Aku walaupun berstatus orang kampung, tapi bukannya seperti katak yang melepak bawah tempurung tak tahu satu habuk menda dalam dunia. Kengkadang jangan terkejut kalau orang kampung lagi laju dapat maklumat dari orang bandar pasal isu isu terkini dan terhangat dalam negara . Macam sekarang pasal isu Bersih
Sebenarnya aku semak kepala betul dengan Bersih ni. Adoii semak sebab baca paper hari hari cerita benda yang sama. Satu pihak asyik ketegaq nak buat jugak perhimpunan tu. satu pihak lagi asyik nak halang tapi pelik jugak sebab nak halang pun, masih buat perhimpunan bantahan.Perhimpunan dibantah dengan perhimpunan.
Aku malas nak ambik tahu hal hal politik sekarang ni walaupun aku dah cukup syarat untuk memangkah kertas hari mengundi tu. Sebab politik Malaysia ni kadang kadang macam HARAM. Satu pihak cakap dia betul , sebelah pihak lagi pun cakap dia betul . Tapi sebenarnya dua2 kelentong kuat. Rakyat di tengah tengah ternganga-nganga mata kelip kelip kena tipu macam tu je.
Sapa yang online malam ni mesti perasan isu tentang titah YDPA tentang isu BERSIH ni..boleh rujuk di link ini:
BERSIH 2.0 :Yang di-Pertuan Agong Tak Melarang Dan Tak Menyuruh!!
so macam macam la pendapat dan komen yang keluar dari kedua dua pihak sama ada yang nyokong or membantah berkenaan titah YDPA ni. Seperti yang kita semua tahu, titah YDPA sesuatu yang sangat ditakuti dan semua orang akan mengikut sebab semua tu dah termaktub dalam Rukunegara kedua dan semestinya sebab YDPA ketua negara dan semua rakyat mesti menurut segala titah raja.
Then keluar pulak isu penghinaan ke atas YDPA. Boleh rujuk disini:
pulak dah?apa nak jadi la dengan malaysia ni aku pun tak tahu . Makin hari makin teruk . semuanya sebab gila kuasa nak memerintah. Yang belum memerintah teringin sangat nak memerintah sampai sanggup buat apa saja untuk capai impian tu. Satu pihak lagi sudah dan sedang memerintah dan tak mahu lepaskan sama sekali untuk orang lain ambil alih. Nak pertahankan jugak walau dengan apa cara sekalipun tak kira bersih atau kotor . Yang Dipertuan Agong yang sepatutnya menjadi alternatif terakhir penyelesaian masalah pun masa kini dah mula dipertikaikan oleh “pengkhianat” bangsa sendiri. No offence.
Pasal penderhakaan kepada YDPA tu tak berani aku nak mengomen banyak2, kang tak pasal pasal pulak aku pun kena panggil dengan polis.Tak ke naya aku. Biarkan mereka menyelesaikan sendiri. kita cuma tunggu dan lihat apa akan jadi 9hb nanti .lebih kurang 5hari lagi.
Aku bersifat neutral dalam isu ni. Tak menyokong dan tak jugak membantah sebab aku rasa perhimpunan ni ada pro dan kontra .Mungkin melalui perhimpunan ni, selepas ni proses pilihanraya akan jadi lebih telus dan adil and demokrasi di Malaysia akan lebih dihormati dan jadi contoh terbaik untuk negara negara lain. Negatifnya pulak, mungkin perhimpunan ni akan beri kesan kepada keamanan negara dari segi perkauman dan jugak perpecahan yang lebih besar dari dua kelompok penyokong kerajaan dan anti kerajaan. Kita boleh tengok contoh di Thailand. Disebabkan krisis politik, ramai nyawa yang melayanag. Yela, manusia ni kadang kadang bertindak tak gunakan akal, cuma gunakan nafsu dan perasaan marah. Macam macam boleh jadi kalau dah bertindak tak pakai otak. Sebab tu Tuhan dah bagi akal fikiran kepada manusia untuk berfikir mana baik dan mana buruknya.
Tapi kalau dilihat pada dua gambar dibawah ni, apa motif sebenar perhimpunan nie?cuba tengok sendiri
Motif for justice.Menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Ini aku sokong sebab SPR pun kadang kadang kurang telus dalam pilihanraya. Nampak macam menyebelahi sebelah pihak.
dan ini pulak apa ceritanya?Pakatan menumbangkan kerajaan sedia ada dengan membuat perhimpunan haram?Nak tiru macam Libya ek?Ini aku kurang setuju sikit sebab banyak benda tak baik akan berlaku. yang paling kita tak mahu, ada nyawa yang akan melayang. Cuba bayangkan saudara atau kawan baik kita pergi join sekali dengan hati yang bersemangat. Tapi balik sebagai mayat. Nak ke???
Kesimpulannya, berfikirlah secara realistik dan matang sebelum membuat sebarang keputusan.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)