Home » , » Perhimpunan BERSIH 3.0 , 28 April 2012 , Dataran Merdeka

Perhimpunan BERSIH 3.0 , 28 April 2012 , Dataran Merdeka

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 04, 2012 | 5:31 PM

perhimpunan bersih 3.0, bersih 3.0, tarikh bersih 3.0, gambar bersih 3.0,, duduk bantah

Perkataan BERSIH kini mula meniti di bibir rakyat Malaysia semula selepas BERSIH 2.0 dijalankan pada bulan Julai 2011 yang lalu. BERSIH 3.0 kini menyusul pula dan dikatakan akan diadakan pada 28 April 2012 ini di Dataran Merdeka. Untuk BERSIH 3.0, lebih 84 NGO akan turut serta dalam perhimpunan tersebut dan menuntut pilihanraya yang lebih telus dan adil oleh SPR dan kerajaan. Tema dan slogan kali ini adalah DUDUK BANTAH .  8 tuntutan dalam BERSIH 3.0 adalah sama dengan apa yang dituntut sebelum ini iaitu:

image

  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas dan adil
  • Masa kempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor
  • Perhimpunan BERSIH 3.0 dikatakan akan menumpukan kepada reformasi yang lebih besar dan ia dijalankan sekali lagi atas faktor faktor berikut :

    1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0
    2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi
    3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil
    4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih
    5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi

    Apa pula kata anda sebagai pengundi? Adakah ianya wajar atau tidak? Mungkin kita mempunyai pandangan dan sudut pemikiran yang berbeza dan fahaman tertentu. Tapi bagi admin, rasanya ia mungkin perlu untuk membuat desakan kepada SPR supaya lebih telus dan tiada unsur meragukan di dalam pilihan raya Malaysia sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri iaitu BERSIH iaitu membersihkan apa yang patut. Namun, harapnya perhimpunan pada kali ini ntidak mencetuskan huru hara melampau dan sekadar rapat umum menuntut kebenaran dan bukannya medan melepaskan kemarahan masing masing.

    Benarkah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga akan menyertai BERSIH 3.0?

    https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/406845_346368962059938_100000605126741_1368576_673251012_n.jpg

    sumber :

    Enciknakal

    ilustrasiaku

    forblogger

    yanmieonline

    paspb

    Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

    Post a Comment

    Kindly Leave Your Comment Here..=)

    Labels

    TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)