Thursday, November 03, 2011

Isteri Jual Gambar Bogel Di Facebook

Gambar bogel isteri boros

KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.
“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.


Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Apa nak jadi la dengan orang zaman sekarang. Dah ada suami, tergamak lagi nak buat macam ni disebabkan duit. Zaman sekarang duit adalah Tuhan sesetengah manusia sebab tu orang dah tak kisah salah atau tidak asalkan wang masyuk. So kepada lelaki lelaki diluar sana jagalag isteri , anak , awek anda baik baik ok jangan sampai jadi macam ni.

 

Dipetik dari Metro

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)