Friday, September 30, 2011

gambar kahwin nabil dan zira : gambar hantaran dan akad nikah

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

-Mstar Online

Nabil yang mengenakan persalinan Wazira Zainal, menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding.

Manakala Nazirah atau Zira, menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Hantaran dari kedua² belah pihak direka khas oleh pereka perancang perkahwinan, Persada Embun.

sumber : anastasyea

 

Dan gambar sekita majlis persandingan

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

cantik dan manis bila bertudung

 

agak agak time ni dia semoat buat lawak dengan tok kadi lagi tak?haha.

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri

Nabil-Zira Sah Bergelar Suami Isteri


lebih banyak gambar dan cerita berkaitan majlis ini di website berikut.

 anastasyea

Ohbulan

BulanPurnama

Rotikaya

GAMBAR PERKAHWINAN 12JUTA NORMAN DAN MEMEY

Perkahwinan “12juta” seperti yang dicanangkan oleh media sebelum ni untuk perkahwinan Norman hakim dan Memey sebenarnua bukannya “12juta” yang dimaksudkan . Resepsi perkahwinan tersebut jadi mahal disebabkan tajaan mutiara mutiara oleh Rafflesia. Its not like resepsi “Siti Nurhaliza” yang memang supergah . Resepsi ni macam biasa biasa saja cuma yang mahalnya tajaan tu la. Bukannya dia bak bagi terus pun semua semua tu. Ok jom layan beberapa gambar yang diambil dari blog Ini Cerita Atiqah yang dihostingkan oleh Oh Bulan

kasut yang dihiasi dengan mutiara dari Rafflesia

tak ada skirt yang lagi pendek ke nak pakai? Nur fathia, Julia Ziegler , Miera Liyana dan sapa ntah

Gaun “1juta” yang tak berapa nampak sangat “1juta” nye 

baju Fathia dengan Miera dah macam baju Big Show je aku tengok. Stok stok baju tarzan

more pic are coming for your view. click this nice blog

Apa-apa pun, kita doakan la perkahwinan mereka ni berpanjangan jodoh hingga ke akhirnya. harap Norman jadikan kisah lama dia sebagai pengajaran . Abby pulak diharap jangan keluarkan dah statement statement dengan perangai “budak” dia tu.

ENTRY TERBARU DAN MENARIK :

 

HONDA CIVIC TYPE R BARU YANG PERHHHHHHHHH!!!

MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA KINI BURUAN SKMM DAN INTERPOL

Thursday, September 29, 2011

Honda Civic Type R Baru Yang Perhhhhhhhhh!!!

sebenarnya aku tak tahu bila kereta ni keluar tapi selama aku hidup, baru 2x aku nampak.Satu masa aku kerja di Kedah dalam bulan 8 haritu dan satu lagi minggu lepas di Shah Alam. So aci la kan aku letak tajuk “Honda Civic Type R Baru Yang Perhhhhhhhhh!!!”Tak tau la kereta ni baru ke lama dah. Biasala lambat pikap sikit hal hal yang tak mampu ni.  First time nampak , memang aku tegezut dan cakap. “%^$$# keta apa ni?cantik gila babi” . Tak tau la pulak connection apa yang ada diantara aku dan kereta ni tapi bila mata kami bertentang, satu aura akan menjelma tiba tiba bak angin meniup rambut berterbangan .Jadah aku cakap macam nak buat sajak.

 

ini versi “kunin”..err ok fine kuning. Aku orang Kedah so terima je la .

pandangan dari belakang yang gegegegegegaaaaaarang gilerrr

depan yang lagi gagagagagaaaaarannnnggggg nak mamfushhh. Tapi kan, apesal ntah bila aku tengok gambar dengan tengok depan2, lagi eksaited lebih bila nampak depan2. Betul, Aku nampak Ferari dagn Lamborghini pun tak rasa eksaited macam nampak kereta ni. Maybe sebab memang dah tahu kot aku memang tak ada chance nak pakai Lamborg tu. Yang ini mungkin berkesempatan. Itupun kalau nanti kerja elok2 la kan. Ini idak. Study pun malas .

putih ni aku nampak di Kedah haritu. Sejibik macam ni. Kereta nie pa????baik habaq kaihhh

ni kalau bagi free pun aku mau ni. (sapa la nak bagi kat hang)

kelabu taik itik tak berapa minat sangat.

versi merah mu bara semangat waja….putih mu bersih budi pekerti…bla3x lalalalalala

awat yang lawa sangat pun tatau???

dan interior design untuk kereta Honda Civic Type R

siap ada button start

jenuh menghafal. banyak butang. Jangan nak tekan signal, tertekan wiper sudah la..aicehh mcm ada pengalaman ja.

amboih ketaq lutuit dah nih tengok. Agak agak aku boleh pakai ka kereta ni dalam masa 5tahun akan datang?InsyaAllah. Degree ada 2 tahun ja lagi. (tak kawin la aku nampaknya). Ada yang berminat ke.. Or ada kawan kawan anda yang dah pakai kereta ni?kongsikan disini ek…

Entry terkini :

MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA KINI BURUAN SKMM DAN INTERPOL

VIDEO DAN GAMBAR KEBAKARAN KOLEJ JATI UITM SHAH ALAM

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Kini Buruan SKMM dan Interpol

Menurut berita Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah SWT, Islam, Nabi Muhamad SAW, dan agong menetap di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.


Alhamdulillah sangat sebab kes ni dah diambil tindakan oleh pihak SKMM yang nak bekerjasama dengan Interpol untuk heret mak cik kurang hajar ni. Jatuhkan hukuman paling berat untuk lahanat ni. Perosak Islam. Aku baru lepas baca beberapa post dalam blog lahanat ni. (Harap blog ni cepat cepat dipadamkan.  Memang rasa sedih dan rasa nak penerajang muka dia kalau jumpa depan depan. Rupa rupanya si makcik ni pengecut . Duduk di Sweden patut la dia berani sangat nak cabar SKMM . haa amik kau Interpol pun dah masuk campur. Habis la kau mak cik.Hopefully cepat cepat la kes ni selesai. Kita heret perempuan murtad ni ke muka pengadilan.

Video Dan Gambar Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam

Aku baru tau cerita tentang kebakaran Kolej Jati UiTM bila bukak laptop pagi ni. Kejadian ni dah berlaku dari semalam lagi tapi kenapa tah macam tak ada berita pun yang menyampaikan . Maybe sebab classmate aku tak ada yang stay kat kolej tu kot. Kejadian kebakaran ni berlaku di tempat pembuangan sampah dan api menjulang tinggi . Alhamdulillah kebakaran tak totally ranapka bangunan dan tak ada nyawa yang terlibat dengan kejadian ni. Dikatakan jugak yang punca kebakaran adalah kerana “sepuntung rokok’. See? dah la rokok tu dah memang menyusahkan. Sekarang menyusahkan orang ramai pulak.

Dan ini ulasan yang dibuat oleh blogger yang maybe stay kat kolej tu jugak kot.

Ulasan blogger Falihin Jasmy: “Assalamualaikum readers dan salam 1dunia…selepas Empire Subang Shopping Gallery meletup kira-kira 3.45 pagi tadi, Kolej Kediaman Jati yang menempatkan pelajar lelaki pula telah terbakar. Sebab kejadian masih lagi dalam siasatan. Berikut adalah video yang sempat dirakamkan oleh pelajar yang tinggal di kolej tersebut. Berikut merupakan gambar Naib Canselor Uitm Shah Alam, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, yang mengadakan lawatan ke Kolej Jati sebaik sahaja menerima aduan kebakaran.”

Dan ni pulak video yang dirakam oleh salah sorang penghuni semasa kejadian

ada yang merungut tentang aspek keselamatan Kolej tersebut dan dikatakan jugak cuma ada satu tangga untuk selamatkan diri. Bila dah jadi macam ni macam macam statement keluar. Bangunan tak ada CF la., macam macam. Bila dah jadi baru nak sedar. Tapi ada sorang budak kolej ni jugak bagitau :

image

dan lepas kejadian tu. Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Timbalan Naib Canselor ada melawat tempat kejadian.

#2 Wordless Wednesday Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari kejadian ni

JANGAN HISAP ROKOK.

  • Kalau nak hisap jugak, puntung tu jangan la buang merata rata. Nak buang, pijak la dulu bagi api habis padam
  • Jangan buat endah tak endah bila latihan kebakaran sebab benda tu akan sangat berguna time kejadian macam ni jadi. Kalu tak amik tahu, bila terjadi apa apa mula la nak gelabah biawak tak tau nak buat apa.

Sumber :

 

Wednesday, September 28, 2011

DOWNLOAD MOZILLA FIREFOX 7.0 UNTUK WINDOW, LINUX , MAC

Firefox 7.0 is now available for firefox user.

Nampaknya, seperti sebelum-sebelum ini, pelayar web Firefox versi terkini iaitu Firefox 7 sudah pun selesai dibangunkan. Versi terkini tersebut sudah boleh dimuat turun terus melalui pelayan FTP Mozilla bermula hari ini, untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac. Namun begitu, Mozilla masih belum mengeluarkan sebarang penggumuman rasmi berkaitan dengannya.

Sumber dari Amanz.net

klik pada logo sistem operasi anda untuk download Firefox 7.0

SISTEM OPERASI WINDOW

SISTEM OPERASI LINUX

SISTEM OPERASI MAC

Gambar Letupan Di Empire Shopping Gallery ,Subang Jaya

Anggota Bomba sedang membuat taksiran kerugian yang ditanggung dalam kejadian letupan yang berlaku di pusat beli belah, Empire Gallery Shopping Mall awal pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Pusat beli belah Empire Gallery di Subang Jaya selepas letupan berlaku awal pagi Rabu. Foto Ihsan: Goh Chien Hui

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.

Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya.

Gambar Sekitar Kawasan Letupan Empire Gallery Subang Jaya (ihsan Google)

Sebelum kejadian

dan selepas kejadian letupan

laporan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian

Alhamdulillah kejadian letupan ni berlaku semasa tiada orang . Bayangkan kalau kejadian ni jadi waktu peak hours . Like macam masa lunch. Surely banyak nyawa akan melayang. Mungkinkah ini suatu peringatan kepada kita semua. Sama sama kita fikirkan.