata berita tersebut.
sekadar gurauan petang. Fan MU jangan maki maki yaa. haha
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)