Saturday, July 09, 2011

Update Terkini Perkembangan BERSIH 2.0 Secara Terus Menerus Disini


perhimpunan BERSIH yang akan diadakan petang ni dah makin sampai ke kemuncaknya. Namun , perhimpunan ni masih lagi berstatus haram kerana tiada sebarang permit diberi oleh pihak polis untuk mengadakan sebarang perhimpunan.

Antara berita setakat pagi ini : dipetik dari MalaysianInsider

Situasi pagi: KL ‘kemarau’, kawalan polis ketat halang himpunan Bersih

Bersih 2.0: Pemimpin PAS ‘rahsiakan’ lokasi mereka elak ditangkap

Jalan-jalan utama di KL ditutup mulai tengah malam

Untuk sesiapa yang berada di luar KL dan nak mendapatkan update terbaru secara terus menerus berkaitan perhimpuinan ini boleh terus dapatkan update melalui Twitter MalaysianInsider


Kronologi BERSIH setakat pukul 11pagi


11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

11am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
1055amStadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
NONE
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakinisedang cuba mengesahkannya.
10.20amStesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
 Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
 Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.    sumber

Friday, July 08, 2011

Pemimpin UMNO Kecewa Keputusan Agong..Boleh Pulak Macam Tu??

 

Aku kurang berminat dengan politik ni tapi rasa tertarik untuk buat entry ni lepas baca artikel dari MalaysianInsider. Cuba baca dulu.

 

KUALA LUMPUR, 8 Julai — “Kebebasan” Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin(gambar) perkenan menerima rombongan diketuai  Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.

Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri “tarik tali” dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.

“Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.

“Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” kata menteri berkenaan.

Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

“Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram.

“Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu,” katanya.

Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib.

“Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah),” kata menteri itu.

Dalam titah kenyataan Ahad lalu,  Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda.

 

Isunya disini, kekecewaan berkenaan keputusan Agong. Oww kalau pemimpin UMNO kecewa dengan keputusan Agong tak pula dicop DERHAKA??suka suka boleh kecewa dan tak setuju. Cuba kalau pemimpin pembangkang keluarkan statement macam ni?Surely akan jadi isu dan tajuk muka depan semua akhbar terutamanya UTUSAN. Aku ni bukannya menyokong pembangkang , cuma terlalu nampak sangat ketidakadilan dalam pemeritahan negara ni. Sekurang kurangnya aku dah boleh bersuara sebab dah cukup umur untuk mengundi.

 

Hurmm tak paham dengan politik Malaysia. tunggu dan tengok ja la apa akan jadi lepas 9hb nanti.

Thursday, July 07, 2011

Biodata Lengkap Nikita Willy

sekarang ni ramai yang pakat menjengah didepan tv setiap petang untuk menonton satu lagi sinetron indonesia yang dibawa masuk. Masuk jela sinetron apa pun mesti laku. So aku ambik kesempatan buat entry ni sebab ni antara entry SEO sekarang. Mybe. Entry ni dah ada dala draft dah lama dah cuma baru publish harini sebab harini xde idea nak buat entry.

 

Aku pernah tengok sebab mak aku gila tengok cita ni. First time aku nengok dah jatuh hati dengan heroin dia yang mana nama sinetron ni pun diambil sempena nama heroinnya. Kalau orang perempuan tengok cita korea dah jatuh hati dengan balak balak Korea, kami lelaki pun boleh what jatuh hati dengan heroin heroin cute.ahaha. Cute siot. Memang baby face punya muka ni. Siapa dia heroin cute ni?jom kita kenal kenal dengan dia.

 

Biodata Lengkap Nikita Willy

Nikita Purnama Willy atau Nikita Willy (lahir di Jakarta, 29 Juni 1994; umur 16 tahun)

Nikita memulakan karier di dunia hiburan Indonesia sejak berusia 6 tahun, melalui sinetron Bulan Bintang. Nikita memiliki darah Minang. beliau mulai dikenal ketika berlakon dalam sinetron Roman Picisan bersama Evan Sanders.

Sinetron yang pernah dibintangi beliau:

Iklan TV

 

 

p/s : aku pun tak tau pesal aku boleh wat entry macam ni. Buang tebiat nak mampos kot

Larangan Menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 Untuk Student UiTM

 

Seluruh Pelajar UiTM

LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universitidilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpursepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -

A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-

“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-

“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -

“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.

Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan

“Seseorang pegawai tidak boleh –

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”

Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.

DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc
Naib Canselor

 

pekeliling dah dikeluarkan oleh Dato’ VC. So as student aku sarankan bebudak UiTM tak cari pasal sebab nanti tak pasal pasal kena apa apa tindakan. Kita jugak yang susah. Tapi ini bukan maknanya aku tak setuju dengan perhimpunan ni. Aku lebih kepada bersikap neutral macam aku ada sebut dalam entry Pro Dan Kontra Perhimpunan BERSIH 2.0 , Buat Pilih...

Wednesday, July 06, 2011

Siri-2 Video Budak KFC Pengotor Dan Biadap


kalau sebelum ni heboh dengan video staff KFC yang pengotor yang mengelap ayam yang masih bertepung ke tapak kaki sebelum digaul dengan ayam lain (rujuk entry KFC = Kentucky Foot Chicken ..“Its Foot Licking Go..) . Dan hari ni keluar lagi satu video baru siri ke 2 tentang sikap pengotor staff KFC.


Dalam video ke 2 ni, menunjukkan seorang staff sedang menggoreng ayam KFC . Lebihan minyak ditepi tepi dapur dilap dan minyak tersebut diperah semula ke dalam tempat menggoreng sambil berkata “Spicy jangan makan eh, start esok...”



Video asal adalah dari Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=IE5yzbW48Uc

sini pun ada :  https://www.facebook.com/video/video.php?v=2206962134124&oid=251537365816&comments


p/s :  video telah diremove oleh author. Mungkin takut dengan tindakan undang undang kot?Apa pulak reaksi KFC lepas ni?

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF (KES RAYUAN) SESI AKADEMIK 2011/2012


Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 2 Coming Soon

LONDON: Filem terakhir Harry Potter akan ‘menyerang’ pawagam-pawagam di seluruh dunia minggu depan sekali gus menutup tirai francais yang membawa penonton kepada dunia khayalan melalui tujuh buah filem yang penuh aksi suspens, rasa cinta dan pilu.

"Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2" bakal menyaksikan bagaimana Potter menentang Lord Voldemort untuk kali yang terakhir.

Tayangan Perdana akan berlangsung di kota ini pada Khamis depan dan selepas itu menyusuri pawagam di seluruh dunia pada minggu-minggu berikutnya.

Bintang-bintang utama filem tersebut akan disambut dengan hamparan karpet merah di sini. Siri francais filem Harry Potter adalah berdasarkan tujuh novel fiksyen karya J. K. Rowling. Kesemua filem berkenaan telah mengutip hasil jualan tiket berjumlah AS$6.4 bilion (RM19.2 bilion) di seluruh dunia.

Pemegang watak utama siri filem berkenaan, Daniel Radcliffe, yang sedang berlakon teater muzikal Broadway telah mengambil cuti pendek untuk sekali lagi bersama-sama dengan pemegang watak Hermione Granger iaitu aktres Emma Watson dan Rupert Grint, yang memainkan watak Ron Weasley untuk hadir ke majlis tayangan perdana nanti.

Ketiga-tiga mereka telah menjadi jutawan hanya dengan berlakon dalam siri filem berkenaan tetapi kini terpaksa berhadapan dengan realiti dan cabaran bagaimana hendak keluar daripada kepompong Harry Potter untuk memainkan watak dan karakter lain di luar dunia Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

Filem terakhir ini juga akan mencatat sejarah sebagai filem pertama Harry Porter yang akan ditayangkan dalam bentuk 3D.

Filem pertama Harry Potter ditayangkan pada tahun 2001 iaitu lebih kurang empat tahun selepas Rowling menerbitkan buku pertamanya itu.

Para peminat tegar Harry Potter telah menunggu dengan penuh debaran dan sabar bagaimanakah adegan dalam filem ini akan berakhir selepas bahagian pertama filem terakhir ini dimainkan November tahun lepas.

Bahagian kedua meliputi suku terakhir buku berkenaan dan dijanjikan dengan adegan penuh pengembaraan, suspens tetapi pantas - tidak sepertimana dalam bahagian pertama yang agak lembap.

Filem terakhir ini terus diarahkan oleh David Yates, yang sebelum ini telah mengarah tiga daripada tujuh filem Harry Potter.

Rakaman untuk kedua-dua filem terakhir - Bahagian Pertama dan Kedua selesai pada Jun 2010.

Apabila Rowling, seorang ibu tunggal yang sedang bergelut dengan kehidupan sehariannya menerbitkan siri pertama berjudul "Harry Potter and the Philosopher's Stone" pada tahun 1997, beliau tidak sedikit pun menyangka yang beliau akan menggegarkan dunia dengan dunia fantasi rekaannya itu.

Bagaimanapun, akhirnya, Rowling telah menjual lebih dari 400 juta naskhah buku Harry Potter di seluruh dunia termasuk diterjemahkan ke dalam 69 bahasa asing.

Malah penerbit siri filem berkenaan, David Heyman sendiri berkata, ketika mereka mula-mula menerbitkan siri pertama, tidak ada siapa pun yang menjangkakan filem ini bakal menjadi hit di seluruh dunia. Ia adalah fenomena luar biasa.

Kesemua pemegang peranan utama dalam filem berkenaan turut mencipta kejayaan luar biasa termasuklah menjadi kaya raya hanya dengan melakonkan watak yang sama tujuh kali.

Radcliffe, 21, telah menerima bayaran sehingga AS$42 juta (RM126 juta) menerusi kesemua lakonannya sebagai Potter manakala Emma Watson,21, pula AS$22 juta (RM66) dan Grint, 22, menerima 20 juta (RM60), demikian menurut akhbar The Sunday Times.

Manakala bagi Rowling pula, selepas menamatkan babak terakhir siri itu pada tahun 2007, dia masih belum mencipta sesuatu yang luar biasa lagi.

Namun begitu, Rowling seperti tidak dapat melepas pergi watak-watak dalam siri tersebut. Ini kerana pada bulan lalu, Rowling telah memuat naikkan dalam laman web tentang sesuatu yang baru dan ramai melihat ia ada kaitan dengan dunia Potter.

Kekayaan terkumpulnya dianggarkan kini berjumlah AS$530 juta (RM1.5 bilion) - menjadikannya penulis novel terkaya dalam sejarah mana-mana penerbitan fiksyen.

Monday, July 04, 2011

Pro Dan Kontra Perhimpunan BERSIH 2.0 , Buat Pilihan Terbaik

 

Aku walaupun berstatus orang kampung, tapi bukannya seperti katak yang melepak bawah tempurung tak tahu satu habuk menda dalam dunia. Kengkadang jangan terkejut kalau orang kampung lagi laju dapat maklumat dari orang bandar pasal isu isu terkini dan terhangat dalam negara . Macam sekarang pasal isu Bersih

Sebenarnya aku semak kepala betul dengan Bersih ni. Adoii semak sebab baca paper hari hari cerita benda yang sama. Satu pihak asyik ketegaq nak buat jugak perhimpunan tu. satu pihak lagi asyik nak halang tapi pelik jugak sebab nak halang pun, masih buat perhimpunan bantahan.Perhimpunan dibantah dengan perhimpunan.

Aku malas nak ambik tahu hal hal politik sekarang ni walaupun aku dah cukup syarat untuk memangkah kertas hari mengundi tu. Sebab politik Malaysia ni kadang kadang macam HARAM. Satu pihak cakap dia betul , sebelah pihak lagi pun cakap dia betul . Tapi sebenarnya dua2 kelentong kuat. Rakyat di tengah tengah ternganga-nganga mata kelip kelip kena tipu macam tu je.

Sapa yang online malam ni mesti perasan  isu tentang titah YDPA tentang isu BERSIH ni..boleh rujuk di link ini:

BERSIH 2.0 :Yang di-Pertuan Agong Tak Melarang Dan Tak Menyuruh!!

 

so macam macam la pendapat dan komen yang keluar dari kedua dua pihak sama ada yang nyokong or membantah berkenaan titah YDPA ni. Seperti yang kita semua tahu, titah YDPA sesuatu yang sangat ditakuti dan semua orang akan mengikut sebab semua tu dah termaktub dalam Rukunegara kedua dan semestinya sebab YDPA ketua negara dan semua rakyat mesti menurut segala titah raja.

 

Then keluar pulak isu penghinaan ke atas YDPA. Boleh rujuk disini:

PENDERHAKAAN !! ... Kerana TITAH AGONG MENGENAI BERSIH ... SEORANG BLOGGER PR MEMFITNAH AGONG MAKAN RASUAH !!!

 

pulak dah?apa nak jadi la dengan malaysia ni aku pun tak tahu  . Makin hari makin teruk . semuanya sebab gila kuasa nak memerintah. Yang belum memerintah teringin sangat nak memerintah sampai sanggup buat apa saja untuk capai impian tu. Satu pihak lagi sudah dan sedang memerintah dan tak mahu lepaskan sama sekali untuk orang lain ambil alih. Nak pertahankan jugak walau dengan apa cara sekalipun tak kira bersih atau kotor . Yang Dipertuan Agong yang sepatutnya menjadi alternatif terakhir penyelesaian masalah pun masa kini dah mula dipertikaikan oleh “pengkhianat” bangsa sendiri. No offence.

 

Pasal penderhakaan kepada YDPA tu tak berani aku nak mengomen banyak2, kang tak pasal pasal pulak aku pun kena panggil dengan polis.Tak ke naya aku. Biarkan mereka menyelesaikan sendiri. kita cuma tunggu dan lihat apa akan jadi 9hb nanti .lebih kurang 5hari lagi.

 

Aku bersifat neutral dalam isu ni. Tak menyokong dan tak jugak membantah sebab aku rasa perhimpunan ni ada pro dan kontra .Mungkin melalui perhimpunan ni, selepas ni proses pilihanraya akan jadi lebih telus dan adil and demokrasi di Malaysia akan lebih dihormati dan jadi contoh terbaik untuk negara negara lain. Negatifnya pulak, mungkin perhimpunan ni akan beri kesan kepada keamanan negara dari segi perkauman dan jugak perpecahan yang lebih besar dari dua kelompok penyokong kerajaan dan anti kerajaan. Kita boleh tengok contoh di Thailand. Disebabkan krisis politik, ramai nyawa yang melayanag. Yela, manusia ni kadang kadang bertindak tak gunakan akal, cuma gunakan nafsu dan perasaan marah. Macam macam boleh jadi kalau dah bertindak tak pakai otak. Sebab tu Tuhan dah bagi akal fikiran kepada manusia untuk berfikir mana baik dan mana buruknya.

 

Tapi kalau dilihat pada dua gambar dibawah ni, apa motif sebenar perhimpunan nie?cuba tengok sendiri

Motif for justice.Menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Ini aku sokong sebab SPR pun kadang kadang kurang telus dalam pilihanraya. Nampak macam menyebelahi sebelah pihak.

dan ini pulak apa ceritanya?Pakatan menumbangkan kerajaan sedia ada dengan membuat perhimpunan haram?Nak tiru macam Libya ek?Ini aku kurang setuju sikit sebab banyak benda tak baik akan berlaku. yang paling kita tak mahu, ada nyawa yang akan melayang. Cuba bayangkan saudara atau kawan baik kita pergi join sekali dengan hati yang bersemangat. Tapi balik sebagai mayat. Nak ke???

Kesimpulannya, berfikirlah secara realistik dan matang sebelum membuat sebarang keputusan.