Home » , » Individu Malaysia Paling Kaya Di Dunia Dengan Aset 20 Trillion

Individu Malaysia Paling Kaya Di Dunia Dengan Aset 20 Trillion

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, January 22, 2012 | 11:12 PM


image
Anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion), menjadikannya orang terkaya di dunia . Rekod sebelum ini Carlos Slim dari Mexico dengan kekayaannya  RM224.7 bilion dan diikuti oleh Pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Bukti kekayaannya ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang membolehkan  beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Katanya lagi  kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dan  beliau mendakwa dia juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Sumber asal – Utusan Malaysia.

Wahh hebat sungguh. Biar betul ada aset peribadi sampai banyak tu?? 5x ganda lagi kaya dari individu paling kaya didunia sekarang ni. Agak agak la nak nipu pun. itu dah campur aset syarikat dah kot tu? Kalau syarikat pun takkan la sampai 20 trillion?Bill Gate pun kalah woi..Entah la nak cakap ape pun tak tahu. Paling tak leh blah dia cakap nak ditabalkan jadi maharaja tu. haha. Tak ke marah puak puak indon tu nanti? Tak pasal pasal rakyat Malaysia kat sana semua kena naik kereta kebal nak ke mana mana . 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

4 comments

January 23, 2012 at 12:46 AM

Whoaa ;O Sumpah I tak percaya. Hahaha

January 23, 2012 at 6:03 AM

@Sarah Amaline sama la...cm mustahil je kan? haha

Anonymous
July 24, 2012 at 9:23 PM

Maharaja Indonesia???hahahahaha...satu lawak...kelakrnya,,,

January 14, 2013 at 2:20 PM

boleh jadi lah, sebab harta dia dari keturunan raja. tak boleh masuk forbes, kalau nak diikutkan raja brunei lagi kaya dari bill gates tapi tak masuk pun forbes. so ada kemungkinan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)