Saturday, August 06, 2011

Apek Dan Dahlia Teck Berpegangan Tangan Di Universal Studio Singapura?

Rasa panas walaupun pagi pagi ni memamng cuaca sejuk ja. Sebelum tu marilah kita sama sama bersangka baik dibulan yang mulia ni. Harap harap ini bukan mereka yang dimaksudkan dalam tajuk di atas. Gambar ini diambil sepenuhnya dari laman web OhBulan


GILA PUNYA SEKSI? Laki mana tak suka peha gebu lagutu?aduii jahat2..mungkinkah beliau dan beliau adalah mereka?Mungkin ya mungkin tidak. Tapi “ya” lebih menguasai carta .ermm macammana dengan penafian yang dibuat oleh sang jejaka?adakah hanya untuk melarikan diri dari dikritik?macammana pulak dengan 10 ISU?

dan apa pulak kaitannya gambar di atas dengan kenyataan yang dibuat sebelum nie?

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
jadi apa yang benar?

dan siapakah wanita disebalik pantulan kaca mata hitam ni?MUNGKINKAH?ermmm~

khairul fahmi kantoi

Cerita ni dah jadi makin panas dengan campurtangan banyak pihak dan bahan bukti yang makin melonggok2 keluar di blog blog hiburan almost setiap hari. Kesimpulannya kita tak tahu siapa sebenarnya yang bersalah dan buat perangai. Jangan asyik nak salahkan satu pihak. Mungkin dua dua pihal ada salahnya dan masing masing nak membetulkan diri sendiri. Tapi jangan sampai keluarkan statement bodoh memalukan diri sendiri sudah. Satu Malaya baca. Nanti malu sampai mati beb!!Renung2kan bersama., Selamat berpuasa ke –6 dan bukan puasa 6.

Friday, August 05, 2011

Google Page Rank Untuk Bulan Ogos 2011 Sudah Di Update, Semak Page Rank Disini

Apa itu Page Rank ?

ini aku googletraslate terus dari wikipedia

PageRank adalah algoritma analisis link, dinamakan selepas Larry Page [1] dandigunakan oleh Internet enjin carian Google, yang memberikan pemberat angkakepada setiap elemen set Hyperlink dokumen, seperti World Wide Web, dengan tujuan untuk "mengukur "kepentingan relatif dalam set. Algoritma boleh diguna pakai kepada mana-mana koleksi entiti dengan petikan dan rujukan timbal balik. Beratberangka bahawa ia menyerah hak kepada mana-mana E unsur yang diberikandisebut sebagai PageRank E dan diwakili oleh PR (E).

Dalam ayat senangnya, kiranya sapa yang ada PR yang lebih tinggi. Peluang untuk berada di first page Google search page adalah lebih tinggi. So entry entry SEO anda akan lebih efektif dan lebih banyak trafik akan masuk melalui search engine. PR ni memang menjadi kegilaan blogger blogger SEO. Contohnya, Blogger yang mempunyai PR 5 buat entry berkaitan sesuatu isu. Dalam masa yang sama, blogger yang ada PR2 pun buat. So advanced kepada blogger PR 5 tersebut untuk berada di google search page . Faham?Tak faham boleh rujuk ke SINI

Google page rank untuk bulan Ogos dah diupdate . Apa page rank terbaru semua blogger blogger sekalian?Aku masih sama dengan bulan Julai iaitu PR 3 . Ok la tu . At least entry entry SEO yang aku buat lebih mesra search engine dan selalu naik di first page google search page. Alhamdulillah .

image

SO korang cuba la check PR korang . Check kat bawah ni ha. Aku dah sediakan siap2 . Cuma masukkan link blog ja dan akan dapat result. Dah dapat, kongsikan la PR korang dibahagian komen entry nie. Sharing kan caring. Mana tau kita boleh berkasih sayang. hehe. Harap harap semuanya bertambah PR. Bukan menurun. Kalau ada yang turun, aktif aktifkan lah diri anda berblogging dengan lebih rajin dan serius.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

jangan lupa baca entry SuperImportant hari ni iaitu : Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia

Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2011

Undian untuk perlawanan Piala Malaysia Tahun 2011. Terbahagi kepada 4 kumpulan dan 16pasukan.

Undian Terkini Kumpulan Bola Sepak Piala Malaysia

 

KUMPULAN A

  1. KEDAH
  2. PERAK
  3. SABAH
  4. JOHOR

KUMPULAN B

  1. TERENGGANU
  2. NEGERI SEMBILAN
  3. SELANGOR PKNS
  4. SIME DARBY

KUMPULAN C

  1. KELANTAN
  2. JOHOR FC
  3. FELDA UNITED
  4. SARAWAK

KUMPULAN D

  1. SELANGOR
  2. T-TEAM
  3. KUALA LUMPUR
  4. PDRM

for sure la aku akan sokong negeri kesayangan aku.KEDAH!!!!!

Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia

"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam". (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270)
Isu halal adalah isu paling hangat dalam beberapa hari ni. Harui ni, keluar lagi satu isu berkaitan .Dari sumber blog Cikgu Sazuya. Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia yang dikatakan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang seperti dalam letterhead ini



dan dalam surat tersebut ada dilampirkan senarai syarikat yang tidak berjaya dalam permohonan pengesahan halal. Dan yang paling mengejutkan. Berus mekap dari SIMPLYSITI juga dikatakan dari sumber babi. Dan produk  MAMEE juga termasuk dalam senarai. Untuk senarai penuh sila ke laman berikut 


# tapi jadi isu pulak mengenai benda ni sebab dikatakan yang JAKIM tak akan mengeluarkan senarai syarikat yang tidak berjaya.Tapi dalam masa yang sama,  pihak bertanggungjawab yang berkongsi maklumat ni mengatakan yang dia dah pun confirmkan isu ini dengan JAIP . Sila rujuk bawah :

image
dan satu pihak yang lain pulak :
image

**kenapa pulak tak boleh sebarkan kepada umum?Ini melibatkan halal haram. Pengguna berhak ambil tahu.

mana satu yang benar dan tulen. Masih belum dapat dipastikan. Tapi seeloknya kita mengambil perhatian yang serius tentang hal ni sebab ia melibatkan produk yang kita gunakan setiap hari . Ketulenan surat ini masih diragui dan kita tunggu pengesahan lanjut daru bahagian pensijilan halal JAKIM yang lebih arif tentang hal ini.

Ally Iskandar Putus Tunang , Punca Ally Iskandar Putus Tunang

Dipetik dari Ohbulan

Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang berada di ambang peretakan sekitar minggu lepas akhirnya terjawab jua. Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.

Ally Iskandar yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam berkata keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Aisyah, sekitar 2 minggu lepas.

“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.

“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.

Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.

“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.

“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.

Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.

“Saya meminta orang ramai supaya jangan menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang buruk. Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata. Krisis pertunangan saya memang tiada kaitan dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang berlaku tempoh hari.

“Alhamdullilah, keluarga kedua-dua pihak faham & terima keputusan kami. Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus terhadap kareer.  Walaupun keputusan yang dibuat itu berat, tapi saya akur jodoh itu ketentuan tuhan,” kata Ally Iskandar mengakhiri temubualnya bersama pihak media.

Thursday, August 04, 2011

Senarai Syarikat Pengeluar Supplemen Kesihatan Dan Tradisional Yang Mempunyai Sijil Halal Malaysia

Berjaga jaga semasa anda membeli ubat kerana sebahgian dari supplier yang mengeluarkan ubat tidak mendapat status halal dari JAKIM. Ubat yang tidak mendapat sijil halal dari JAKIM berkemungkinan mempunyai bahan dari babi dan bahan bahan tidak halal yang lain.

Berikut adalah senarai syarikat pengeluar supplemen kesihatan dan tradisional yang mempunyai sijil halal Malaysia.


1. AFDHAL SDN BHD
2. ALGATECH SDN BHD
3. ANING RESOURCES SDN BHD
4. ASPEN SARL SDN BHD
5. BAE INTERNATIONAL INC. SDN BHD
6. BIOFACT LIFE SDN BHD
7. BIOGENE R&D SDN BHD
8. BESFOMEC INDUSTRIES SDN. BHD
9. CAMBRIAN (M) SDN BHD
10. CCM PHARMACEUTICAL
11. CEREBOS (M) SDN BHD
12. CNI ENTERPRISE SDN BHD
13. DART FAR EAST SDN BHD
14. DUOPHARMA (M) SDN. BHD
15. DXN INDUSTRIES (M) SDN BHD
16. DZ TRADE (MALAYSIA) SDN BHD
17. ECOLITE BIOTECH MANUFACTURING SDN BHD
18. EDMARK INDUSTRIES SDN. BHD.
19. EONLIPIDS NUTRITION SPECIALTIES SDN BHD
20. ESABEE BIOTIKA SDN BHD
21. EUNET PHARMACEUTICAL SDN BHD
22. FOREMOST POWER SDN BHD
23. HALAGEL PLANT (M) SDN BHD
24. HEALWELL PHARMACEUTICAL SDN BHD
25. HERBAL SCIENCE SDN BHD
26. HERBS SAVOUR
27. HOE PHARMACEUTICAL SDN BHD
28. HONG KONG BAN KAH CHAI MEDICAL FACTORY SDN. BHD.
29. HPA INDUSTRIES SDN. BHD.
30. GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD
31. I MEDICAL PHARMACETICAL
32. IDS MANUFACTURING SDN BHD
33. IFOLIA SDN BHD
34. J.B. PHARMACY GROUP SDN. BHD.
35. J-AVENUE SDN BHD
36. JIN TEIK ORGANIC HEALTH FOOD SDN BHD
37. KIN HERBS PHARMA SDN BHD
38. KOTRA PHARMA (M) SDN. BHD.
39. LEN FA MEDICAL SUPPLIES (M) SDN BHD
40. LOFTHOUSE OF FLEETWOOD LTD
41. MB NUTRACEUTICALS SDN BHD
42. MEMBRA NUTRITIONALS SDN BHD
43. MULTI HERBS PHARMACEUTICAL (M) SDN. BHD.
44. NATURE PHARMA
45. NEW WORLD MARKETING SDN BHD
46. NFA HERBS MANUFACTURING INDUSTRIES SDN BHD
47. NOVA LABORATORIES SDN BHD
48. NUREENS BIO RESOURCES
49. NUTREEHERB TRADING SDN. BHD
50. NUTRI-HOME PHARMACEUTICAL INDUSTRIES SDN.BHD.
51. ORIENT LABORATORIES
52. PHYTO HERBAL INDUSTRIES SDN BHD
53. PB NATUR SDN BHD
54. QD HERBS SDN BHD
55. REMELLON BEAUTY & SLIMMING SDN BHD
56. SAMSIAH SAMIT ENTERPRISE
57. SCANLAB SDN BHD
58. SR COSMETICS
59. TERANG BULAN FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD.
60. TOKO TENAGA KELUARGA SDN BHD
61. U.E.S. HEALTH FARM SDN BHD
62. ULTRA HEALTH SDN BHD
63. UPHA PHARMACEUTICAL MANUFACTURING (M) SDN. BHD.
64. UTRISHINE SDN. BHD
65. VICTORY VISION NETWORK SDN BHD
66. WHITE HERON PHARMACEUTICAL SDN BHD
67. WORLDWELLNESS NETWORK SDN BHD
68. YANLING NATURAL HYGIENE SDN BHD
69. Y.E.H MARKETING SDN BHD
70. YI WANG HONEY GARDEN (M) SDN BHD
71. ZERICO SDN BHD


TRADITIONAL


1. ACE HEALTH PRODUCTS SDN BHD
2. AIC INGREDIENTS SDN BHD
3. AISYA INDUSTRIES SDN BHD
4. AMBAR KENANGA HEALTH MARKETING
5. AMECROWN MARKETING (M) SDN. BHD
6. AMWAY ENTERPRISE SDN BHD
7. ANING RESOURCES SDN BHD
8. ASTANA HERBAL (M) SDN BHD
9. BAE INTERNATIONAL INC. SDN BHD
10. BELLA Z-MUTIARA MARKETING SDN BHD
11. BIO SUPER SDN BHD
12. BIOALPHA INTERNATIONAL SDN BHD
13. BIOFACT LIFE SDN BHD
14. BIOFLUSH MARKETING
15. BIOPUSAKA DEWA SDN BHD
16. BIOTROPICS MALAYSIA BERHAD
17. BODIBASIXS MANUFACTURING SDN BHD
18. BOTANICAL DISTRIBUTION SDN BHD
19. BS TIGA HERBA ENTERPIRSE
20. BVRAGE CREATION SDN BHD
21. CAMBRIAN (M) SDN BHD
22. CAMBRIDGE HERBAL SDN BHD
23. CAWANMAS BEVERAGE INDUSTRIES SDN BHD
24. CHENSON HEALTH PRODUCTS SDN BHD
25. CHIK LIM GINSENG SOLE RETAIL SHOP
26. CS PROGYMS PHARMACEUTICAL SDN BHD
27. DART FAR EAST SDN BHD
28. DUHA SDN BHD
29. DUNIAHERBS SALES AND MARKETING
30. ECOFREN SDN BHD
31. ELKEN SDN BHD
32. ELPAR HERBS SDN BHD
33. ESKAYVIE SDN BHD
34. EXCLUSIVE MARK (M) SDN BHD
35. F.A. HERBS SDN BHD
36. F.E. VENTURE MARKETING SDN BHD
37. FMC GREENLAND SDN BHD
38. GAMAT EMAS SDN BHD
39. GAMEX ENTERPRISE SDBN BHD
40. GERMALAB CORPORATION (M) SDN BHD
41. GN NEUTRICEUTICALS SDN BHD
42. GOH JOO HIN (KL) SDN BHD
43. GOLD CHOISE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
44. GREEN IMAGE ORGANIC ENTERPRISE
45. GT HERB INDUSTRIES SDN BHD
46. HERBIZ NETWORKS SDN BHD
47. HERITAGE DRINKS INDUSTRIES (M) SDN BHD
48. HIGH VALLEY CONTRACT MANUFACTURING (GMP) SDN
BHD
49. HONG YANG HOO PHARMACEUTICAL
50. HOVID BERHAD
51. HPA INDUSTRIES SDN BHD
52. HUBB MARKETING (M) SDN BHD
53. IGOLIA SDBN BHD
54. INNER SHINES ASSOCIATES
55. JIN TEIK ORGANIC HEALTH FOOD SDN BHD
56. KIAN JOO CANPACK SDN BHD
57. KIN HERBS PHARMA
58. KIN HERBS PHARMA SDN BHD
59. KZ WARNAMAS SDBN BHD
60. LEESA FORMULA SDN BHD
61. MADAR BERJAYA ENTERPRISE
62. MAJOR INTEREST SDN BHD
63. MDD BEVERAGE SDN BHD
64. MEGA BIO MANUFACTURING SDN. BHD.
65. MILLIONS STARS TRADING
66. MIRAXIS SDN BHD
67. MJ LIFE ENTERPRISE SDN BHD
68. MK LABORATORIES SDN BHD
69. MKL MANUFACTURING SDN BHD
70. MNS MARKETING AND MANAGEMENT
71. MRT SDN BHD
72. MULTI HERBS PHARMACEUTICAL (M) SDN BHD
73. NATURAL WELLNESS INDUSTRIES SDN. BHD.
74. NATURE’S HEALTH PRODUCTS (M) SDN. BHD
75. NBJ RESOURCES SDN BHD
76. NM NATURAL MEDICAL MANUFACTURING
77. NUR RESOURCES SDN BHD
78. NUTRAHERBS SDN BHD
79. NUTRI-HOME PHARMACEUTICAL INDUSTRIES SDN BHD
80. NOVA LABORATORIES SDN. BHD
81. N.V. DHARMA AGUNG (M) SDN BHD
82. ONE SPOT PRODUCTION SDN BHD.
83. ORGA BIO MANUFACTURING SDN BHD
84. ORGA PHARMA MANUFACTURING
85. ORGANIC GAIN SDN BHD
86. ORIENT LABORATORIES SDN BHD
87. ORIGINAL DIMENSION SDN BHD
88. PASSION HERBS SDN BHD
89. PENAWAR INDUSTRIES SDN BHD
90. PERNIAGAAN AL-EJIB
91. PERNIAGAAN ORANG KAMPUNG SDN BHD
92. PERUSAHAAN JAMU ARJUNA
93. PHHP GROUP SDN BHD
94. PHYTES BIOTEK SDN BHD
95. PHYTO HERBAL INDUSTRIES SDN BHD
96. PITABERY SDN BHD
97. PITTAGON SDN BHD
98. POLENS (M) SDN BHD
99. POWER ROOT MANUFACTURING SDN BHD
100. PUSAT BIOTECH HERBA
101. Q-PACK (M) SDN BHD
102. REDBULL CORPERATION SDN BHD
103. REISHILAB SDN BHD
104. REMELLON BEAUTY & SLIMMING
105. RUZELLE MARKETING SDN BHD
106. SARI TANI DESA SDN. BHD.
107. SENDAYU TINGGI MANUFACTURING SDN BHD
108. SHITEK MICRO ALGAE SDN BHD
109. SIME DARBY BIOGANIC SDN BHD
110. SIREHEMAS MARKETING SDN BHD
111. SNE MARKETING SDN BHD
112. SRI SUGGI ENTERPRISE
113. STANSON MARKETING
114. SWIETENIA INDUSTRY SDN BHD
115. SYARIKAT M.A ISHAK
116. SYARIKAT M.Y.P SDN BHD
117. SYARIKAT MINYAK AFIAT SDN BHD
118. SYARIKAT WEN KEN DRUG SDN BHD
119. TAISHO PHARMACEUTICAL SDN BHD
120. TASLY (MALAYSIA) SDN BHD
121. TASTIWAY SDN BHD
122. TEGUH HERBA SDN BHD
123. THE ONLY ONE BEVERAGE SDN BHD
124. THE ORIGIN FOODS SDN BHD
125. THOYYIB PHARMA INDUSTRIES
126. TOKO TENAGA KELUARGA SDN BHD
127. TPM BIOTECH SDN. BHD
128. UNISON NUTRACEUTICALS SDN. BHD.
129. VEGETA FOOD INDUSTRIES SDN BHD
130. WEN JIANG MEDICAL INDUSTRIES SDN BHD
131. WETRA FOOD INDUSTRIES SDN BHD
132. WILSON CLASS SDN BHD
133. WANG LAO JI (M) SDN BHD
134. YAKIN INVEST CORPORATION SDN BHD
135. YANLING NATURAL HYGIENE SDBN BHD
136. YEO HIAP SENG SDN BHD
137. YI WANG HONEY GARDEN (M) SDN BHD
138. YEW CHIAN HAW (M) SDN BHD
139. YOKE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
140. ZERICO SDN BHD
141. ZHULIAN INDUSTRIES SDN BHD

sumber

Tutorial Letak Facebook Like Button Di Setiap Entry

like button

Ada masalah dengan entry yang tak mendapat sambutan dan tak dibaca oleh readers sedangakan korang dah bersusah payah habiskan masa menaip entry sehabis menarik? Cuba fikirkan balik kenapa orang tak baca?Mestinya sebab tak ada promosi tentang entry tersebut. Berkongsi entry menarik dengan rakan rakan di facebook adalah satu cara yang sangat berkesan dan terbukti yang facebook memang pembawa trafik yang sangat efektif ke blog anda. Selain dari ping entry di ping website. Button like facebook adalah satu widget yang aku rasa wajib untuk setiap blogger ada.

Berikut adalah tutorial mudah untuk install facebook like button yang akan munculo di setiap entry anda dan readers yang membaca dan tertarik dengan entry anda akan tekan like, dan entry tersebut akan muncul di wall mereka yang klik like buttoon tersebut.

Langkah 1 :

Log in dashboard > Design > Html > Expand Widget Template

Langkah 2 :

Bagi mereka yang kuranng mahir menggunakan coding, pastikan korang save template sedia ada dahulu sebelum proceed dengan step seterusnya.

Langkah 3 :

Taip Ctrl + F atau tekan F3 dan cari kod ini 

data:post.body atau <data:post.body/>

Langkah 4 :

copy code ini dan pastekan di BAWAH code di langkah 3 tadi :

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Klik preview dan jika tiada sebarang error. Savekan . Dan siap .

Jika ada masalah boleh bertanya di bahagian komen ok=)

 

Wednesday, August 03, 2011

#WW = Wednesday Word : Shah Alam , Here I Come

Selalunya hari rabu ramai blogger akan buat enrty #WW yang tak perlu nak membebel pot pet3x..cuma kasi taruk itu gambar dan letak tajuk. Siap. Tapi hari rabu minggu ni aku tak mau buat wordless wednesday tapi aku nak buat Wednesday Word. ahaha. Still boleh guna #WW lagi kan?agak agak kena saman tak guna trademark orang. Ada kesah?

surat tawaran

Minggu lepas adalah minggu yang sangat menyerabutkan kepala aku when it comes to nak sambung degree punya pasal.Mana taknya, dalam entry Stay Di Kedah ni, aku penah cita yang aku akan sambung degree di Kedah jugak lepas dah habiskan 3tahun kat kedah untuk diploma. Tup2 minggu lepas , bila aku sembang dengan Timbalan Pengarah HEA UiTM sendiri, tetiba dia cakap yang course aku , Degree in Retailing akan dipindahkan ke Shah Alam sebab kat Kedah tak jadik buat. Deymmm terkezut tahap beruk dah la dengar cam tu. Memang dalam kepala otak aku pikir nak stay kedah ja after dapat tawaran yang mula mula dulu. But then kena tukar pulak dah. Elok la dah lepas sebulan dapat tawaran tu. Mula la dalam kepala aku serabut pikir macam macam

 

Habis semua kawan kawan , kakak2 aku yang ada dekat2 area Shah Alam aku kol . Kesian korang. Nasib la kena layan aku kan?Tapi credit hp aku la. Ape aku kisah. haha. Bila awal awal aku dapat degree kat kedah but then kena tukar kampus pulak, jadi macam tak berapa nak best la pulak sebab dalam kepala aku memang dah set macam macam dah benda yang aku nak buat di Kedah nanti masa degree. Tetiba jadi kejutan budaya pulak nak kena bertukar. Habis rosak semua program. Lagi satu, aku malas nak pergi sebab faktor kewangan. Macam tak tahu kan kos hidup kat sana macmna. Aku ni bukannya dari orang kaya raya maya yang petik jari duit terjun dari langit. Kalau boleh, semua belanja aku nak tanggung sendiri tak nak menyusahkan mak bapak aku. Yela aku kan anak mithali (kah3x) .

 

Tapi nasib baik la aku dapat Shah Alam dan bukan ditempat pelik pelik yang aku tak pernah jejak kaki. Maunya diletak aku di Kelantan ka, Terengganu ka. Adehh berat jugak tu nak pergi sana. At least di Shah Alam , aku ada 2 orang kakak yang stay kat Seksyen 2. Rumah dia kat taman depan Wetworld tu je. So dekat la. Apa apa masalah aku boleh terus menyusahkan mereka2.

 

Tapi tak pa belajar ni dimana mana pun boleh. Asalkan kita pandai bawak diri. Lagipun aku ni dah terbiasa berjauhan dengan family. Buktinya, darjah 1 aku dah stay asrama. Sekali lagi gua ulang . DARJAH 1 ok bukan tingkatan 1. Bukan nak bangga tapi nak bangga la jugak sikit. haha. So sapa sapa yang tinggal di SA , lepas ni boleh la lepak2 sekali . Acehh bajet #retis pulak.

 

##harap lepas ni dah tak ada penukaran kampus dah. Kalau ada lagi. Adehh tak tau nak cakap apa dah. Hanya mampu buat satu lagi entry yang macam ni. keh3x.

(One Click Install) Tutorial Kembalikan Facebook Chat Versi Lama

Ramai yang complaint dengan version chat facebook yang baru yang menyusahkan dan mengannoyyingkkan kehidupan seharian di facebook. Kadang kadang manusia susah nak terima benda baru terutamanya kalau dah sangat terbiasa dengan benda lama yang menyeronokkan dan mudah digunakan.

Ramai yang request untuk tutorial ni sebab katanya version laa chat lebih mudah dan user friendly. Aku rasa benda yang sama sebab facebook chat yang lama lebih mudah untuk cari rakan rakan yang sedang online . Kita teruskan dengann tutorial lengkap kembalikan facebook chat versi lama.

BAGI PENGGUNA GOOGLE CROME

 

untuk pengguna Google Chrome, cuma perlu install plug in yang mudah untuk transform kepada version lama. Buka google crome anda dan klik button install dibawah : (script js disediakan oleh Enzyme)

image

Selepas install sila restart Google Chrome dan chatbox akan bertukar kepada version lama.

Version: 2.0.5

License: GPL3+ (http://www.gnu.org/copyleft/gpl.html)

BAGI PENGGUNA MOZILA FIREFOX

Anda boleh menggunakan addons  Greasemonkey 0.9.7 yang disediakan oleh Anthony Lieuallen, Aaron Boodman, dan  Johan Sundström

Sila klik button install di bawah :

image

Selepas install sila restart Mozilla Firefox dan chatbox akan bertukar kepada version lama

Source Code License  MIT/X11 License

 

#Sekian untuk tutorial kali ni. Kalau ada apa apa masalah boleh bertanya di ruangan komen. Kalau suka boleh la like button facebook untuk kongsi kongsi dengan member =)

Monday, August 01, 2011

Semakan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2011/2012

pastinya ramai yang tidak berjaya mendapat tempat di IPTA masih menunggu keputusan rayuan kemasukan ke IPTA bagi :

tarikh tutup permohonan adalah pada 24julai2011 yang lalu dan keputusan rayuan ini akan dimaklumkan dalam masa 3minggu dari tarikh hebahan rayuan .Bermakna dalam masa 21hari plus minus dari tarikh 24Julai2011

Jika selepas 3 minggu hebahan rayuan dan masih tiada jawapan diterima, rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal. Namun jika gagal sekali, bukan bererti gagal selama-lamanya. InsyaAllah semua yang membuat permohonan akan mendapat tempat di IPTA pilihan masing masing dengan izin Allah. Jangan terlalu risau kerana rezeki insyaAllah akan bersama anda semua terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.

Nota :

NOTA :

Kategori Permohonan adalah diklasifikasikan seperti di bawah :-

Lepasan STPM 2010 :

Pemohon yang mengemukakan kelayakan STPM yang diambil pada tahun 2010 sahaja.


Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang:

Pemohon yang mengemukakan kelayakan Matrikulasi KPM/ Pusat Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang Sesi Akademik 2010/2011


Lepasan Diploma/ Setaraf:

Pemohon yang mengemukakan kelayakan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2009 dan sebelumnya.

ATAU

DIPLOMA/ Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA sebagai kelayakan masuk.


Lepasan STAM:

Pemohon yang mengemukakan kelayakan STAM yang diambil pada tahun 2010 dan 2009 sahaja.

sumber

Sunday, July 31, 2011

Kelebihan Solat Tarawikh Adalah Hadis Palsu?

Ramadhan akan tiba esok dan semua umat Islam akan mula berpuasa untuk mendapat keberkatan dari Allah. sebelum terlambat. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua rakan blogger Malaysia. Istimewanya kedatangan Ramadhan adalah dengan adanya solat sunat tarawikh yang memberi seribu satu kebaikan dan keberkatan kepada umat Islam. Dan di internet banyak kita lihat tentang kelebihan solat sunat tarawikh dari malam pertama hingga malam ke 30..

Tapi selepas search mengenai hal ini. Aku dapat sesuatu dari sumber boleh dipercayai . Tentang hadis palsu.

setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

artikel penuh boleh baca DISINI

Tak berani nak memandai lebih sebab aku pun bukan pakar dalam perkara perkara macam ni. Namun, dalam bulan ramadhan ni. Lebih baik kita gandakan ibadat kita tanpa mengira tentang kelebihan disebut dalam hadis tersebut. Yang pastinya, bulan Ramadhan  membawa keberkatan yang sangat besar dan tiada tolok bandingnya. InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan dibulan mulia ni. Selamat berpuasa semua,

Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana Meninggal Dunia

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf Berakhir

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.   (sumber)

##Walaupun mungkin apa yang dibuat beliau salah disisi agama dan undang undang negara, tapi hanya Allah yang layak menilai hambanya. Baik atau buruk, syurga neraka hanya Allah yang mengetahui. Kita doakan arwah dicucuri rahmat Allah. Janganlah kita mencaci , atau menyalahkan arwah ke atas apa yang terjadi. Bukan bermaksud menyokong. Tapi yang lepas tu, lepas la. Arwah pun dah selamat dikebumikan. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan. Al Fatihah!!

Artikel Berkaitan:

Saya Rela Mati’ – Ashraf @ Aleesha

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir