Saturday, November 05, 2011

Pengakuan Seorang Ayah Yang Sumbang Mahram Dengan Anak Gadis Sendiri

Aku tertarik untuk berkongsi kepada korang semua tentang pengakuan seorang bapa yang telah terlanjur melakukan sumbang mahram bersama anak gadis beliau sendiri. Mesti orang akan cakap. “ Binatang punya ayah” . Tapi cuba baca sampai habis cerita ni dan lepas tu boleh buat kesimpulan.


 

Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.


Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa pakcik menghentikannya daripada sekolah.


Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.


Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.


Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi pakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.


Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcik itu.


Pakcik akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.


Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri, pakcik tercium bau wangi.


Ketika itu pakcik lihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi ‘party’. Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak ke disko bersama teman lelakinya.


Apalagi mengamuk sakanlah pakcik!


Pakcik marah Julie semahu-mahunya.


Nasib baiklah isteri pakcik cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung pakcik.


“Sejak itulah agaknya dia mula sakit hati dan memasang dendam terhadap pakcik,” katanya pada aku yang menemubualnya di bilik rekod Penjara Kajang.


Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.


Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.


Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya.


Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.


Pun begitu dia dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.


Sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.


Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.


Tiba-tiba pakcik terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.


“Abah, masuk kejap dalam bilik,” kata Julie.


Pakcik yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.


Alangkah terperanjatnya pakcik sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuan pakcik itu hanya memakai coli dan seluar ketat getah berwarna hitam.


Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.


Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.


“Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman pakcik ketika itu terlalu lemah, pakcik tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
“Yang menghairankan pakcik, sewaktu tengah `bersama’ tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang pakcik sudah jauh terpesong.


“Pakcik yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian pakcik. Dalam erti kata lain `kejadian’ itu berlaku tidak sampai tiga minit,” katanya.
Menurut pakcik, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan’ yang terhenti itu disambung semula.


Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.
Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.


Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.


“Akhirnya baru pakcik tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan pakcik, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya.


“Julie yang memang berdendam dengan pakcik merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.


“Pun begitu pakcik yang paling bersalah dalam hal ini, pakcik sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,” kata pakcik.
Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan.


Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.
Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.


Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.


“Pakcik terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi.


“Pakcik juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri.


“Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,” katanya.


Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi pakcik berkata: “Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai… pakcik belum memikirkannya tetapi pakcik tahu lambat laun pakcik terpaksa juga melepaskannya.”


Salah  dia jugak sebab tewas di tangan anak sendiri yang memang dari mula dah pasang perangkap. Itu la zaman sekarang macam macam benda yang kita tak fikir boleh jadi. Anak dengan bapak pun jadi . Zaman sekarang ni anak anak gadis memang kena betul betul jaga. Anak teruna pun sama je la . Dugaan diluar sana memang sangat sangat mencabar keimanan. Macam macam benda yang menggugat iman dan hati datang setiap hari. Cuma kita sendiri yang dapat menentukan sama ada kita yang akan dipengaruhi atau tidak.

sumber : Artikel ini disiarkan dalam ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 17 Mei 2005.

Friday, November 04, 2011

Contest Gadget Impian Oleh Denaihati

Memiliki gadget terkini yang moden memang menjadi satu impian kepada golongan muda mudi zaman sekarang. Ye la sekarang kan zaman cyber, semuanya kena cyber . Tambahan pulak student macam aku yang memang sangat memerlukan semua tu untuk banyak tujuan. Belajar , entertainment , nak lepak bersosial dalam talian dan yang paling penting mestilah berblogging secara mudah. Tapi bagi student yang dilahirkna dalam keluarga yang bukan “duit terjun dari langit” memang agak susah la nak capai impian nak memiliki semua tu . nak kena menabung sunguh sungguh atau kalau nasib baik, ada la rezeki orang nak bagi ke??

 

Memiliki gadget seperti iPad2 , Iphone 4s , Sambung Galaxy, dan banyak lagi gadget lain memang menjadi idaman aku dari dulu lagi. Paling aku berminat nak miliki adalah Samsung Galaxy tab dan sebuah kamera DSLR. Tapi apakan daya, kemampuan untuk dapatkan semua tu terbatas dek kerana banyak lagi bebanan dan tanggungjawab lain yang kena didahulukan . Bukan semua yang kita idamkan kita akan dapat. Tapi kadang kadang apa yang kita tak sangka kita akan dapat, akan jadi kenyataan . Dan sekarang, bagi sesiapa yang punya impian dan cita cita yang sama dengan aku, peluang untuk korang capai impian tu semakin hampir bila seorang blogger pemurah dan popular dah lancarkan satu contest terbaik yang wajib anda ,anda dan anda sertai untuk penuhi impian tersebut.

 

Denaihati dengan tagline “Hidupkan Untuk Memberi” kini sekali lagi memenuhi kriteria tagline tersebut dengan mengadakan contest terbaru dan mungkin terakhir dan terbesar untuk tahun 2011 yang dibuka kepada semua blogger blogger seluruh Malaysia yang mempunyai impian besar nak memiliki gadget terkini yang hebat . Bertepatan dengan matlamat utama contest iaitu membantu Rakan Bloggermemiliki Gadget Impian yang selama ini ingin dimiliki tetapi masih belum tercapai.

 

Contest Gadget Impian!! tak rugi malah beruntungnyaaaaaaaaa anda yang join contest ini , dengan syarat yang mudah dan senang untuk menang . Syarat penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan contest terbesar ni boleh terus klik  Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di blog Denaihati . Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang menarik anda untuk penuhi impian bersama Denaihati.Pendaftaran terbuka kepada semua pembaca setia blog Denaihati 1Dunia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59pm, 9/11/2011.  Kini Denaihati hidup untuk memberi dan memenuhi keinginan anda.

 

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Seksualiti Merdeka 2011 : Perhimpunan Sokong Seks Bebas

Masih ada yang belum ambil tahu tentang isu panas sekarang iaitu Seksualiti Merdeka? Apa itu Seksualiti Merdeka? Apa motifnya?

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!

ape kejadah pulak nak meyokong transgender , gay apa semua tu. Ini memang betul betul biadap bilamana sebuah negara berpaksikan Islam nak menyokong benda benda macam ni. Harap pihak berkuasa ambil tindakan sekerasnya untuk hapuskan fahaman lahanat ni.

seksualiti merdeka 2011

Info lanjut dan lengkap berkaitan Seksualiti Merdeka anda boleh dapatkan di Perhimpunan Seks Bebas 9 November  oleh DahliaJournal. Beliau dah kupas tajuk ni dengan lengkap.


KUALA LUMPUR: Program Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung di ibu negara menjadi tajuk perbahasan hangat beberapa anggota Parlimen hingga persidangan Dewan Rakyat pada Khamis menjadi kecoh seketika.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata program yang kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia itu sebenarnya mempunyai unsur-unsur dan cubaan untuk memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan perbuatan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Persidangan menjadi semakin panas apabila Zulkifli cuba mengaitkan isu memansuhkan seksyen itu dengan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya khuatir sebab dahulu ada seorang anggota pembangkang yang mahu Seksyen377 ini dimansuhkan, adakah penganjuran itu juga untuk perkara ini," katanya.

Program yang membabitkan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Rabu sehingga 13 November ini, dilaporkan bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Zulkifli juga mendakwa penganjur program kontroversi itu sebenarnya mahu mempromosi parti seks bebas.

Ketika lantang berbahas, beliau tanpa menyedari menggunakan perkataan "Khalifah" untuk menyifatkan Ambiga sebagai ketua yang dilantik oleh pembangkang ketika penganjuran demonstrasi haram Bersih, 9 Julai lepas.

"Yang Berhormat Kuala Selangor tak faham ke yang Ambiga itu 'Ketua Khalifah' kau orang pada perhimpunan haram dulu...sekarang dia (Ambiga) nak jadi Khalifah seks songsang," katanya.

Insiden itu menyebabkan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun untuk membantah penggunaan perkataan itu.

Sementara itu, Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) dalam perbahasannya berharap semua pihak termasuk kerajaan dapat menggunakan pendekatan lain selainkekerasan dalam menangani isu homoseksual itu.

Katanya menghukum mereka yang terlibat dalam seks bebas dan seks songsang tidak dapat menyelesaikan masalah itu tetapi kerajaan diminta supaya lebih memahami dan membimbing mereka daripada terus menjalankan aktiviti homoseksual tersebut.

Mengenai Ambiga, Dr Siti Mariah berkata walapun beliau menyokongnya dalam isu Bersih 2.0 tetapi bagi isu program Seksualiti Merdeka, beliau sama sekalitidak menyokongnya.

Dr Siti Mariah juga mencadangkan supaya kerajaan meminda Kanun Keseksaan untuk memuatkan perbuatan zina sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 377 sebagai usaha membanteras perbuatan zina yang semakin berleluasa di negara ini. - BERNAMA

Thursday, November 03, 2011

Justin Bieber Ada Anak Luar Nikah Berumur 3 Bulan?

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.

Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.

Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.


macam lawak pun ada bila nak bayangkan Justin Bieber ni yang masih lagi nampak macam budak budak dah nak jadi ayah. Macam adik je . Tapi rasanya semua ni propaganda perempuan tu je nak popular dengan cara cepat tak pun memang dah terdesak sangat nak jumpa Justin Bieber sampai buat macam tu. Seriusly aku pun tak tahu la apa istimewa sangat Justin Bieber sampai peminat dia especially perempuan menjerit jerit macam orang gila bila budak ni muncul

 

tengok video di bawah ni. Menjerit macam orang gila . Memang GILA..hahaha. lawak pun ada

 

mstar

Isteri Jual Gambar Bogel Di Facebook

Gambar bogel isteri boros

KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.


Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Apa nak jadi la dengan orang zaman sekarang. Dah ada suami, tergamak lagi nak buat macam ni disebabkan duit. Zaman sekarang duit adalah Tuhan sesetengah manusia sebab tu orang dah tak kisah salah atau tidak asalkan wang masyuk. So kepada lelaki lelaki diluar sana jagalag isteri , anak , awek anda baik baik ok jangan sampai jadi macam ni.

 

Dipetik dari Metro

Buku Panduan Seks Kelab Taat Suami Diharam

 

KUALA LUMPUR, 2 Nov ― Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa serta-merta.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Setiausaha Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian Abdul Aziz Md. Nor berkata buku itu diharamkan disebabkan dua sebab.

Katanya, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.

“Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan,” katanya lagi.

Malah menurut beliau kandungan buku itu yang ditulis oleh Hatijah Aam, juga bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hatijan merupakan pengasas kelab itu.

Pertengahan bulan lalu, Jakim berkata akan menyekat pengedaran buku itu kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami. — Foto ihsan

 

SUMBER

Keputusan Liga Juara Juara Eropah 3 November 2011

 

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi adalah:


Kumpulan A

Bayern Munich (JER) 3 (Gomez 17, 23, 42) , Napoli (ITA) 2 (Fernandez 45, 79)

Villarreal (SEP) 0 , Manchester City (ENG) 3 (Y. Toure 30, 71, Balotelli 45+3-pen)


Kumpulan B
Inter Milan (ITA) 2 (Samuel 18, Milito 65) , Lille (FRA) 1 (De Melo 83)
Trabzonspor (TUR) 0 , CSKA Moscow (RUS) 0


Kumpulan C
Manchester United (ENG) 2 (Valencia 8, Rooney 87) , Otelul Galati (ROM) 0
Benfica (POR) 1 (Rodrigo 4) , Basel (SUI) 1 (Huggel 64)


Kumpulan D
Lyon (PER) 0 , Real Madrid (SEP) 2 (Ronaldo 24, 69-pen)
Ajax (BEL) 4 (van der Wiel 20, Sulejmani 25, de Jong 65, Lodeiro 90+2) , Dinamo Zagreb (CRO) 0

sumber

Wednesday, November 02, 2011

Imam Dipenjara 4 Tahun Dan 3 Sebatan Lesapkan Wang Kutipan Zakat

KULAIJAYA – Seorang bapa kepada dua anak yang pernah menjadi imam sebuah masjid di sini terpaksa menerima hakikat pahit menjadi penghuni tirai besi selepas Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan kerana menggelapkan wang kutipan zakat sebanyak RM19,510 pada Ogos tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Redzuan Mohd. Said, 28, selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh di atas dakwaan tersebut.

Bapa kepada dua anak berusia dua dan empat tahun itu dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai amil fitrah bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim bagi kawasan bandar Kulai.

Redzuan didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan sebanyak RM19,510 dengan menggunakannya untuk kegunaan peribadi di sebuah pasar raya di sini antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.

Dia didakwa melakukan pecah amanah selepas gagal menyerahkan wang tersebut kepada Pejabat Agama Islam daerah dan MAINJ sebaik membuat kutipan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda.

“Mahkamah mengambil beberapa ketetapan seperti kapasiti tertuduh sebagai amil fitrah dan pengakuan bersalahnya yang mana ia telah menjimatkan masa mahkamah. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan,” kata Zaiton dalam penghakimannya. (kosmo)


Lepas ni kat sapa lagi kita nak percaya?Apa komen korang dengan perkara ni? aku no komen je lah.. hummm!!

Tuesday, November 01, 2011

Statistic Blog HafizRahman Bulan Oktober

header

Dibawah ni adalah report atau statistic blog HafizRahman untuk bulan oktober . Statistic ni untuk aku gunakan as penanda aras untuk majukan lago blog aku dan tingkatkan lagi trafik di masa masa depan. So ini bukan nak show off or menunjuk kepada umum trafik blog cikai ni . Sekurang kurangnya aku puas dengan apa yang aku dah usahakan bila aku dapat baca balik entry nanti di masa masa depan dan dapat buat perbandingan. Ok back to the main topik. untuk bulan Oktober alhamdulillah ada peningkatan mendadak dari segi trafik ke blog ni. Walaupun tak sehebat blogger blogger otai yang lain , tapi syukur alhamdulillah pujian kepada tuhan sebab rasa usaha terbalas bila tengok trafik maintain dan meningkat setiap hari. Maka earning pun semakin bertambah laa.Agak mata duitan disitu . Alhamdulillah .

 

stat

gambar diatas ni aku printscreen pada 30 hb Oktober, hari last yang berjaya memecah rekod blog aku mencapai 17430  pageview dalam sehari . Alhamdulillah sebab tak pernah capai setinggi ni. Boleh tengok pageview sehari sebelum tu cuma 9689. Semuanya kerana SEO. Ok kita ke part yg lebih spesifik.

image

ini Pageview terbanyak untuk bulan ni iaitu 17467

image

dan penutup bulan iaitu pada 31 oktober mencatatkan pageview sebanyak 13159pv.

Kalau tengok dibahagian draft tu, trafik aku alhamdulillah meningkat setiap hari . Awal bulan cuma mencatatkan lebih kura 2000 ke 3000 pv saja. Tapi menjelang pertengahan bulan, trafik alhamdulillah . maintain 10000 ke atas setiap hari . Jumlah keseluruhan PV pada bulan oktober bermula 1hb sampai 31 hb adalah 227,335.  Itu dari segi pageview saja. Ok ini cuma stats dari dashboard blogger je ok. tak masuk stats nuffnang lagi .

 

image

 

referring site tertinggi masih lagi dari Google Search Page sebab aku banyak tumpukan untuk entry SEO, referring site kedua adalah dari GuaBlog. Nampak hasilnay selepas aku pasang GuaBlog di blog ni, trafik makin mencanak canak. Rugi kalau sapa sapa tak ping di GuaBlog

 

image

ramai yang mencari gambar Diana Amir bertudung dan masuk ke entry Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok??.

ok moh kita tgok stats nuffnang pulak

image

Jumlah Pageview adalah 131236 manakala unique view adalah 45768 untuk bulan ini . Pelik kan . Stats nuffnang dengan dashboard langsung tak sama. Dekat separuh perbezaannya. Entah la nak percaya yang mana satu . Analysis dari Google analytic masih tak boleh nak digunakan sebab aku baru ja pasang benda tu. So analysis baru sikit .

 

dan blogger terbanyak yang menyumbang trafik kepada blog aku ialah blogger ini (sila klik pada banner)

"I Know That I'M Getting Older But I Refused To Grow Up"

dan jugak Eykameow. (klik pada banner)

gadis ini KEKWAT ?

terima kasih tak terhingga untuk kedua dua blogger tersebut dan tak lupa jugak kepada semua yang pernah datang membaca di Blog HafizRahman. InsyaAllah aku akan terus memberikan berita terbaru dan entry entry menarik untuk tatapan anda semua .

Kim Kardashian Fail Permohonan Cerai Terhadap Kris Humphries

Perkahwinan gilang gemilang Kim Kardashian sebelum ini nampaknya tidak bertahan lama . Mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos yang lalu bersama pemain bola keranjang , Kris Humphries. Boleh baca semula entry Gambar Perkahwinan Kim Kardashian Dan Kris Humphries yang aku buat pada 24 Ogos 2011 yang lalu. Dan sekarang, baru masuk awal bulan November dan rumahtangga mereka mula retak dan akhirnya Kim failkan perceraian.



Petikan dari MstarOnline
BINTANG realiti, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraiannya terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26 selepas berkahwin selama 72 hari.
Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu.
Kim dikatakan menfailkan perceraian mereka dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu.
Dalam pada itu, sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu, sebab utama perpisahan mereka adalah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.
Kris pula dikatakan tidak mempercayai mengenai penceraian dan masih tidak mengetahui tindakan isterinya.
Kim dan Kris sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan mereka yang bernilai USD10 juta di Montecito, California pada 20 Ogos.
Antara selebriti yang hadir pada perkahwinan itu ialah Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan.

Berita ini disahkan lagi oleh Tweets dari @ryanseacrest mengatakan yang Kim telah memfailkan permohonan cerai dan dokumen rasmi perceraian Kim
image
Ada sumber yang mengatakan Kim tidak sehaluan dengan suaminya setelah Kris tidak mempunyai pekerjaan kerana mempunyai krisis di NBA dan hanya bergantung harap pada duit Kim Kardashian saja. Apa apa pun, kepada peminat Kim, tunggu je lah apa pengakhiran cerita ni.

sumber : mstar dan Ohbulan

(Video Dan Gambar) Letupan Keretapi Langgar Lori Tangki Di Sabah

Sangat jarang berlaku kejadian tak diingini macam ni. Selalunya kita cuma dengar kes kes kemalangan besar macam ni diluar negara ja. Tapi semalam, benda ni terjadi di Malaysia. Syukur tak ada nyawa yang melayang walaupun kemalangan ni agak tragis.

KOTA KINABALU - Hampir 200 penumpang kereta api terselamat selepas kenderaan itu terbakar apabila merempuh sebuah lori tangki minyak yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini semalam.

Kejadian tersebut berlaku pukul 5.30 petang apabila lori yang membawa 27,000 liter petrol itu cuba melintas landasan kereta api tersebut untuk menghantar bekalan minyak ke sebuah stesen berdekatan.

Sebaik dirempuh, lori tersebut terus terbakar hingga menghasilkan letupan kuat dan asap tebal setinggi 30 meter. Bagaimanapun, penumpang kereta api dan pemandu lori itu terselamat. (KOSMO)

 

credit gambar : anastasyea

Video Semasa Kebakaran

dan satu lagi video daripada pengguna jalan raya yang lalu ditempat kejadian

apasal la perempuan dalam video ni asyik mencarut carut ja. Aduii potong stim betul la.

Monday, October 31, 2011

Penyokong Negeri Sembilan Bakar Bendera Terengganu Satu FITNAH???

Kesinambungan daripada tragedi yang dikatakan penyokong Negeri Sembilan membakar bendera Terengganu, boleh rujuk dalam entry ini

 

 

tup tup hari ni keluar pulak cerita dari salah seorang penyokong NS yang mengatakan cerita ini tidak benar sama sekali dan tiada sebarang kes bakar bendera berlaku. Gambar ini juga dikatakan bukan mangsa yang dipukul tersebut. Habis kenapa terbaring macam ni baju tak pakai?

 

image

Berikut adalah petikan yang diambil dari laman Ilustrasiaku tentang komen salah seorang penyokong NS tersebut .

 

-info-selepas tamat perlawan saya telah keluar dari kawasan tempat duduk dan melihat sekumpulan pasukan kompang/gendang n9 meraikan kemenangan berhampiran gate tiket.

tiba2 segerombolan penyokong terengganu lalu berhampiran tempat penyokong negeri sembilan yang sedang meraikan kemenangan..senang crite…tup2 diorang ni bertembung saya pun lari ke belakang nak selamatkan diri..nampak dari jauh kecoh2 polis pun datang redakan keadaan.saya dan kawan2 beranikan diri mara ke depan bila polis dah asingkan penyokong terengganu ke luar stadium..

saya pun nampak orang diatas terbaring dan dikelilingi penyokong negeri sembilan yang cuba membantu..saksi dan rakan2 dia kata dia telah dipijak ketika bertembung tadi..namun tiada pun kesan bendera dibakar mahupun api berada di kawasan berhampiran..harap maklum.

jadi sebenarnya apa yang berlaku pada malam tersebut. harap pihak polis dapat selesaikan masalah ni so that di masa masa depan tak ada lagi insider buruk berlaku setiap kali ada perlawanan bola sepak. Setiap kali perlawanan ada ja pergaduhan yang berlaku. Kemon la. Setiap perlawanan mesti ada menang kalah. Mana mungkin kedua dua pasukan menang. Belajarlah menerima hakikat. Jangan diikutkan sangat nafsu amarah dan darah muda tu. Nanti diri sendiri binasa. Akhirnya menyesal tak sudah. Sesiapa yang tahu apa cerita sebenar malam tu??sila lah ceritakan .

Tutorial Cara Buat Auto Open Link In New Tab

Bagi pengguna blogger yang membuat entry dari dashboard, memang tak disediakan fungsi untuk buka link yang diletakkan di dalam entry di new tab. Pengguna atau readers anda terpaksa right click dan open in new tab dan bua secara manually. Tapi bagi yang menggunakan Window Live Writer, ada disediakan fungsi open in new tab ni. Keadaan ini kadang kadang agak menyusahkan pembaca anda bila mana mereka selalunya terpaksa tekan back untuk kembali pada entry anda setelah tekan link dalam entry tersebut. Tanpa fungsi auto open in new tab, berkemungkinan besar pembaca anda tidak akan kembali selepas menekan link tersebut. Sesuatu yang sangat tidak baik untuk pertumbuhan blog anda. Jadi untuk memudahkan readers anda , terutamanya kepada blog yang disable right click, ada satu cara dimana semua link yang diletakkan di dalam blog atau laman web anda akan dibuka di new tab secara automatik.

 

Jom ikut tutorial mudah dan senang untuk buat link anda buka di new tab .

 

1. Buka Dashboard > Design > Page Element > Add A Gadget > HTML/Java Script.

 

2. Pastekan code dibawah di dalam widget HTML/Java Script

 

<!-- code for turning all non-blog links to new page links -->
<script type="text/javascript" language="javascript">
var arr = document.getElementsByTagName("a"); //get all links in the page
for(var i = 0; i < arr.length; i++)
{
if(arr[i].href.indexOf("Your URL") < 0 //not links that are 'inside' blog
&& arr[i].href.indexOf("javascript:") < 0) //not javascript links
arr[i].target = "_blank";
}
</script>

3. Savekan widget anda dan siap. Cuba tekan mana mana link dalam blog anda

 

  **(perhatian!! link tak berfungsi pada widget linkwithin)

 

Kalau ada apa apa masalah jangan segan segan untuk bertanya ek.

Video : Bangunan 15 Tingkat Siap Dalam 6 Hari

The Ark Hotel. Sebuah bangunan di China yang disiapkan hanya dengan mengambil masa selama 6 hari sahaja. 2 hari diambil untuk menyiapkan kerangka asas bangunan dan struktur utama  dan lebihan 4 hari lagi untuk kemasan luaran dan dalaman seperti dinding dan tingkap.  Ketinggian bangunan tersebut adalah 15 tingkat. Yaa sila percaya. 15 tingkat dalam masa hanya 6 hari. Memang gila la teknologi China ni. Imposible is now nothing there. Everything is posible in China.

 

 

 

agaknya residen yang tinggal berdekatan tu mesti terkejut kan bangun bangun pagi dah ada bangunan baru dah. Tinggi pulak tu

Sunday, October 30, 2011

Video : Cinta Muka “Bulu” Yang Sumpah Lawak Giler!!!

Korang patut tengok video Parody bertajuk Cinta Muka Bulu ni sampai habis. Aku berguling guling gelak sampai nak mampos. hahahah jadah sumpah lawak gila..Wat sakit perut aku ja . Keseluruhan lagu ni cerita pasal bulu ja. Hahaha kengkadang cam lucah pun ada. Sengal!!

 

tak leh blah betul la scene dalam fruity tutty tu. Sejibik macam dalam video asal.haha. Apapun terbaik la sapa yang buat video berbulu ni. Berbulu bulu aku gelak sampai nak tercabut bulu ketiak aku. hahahahahaha. Agak agak Najwa Latif tengok lagi tak video ni>?

 

sumber : Melayukini

Video Penyokong Negeri Sembilan Kena Belasah Selepas Bakar Bendera Terengganu

Kesinambungan daripada entry Penyokong Negeri Sembilan Dibelasah Akibat Bakar Bendera Terengganu. Dibawah ni aku attach video kes brader yang bingai tu kena belasah. Seriusly bingai . Cari pasal dengan orang yang tengah panas hati. Tapi video ni dalam keadaan senget . So aku tak jamin la kalau lepas tengok video ni kepala korang jadi senget. haha

VIDEO PENYOKONG NEGERI SEMBILAN DIBELASAH



nasib la masih hidup. Ramai betul orang nak belasah dia ni.

Rupa Spongebob Di Dunia Nyata

 

First time aku tengok ni, terguling guling aku gelak. Sapa punya akal la nak jadi spongebob ni..hahahhahahaha

Tengok jugak : Lagu Spongebob Versi Kedah Dan Kelantan 

sumber : tak diketahui (sila claim jika ini anda punya )

Penyokong Negeri Sembilan Dibelasah Akibat Bakar Bendera Terengganu

image

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.
Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.
Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Ape kejadah la yang dia pergi bakar. Bukan team dia kalah pun. Menang kot . Saja seronok kot nak cari pasal , kan dah kena cepuk. Tak pasal pasal cari sakit. Kan bagus kalau duduk diam elok elok. Balik rumah tidor dari dok cari pasal . Dah la penyokong Terengganu tu tengah panas sebab  kalah. Ada pulak yang cari pasal. Memang kena la jawapnya. Kalau aku pun , aku cepuk budak ni. Kesimpulannya aku tak kesian tapi nak cakap padan mkuka kat budak yang kena pukul tu. Memang logik pun dia kena pukul.



Entry Terkini

Gambar Honda CR-Z : Honda CR-Z Masuk Malaysia

sebelum ni aku pernah buat review tentang Honda Civic Type R Baru Yang Perhhhhhhhhh!!!. Dan harini, aku nak buat review jugak untuk kereta Honda. Wahh dah boleh jadi wakil iklan honda dah ni

HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.
“Kami berpuas hati dengan langkah kerajaan melanjutkan pelepasan cukai penuh bagi duti import dan duti eksais seperti dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata, berikutan sambutan hangat bagi model Honda Insight yang dilancarkan tahun lalu, pihaknya memutuskan untuk membawa satu lagi kenderaan hibrid ke negara ini.
“CR-Z bukan saja mesra alam, malah sangat mesra pengguna dan seronok untuk dipandu,” katanya.
Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu.

 

Gambar Honda CR-Z

 

 

sumpah supersportycantik!!! esok nak g beli satu la. haha macam ada duit . Nak makan pun jenuh mencari ada hati nak pakai kereta mahal. Angan angan kan satu impian. ! Info lanjut di ARENAKERETA