Home » , » Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie

Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 25, 2012 | 8:32 AM

irmas hasmi, gambar tunang irma hasmie, gambar kahwin irma, tunang irma hasmie, irma hasmie tunang, gambar majlis tunang irma hasmie


Alhamdulillah, pelakon dan pengacara , Irma Hasmi petang tadi telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya di teratak keluarga beliau di Sungai Buloh. Irma hasmi mengenakan busana berwarna biru putih yang serba anggun dan moden rekaan Hatta Dolmat . Baju rekaan Hatt Dolmat ternyata menambahkan lagi keserian Irma dihari pertunangannya.

Irma Hasmie telah ditunangkan bersama Reza Syah Ameer Dato’ Radzuan. Mereka bertemu semasa menjalani ibadah di Mekah dan insyaAllah pernikahan akan diadakan pada 1 Julai 2012 yang akan datang. Semoga jodoh Irma dan bakal suami berpanjangan sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.

berita oleh MSTAR:

SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

Dari kiri: Ibu Irma, Ropitah Abdul Hassan, Azizah Osman dan Irma. Foto UTUSAN

 

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

 

FOTO SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN IRMA HASMIE DAN REZA SYAH AMEER

AovgS5VCEAAN_2E-1tunang-irma-hasmiegambar-irma-hasmie-bertunanghiasan-hantaran-450x656gambarirmahasmiebertunang2ijok-20120324-00090screen-shot-2012-03-24-at-4-15-10-pm

ihsan gambar dan sumber dari :

ROTIKAYA

SYOKKAHWIN

BEAUTIFULNARA

terbakor.com

**semua gambar telah diupload sendiri ke hosting blog ini dan bukan copy paste.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

Anonymous
March 27, 2012 at 8:34 AM

org yg baik memang akan di jodoh kan dgn org yg baik..sgt sepadan irma dan bakal suami..senyuman pun sama je..BETTER than before! A1

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)