Home » , » Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir Mulai 21 Nov

Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir Mulai 21 Nov

Written By Hafiz Rahman on Wednesday, November 16, 2011 | 10:47 PM

Mulai Isnin ini, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

“Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita.

Dipetik Bernama Online, Kong berkata diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutamanya apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

Beliau berkata kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua dokumentasi mengenai Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES) akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.

“Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu  lintas yang dilakukan pengguna,” katanya.

AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem di mana kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.


mesti ada yang tertanya tanya kan apa rasional kerajaan nak buat macam ni? Sebabnya, banyak yang bagi alasan lupa lesen mati bila kena tahan dengan polis. Alasan lupa memang alasan paling banyak orang bagi . So dengan buat macam ni, dah tak ada alasan dah untuk cakap lupa. Pernah lupa ke tarikh birthday sendiri? Tak pernah kan??

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)