Home » » Tips Menghabiskan Baucer Buku RM 200

Tips Menghabiskan Baucer Buku RM 200

Written By Hafiz Rahman on Sunday, January 29, 2012 | 8:00 PM

baucer rm200 untuk pelajar ,apa yang boleh beli dengan baucer buku rm200 ,tukar voucher rm200 kepada tunai ,tukar baucer kepada wang tunai,senarai kedai bukuyg blh tukar baucer ipt ,popular bb1m ,boleh tak beli majalah,di kedai buku popular guna baucar ,beli apa dengan voucher rm200 ,bb1m popular,baucer rm200 untuk beli,apa? ,baucer rm200 boleh beli apa ,baucer buku rm200 dapat beli novel semua tak ,baucer buku rm200 boleh tak tukar dengan wang ,baucer buku ,tunai baucer,tips membeli dengan baucer 200
pic credit to : Ninizane

Pastinya ramai yang tertanya tanya apa nak buat dengan voucher RM 200 duit buku yang diberi oleh kerajaan tu kan? Most of budak budak u aku yakin la, bukan jenis yang nak sangat beli buku ni. Ada tu yang tak pernah pijak kedai buku pun ada aku tau. Belajar pakai slide je kan sekarang? Kena pulak budak teknikal, nak beli buku apa la dekat kedai buku tu.

Aku sendiri ,walaupun ambik kos bisnes management, masih menjadi agak dungu berfikir nak habiskan voucher tu. Sekali imbas voucher tu nampak macam tak bernilai. Cuma 4keping kertas biasa . Cuba kalau dia bagi 4 keping not RM 50. Dah lama dah habis. Aku rasa bagus jugak la kerajaan bagi voucher tu, tak ada la pusat pusat karaoke, pusat bowling and shopping mall kaya sangat. Kita tolong kayakan kedai buku pulak . 


Ramai yang bertanya , boleh ke tukar dengan cash. Jawapan aku TAK BOLEH LA WOIII!! suka suka hati kau je nak tukar tukar. Kerajaan dah bagi elok dah suruh beli buku , nak tukar dengan duit pulak. Cuba la gunakan benda benda tu untuk beli barangan keperluan. Aku sendiri semalam dah berpeluang melicinkan 3 keping  voucher tu  bersama dengan dua orang kakak aku. Kiranya aku ni beribadah jugak la semalam mendermakan sedikit kesenangan yang diperoleh bersama kakak kakak. Poyo kan ayat.

Nak tengok apa aku beli?Meh usyar. Ini yang tinggal dekat aku jela. Yang kakak kakak aku punya dah tak ada dengan aku dah.Ini yang aku beli di POPULAR One Utama. 

DSC00177

sebagai seorang pelajar berdedikasi dan masih ada semangat untuk blajar, dengan tanpa segan silu aku merembat pen mahal mahal , and exam paper.

DSC00178

plus buku note cantik tu and fail2 yang patut. For sure sem depan aku akan jadi lebih teratur dengan kehadirang fail fail ni. Hopefully la kan? Entah entah berterabur jugak kertas. 

DSC00179

acece nampak cam nak belajar betul betul je kan ada buku semua. Ini wayang je ni

DSC00180

rasa macam tak banyak tapi bila keluar resit, sampai 1 kilometer dah panjangnya. Sebab banyank benda kecik kecik . 

DSC00175

yang colour SWAN tu aku beli untuk adik aku. Aku memang abang yang berdedikasi, sopan santun, ramah mesra, budi pekerti mulia dan sebagainya kan? Muntahhh~~

DSC00176

dan disebabkan semalam aku dah tak tahu nak beli apa lagi, aku jugak merembat satu mouse wireless idaman kalbu yang dah lama aku nak beli. Ingatkan nak amik sekali dengan keyboard wireless tapi tak jadi. Tengok nanti cmna. Lek lu ada  satu keping lagi baucer. hehe


**so korang please la jangan ikut macam aku beli merapu rapu. Bagi yang bertanya, apa yang anda boleh beli dengan baucer tu. Jawapannya apa sahaja , segala mak nenek benda alah yang wujud di dalam kedai buku tu boleh dibeli. Kalau dalam MPH or POPULAR tu ada jual kain baju sekalipun, belilah selagi boleh dibayar di counter situ jugak. Semalam jugak ada sorang mamat ni aku tengok lagi sempoi. Dia rembat headphone, wireless mouse , dengan keyboard wireless. Bayar pakai voucher. Tak ada kena mengena langsung dengan buku. Tau kat Najib mengamuk dia. haha

Buatlah pilihan yang bijak dan beli apa yang dirasakan patut. Terpulang kepada anda sendiri . Dah besar pandai pandai la ek. Takkan itu pun nak kena orang decide lagi kan?
Dan tolong la jangan buat perkara bangang macam ini.


Siap iklankan di Mudah.my. Gilaa~~ bersyukur la dengan apa yang orang bagi. Kerajaan dah bagi pun dah besar rahmat dah. nak jugak dijual. Apa la nak jadi.(sumber : Pami3)

Dan beberapa perkara menarik sepanjang aku di kedai buku POPULAR dan MPH semalam:


**pertama kali aku tengok rakyat Malaysia beli buku macam pergi pasar. Bawal bakul sorang satu.
**masa beli tu mesti dengar orang sembang sembang “tak cukup lagi ni. Ada baki lagi ni. Ko amik la apa ko nak” sambil cakap dengan member sebelah. Sangat pemurah kan rakyat Malaysia.
**Komik Lawak Kampus adalah HOTSTUF di kedai buku. Cepat sangat habis.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Tinggalkan Pendapat Bernas Anda Disini

20 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (174) ARTIS (114) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (68) INFO (64) Video (64) BERITA SUKAN (61) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) BLOG REVIEW (33) DESIGN (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (25) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)