Home » , » Bas Trans Rengit Kemalangan Di Bukit Tonggek UiTM Shah Alam

Bas Trans Rengit Kemalangan Di Bukit Tonggek UiTM Shah Alam

Written By Hafiz Rahman on Sunday, December 11, 2011 | 9:41 AM

Bagi sesiapa yang pernah belajar di UiTM Shah Alam mesti tahu kan dengan kewujudan satu jalan paling tinggi mungkin di UiTM yang diberi nama Bukit Tonggek. Bukit ni ada berdekatan dengan swimming pool UiTM dekat dengan Kolej Teratai. Ini kira macam shortcut paling dekat la untuk mereka2 yang masuk dari pintu depan dan nak ke kawasan Dataran Cinta (DC) UiTM. Macam macam nama ada dalam UiTM ni sebenarnya. Actually nama tu bukan nama sebenar tempat tu tapi mungkin dah disebabkan kalau nak naik bukit tu kena tonggek2 sambil berjalan, so lekat la nama Bukit Tonggek. Seriusly kena tonggek. haha. Tapi ini bukan nak cerita pasal tonggek menonggek tapi pasal eksiden yang berlaku pagi semalam katanya. Aku tak pasti sebab aku tak ada di tempat kejadian masa tu. Dalam kejadian ni, bas Trans Rengit yang memang gerak amik budak dalam UiTM tersadai di tepi longkang otw turun dari Bukit Tonggek ni.

 

Aku sebenarnya heran macammana sebuah bas boleh terfikir nak naik ikut jalan tu . Sedangkan aku kalau naik motor pun fikir dua tiga kali nak naik sebab terlalu tinggi. Jangan harapla kenderaan akan bergerak kalau tak guna gear satu. Pernah aku naik dengan kereta viva bawak 3 orang je dalam tu. Itupun dah rasa macam nak reverse balik dah . Inikan pulak sebuah bas yang besar. Gambar ni aku ambil dari blog Hanif Redland

 

Tak tahu la apa yang difikirkan driver bas tu. Mungkin dia sorang yang berkeyakinan tinggi dan yakin bas tu boleh naik jalan tinggi macam tu. Tapi kalau dah yakin sangat tapi lepas tu menyusahkan, tak bagus jugak kan? Nahh amik, dah terdadai dalam semak sebab tak larat naik. jenuh menjawap la driver ni dengan boss dia. Bak kata hanif “ Ini lah yang berlaku apabila pemandu tidak membuat perkiraan yang betul tentang keupayaan kenderaan yang digunakan.” Nak naik ni memang kena buat calculation dulu whether kenderaan korang tu larat ke tak. Dan nasihat kepada pengguna kereta manual , dan tambah2 lagi perempuan, aku nasihatkan tak payah la. Kalau dah expert sangat main gear macam orang drift kereta tu, no hal lah nak naik ni. Kalau nak tukar gear pun kereta tersentap2 lagi, tak payah nak tunjuk hebat sangat la kan? Nanti jadi macam bas ni .

 

Ini satu lagi cerita pasal bukit tonggek dan tragedi bukit tonggek. klik SINI.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

4 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)