Home » , » Rosmah Belanja Rm325,000 Untuk Beli Baju – Akhbar Australia

Rosmah Belanja Rm325,000 Untuk Beli Baju – Akhbar Australia

Written By Hafiz Rahman on Sunday, January 22, 2012 | 7:00 AM

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.


Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).
Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.


Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.
Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.


Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.-Harakahdaily

**Wahh, semakin hebat ye Tok Mah, saya berbangga menjadi rakyat yang mempunyai First Lady macam awak (mata ke atas, tangan ke dada~~haaa) . Hebat ye beliau. Sebelum  ni aku dah buat perkiraan jumlah wang simpanan yang perlu disimpan oleh Rosmah sehari . Boleh rujuk di entry Rosmah Mansur Dimalukan Di Laman Web Antarabangsa , 9gag : Simpan RM 3620 Sehari Untuk Beli CIncin??. Nampaknya ada tambahan sebanyak RM 325000 lagi. So kita terpaksa kira balik la . haha.

Aku kesian sebenarnya dengan Najib. Orang tak suka bini dia, sekali dengan dia orang tak suka. Bukan setakat dia ja, habis semua orang BN terima efeknya. Harapnya semua tu duit simpanan peribadi beliau dan bukan wang yang dimanipulasi. Jika benar ia adalah wang manipulasi atau wang public. Rosmah memang cari nahas besar. Sedangkan ada mereka , rakyat rakyat yang masih memakai baju yang sama untuk beberapa tahun, makan sekali sehari. Bagaimana dengan “isteri pemimpin” boleh berbelanja luar tahap normal seorang wanita “Malaysia” . Kaya kaya kayappp.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)