Home » , , , , » Video Bunyi Aneh Di Samarahan Sama Dengan Di Alberta

Video Bunyi Aneh Di Samarahan Sama Dengan Di Alberta

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 19, 2012 | 8:49 AM

bunyi aneh di samarahan, bunyi langit samarahan, samarahan sound, bunyi pelik di samarahan, video bunyi pelik di samarahan, video bunyi langit samarahan, langit samarahan berbunyi,bunyi aneh di london, bunyi aneh dari langit london 

image

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:

Bunyi hampir serupa juga direkodkan di Conklin, Alberta pada 12 Januari 2012 yang lalu.

UPDATED: dan terbaru , bertarikh 17 Januari 2012, bunyi yang seakan akan sama direkodkan di London. Saksikan..

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Boleh tengok penjelasan berkaitan HAARP

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

**apapun, sebagai seorang Islam, kita tak boleh nak mempercayai sebarang perkara diluar batasan pemikiran dan bersifat tahyul .Mungkin ada sebabnya semua ini berlaku. Ada yang kata ini suara Dajjal. Hanya Allah yang mengetahui. Jadikan pengajaran untuk peringatan dan pedoman kita. Bukan sesuatu yang menyesatkan kita.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

3 comments

DANG RAIHANAH
January 20, 2012 at 7:02 PM

suara itu mungkin dari Dajjal,tapi ada juga yang mengatakan bahawa itu suara mesin yang ditiup angin di sebuah kilang yang ditingglakan selama 10 tahun.Tapi,kalau itu bunyi mesin,tak kan semua Kota Samarahan dengar,setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya,kita hanya berserah kepada Allah supaya menghentikan perkara tersebut.Kalau bunyi Dajjal mungkin juga tapi kenapa dia mengacau kota samarahan london dan alberta,tapi,bunyi yang di tiga tempat itu berlainan tapi hampir sama.Kita semua cuma berserah kepada Allah.

Anonymous
January 21, 2012 at 9:15 AM

ini bunyi persiapan tentera dajal (ufo) hendak menakluk bumi, masa nya sudah semakin hmpir disetiap penjuru muka bumi nie dah standby diorg tak percaya..perhatikan diluar rumah malam2 objek seakan bintang tp bkn bintang cahayanya terlalu bersinar lebih kelihatan warna merah dan biru..mereka sdg memerhatikan kita hnya menunggu ms sahaja!

Anonymous
January 23, 2012 at 2:22 PM

berperang ngan ufo... yeah....

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)