Home » , » Dewi Persik Dipenjara 2 Bulan Kes Gaduh Dengan Julia Perez

Dewi Persik Dipenjara 2 Bulan Kes Gaduh Dengan Julia Perez

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, March 17, 2012 | 11:33 AM

15 Mac – Selepas hampir dua tahun melalui proses perbicaraan, kes percakaran antara dua aktres jelita Dewi Persik (Depe) dan Julia Perez (jupe) akhirnya selesai apabila Mahkamah Negeri, Jakarta Timur telah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dengan masa percubaan selama empat bulan terhadap Dewi Persik.

Menurut detikHot, keputusan yang dibacakan dihadapan Depe atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung didapati bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada Jupe. Depe menangis dan terkejut kerana tidak menyangka akan menerima hukuman seperti itu sebaik saja mendengar keputusan dibacakan.

Depe disabitkan kesalahan telah melanggar Fasal 352, Ayat 1 di bawah segmen penganiayaan.

Kes percakaran kedua-dua aktres ini berlaku ketika sedang melakukan penggambaran filem "Arwah Goyang Kerawang" pada November 2010 yang lalu. Hukuman yang dikenakan terhadap Depe ini jauh lebih ringan dari apa yang dituntut oleh pihak pendakwaraya.

Sementara itu, bekas isteri Saipul Jamil akan turut menjalani tempoh percubaan selama empat bulan dimana dia harus berkelakuan baik dan sekiranya dia melanggar undang-undang dalam tempoh tersebut, dia akan dipenjarakan.

**tu la sapa suruh gaduh kan dah kena penjara. 2 bulan pun lama tu. Kalau di Malaysia , artis bergaduh belum pernah dikenakan sebarang denda yang macam ni. Asyik saman, saman , saman tapi tak ada apa apa pun. Kes tetap tak selesai.

source

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)