Friday, August 05, 2011

Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia

"Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam". (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270)
Isu halal adalah isu paling hangat dalam beberapa hari ni. Harui ni, keluar lagi satu isu berkaitan .Dari sumber blog Cikgu Sazuya. Senarai Permohonan Yang Diputuskan Tidak Berjaya Oleh Mesyuarat Panel Pengesahan HALAL Malaysia yang dikatakan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang seperti dalam letterhead ini



dan dalam surat tersebut ada dilampirkan senarai syarikat yang tidak berjaya dalam permohonan pengesahan halal. Dan yang paling mengejutkan. Berus mekap dari SIMPLYSITI juga dikatakan dari sumber babi. Dan produk  MAMEE juga termasuk dalam senarai. Untuk senarai penuh sila ke laman berikut 


# tapi jadi isu pulak mengenai benda ni sebab dikatakan yang JAKIM tak akan mengeluarkan senarai syarikat yang tidak berjaya.Tapi dalam masa yang sama,  pihak bertanggungjawab yang berkongsi maklumat ni mengatakan yang dia dah pun confirmkan isu ini dengan JAIP . Sila rujuk bawah :

image
dan satu pihak yang lain pulak :
image

**kenapa pulak tak boleh sebarkan kepada umum?Ini melibatkan halal haram. Pengguna berhak ambil tahu.

mana satu yang benar dan tulen. Masih belum dapat dipastikan. Tapi seeloknya kita mengambil perhatian yang serius tentang hal ni sebab ia melibatkan produk yang kita gunakan setiap hari . Ketulenan surat ini masih diragui dan kita tunggu pengesahan lanjut daru bahagian pensijilan halal JAKIM yang lebih arif tentang hal ini.

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)