Home » » Korang Pernah Mimpi Bersambung Sambung Macam Drama Bersiri Tak? Aku Pernah!

Korang Pernah Mimpi Bersambung Sambung Macam Drama Bersiri Tak? Aku Pernah!

Written By Hafiz Rahman on Monday, November 14, 2011 | 8:57 PM

ape kejadah punya tajuk pun aku tak tahu. Aku tanya,pastu aku jugak yang jawap. 9 November 2011 jam 9.57 pagi masa aku menaip coretan ni. Semalam aku mimpi sesuatu yang sangat pelik dan tak pernah aku mimpi yang macam tu. Aku pun tak tau kenapa boleh jadi mimpi pelik . Mungkin sebab semalam tidor tak basuh kaki. Sepanjang malam, aku bermimpi tentang  dikahwinkan. Betapa indahnya sebuah perkahwinan dan apa rasanya bila kahwin. Sepanjang malam aku lalui benda benda tu. Ekcuali tak la semua benda. Yang malam malam pertama tu tak ada la kan? Agak agak la nak mimpi benda benda cam t Entah kenapa tiba tiba jadi pelik. Yang lebih peliknya , mimpi aku bersambung sambung .

Aku rasa ada la kot dalam 5 kali aku terbangun dari tidor dan lepas aku tertidor balik, mimpi sama akan sambung balik. Dah ada episod episod macam dalam drama bersiri pulak. Tak ke pelik mimpi aku. ? Selalunya ,kalau kita mimpi dan terbangun, mimpi tu tak akan ada balik dah . Hilang macam tu ja tanpa ada pengakhiran. Tapi mimpi aku keep on continuing itself lepas aku lelapkan mata aku balik. Isshh  takut la pulak tapi mimpi tu best . I mean part2 kawin tu ja ada dalam mimpi. Part2 malam pertama tak ada ok. Mimpi aku tu sepanjang majlis kahwin aku siang je pagi sampai petang mungkin. Malam tak ada. Mungkin esok ada sambungan lagi sapa tau kan?

Nak tau aku mimpi apa? Aku harap awek aku tak baca entry ni sebab kalau dia baca , ermm harap dia tak baca la. hehe. Sebab perempuan yang muncul dalam mimpi aku tu aku tak pernah kenal dan tak pernah jumpa . namanya pun aku tak pernah dengar. But nama dia disebut berkali kali dalam mimpi aku. Apa nama dia biarlah rahsia tu aku dan Tuhan ja yang tahu.

Semuanya bermula bila aku lelapkan mata semalam. Tiba tiba keluar scene perkahwinan aku dirancang oleh kedua dua keluarga dan aku terpaksa terima. Perempuan tu aku tak pernah jumpa dan aku just redah dan terima je segala yang diatur tu. Isshh tak ke pelik sebab aku bukan jenis tu nak terima bulat bulat apa yang orang plan untuk aku. Aku tak suka hidup aku dirancang orang lain. Okeh itu satu fakta mimpi tu dah mengarut. Dah nama pun mimpi mesti la mengarut kan kalau skema ja mana best . Bila aku dah redha dan terima perempuan tu, terus majlis nikah diadakan. Tapi kali ni scene masa akad nikah tak ada la pulak. ok la jugak . Karang tak pasal pasal aku bercakap masa tido. Tak ke kena bahan dengan member aku . Bercakap terima nikah masa tidor. “Aku terima nikahnya ..bla3x….”Confirm2 la aku kena bahan paling kurang 5,6 tahun sebab insiden tu. Nasib baikk laaa…

Bila dah selesai majlis akad nikah tu, aku dibawak ke satu masjid dan aku tak tau apa  motifnya aku dibawak kesana.Dalam perjalanan ke masjid tu , masa di highway, semua rombongan disekat oleh satu perarakan or satu tunjuk perasaan . Dan masa tu aku nampak banyak bendera PAS. Semua penyokong Pas block jalan tu dari dilalui . But disebabkan aku ni pengantin dan masih pakai baju pengantin warna merah bersama pasangan aku, diorang lepaskan rombongan kami. Kejadah la tetiba ada penyokong PAS block tengah tengah jalan? Mungkin pilihanraya dah dekat kot. haha ok la gak ada scene tambaha dalam mimpi aku. Bila dah sampai masjid ja terus aku terjaga . Bila terjaga dalam pukul  4 pagi kot. Aku dah pelik dah pesal mimpi aku ni pelik kemain. Ada la dalam 5 minit aku terjaga.

Bila aku terlelap balik, mimpi tu datang lagi. Kali ni disatu rumah , aku dengan budak perempuan tu ja diruang tamu tengah tengok TV . Waktu tu petang dalam pukul 5,6 macam tu.Aku tanya la dia masa tu. “Awak tak kisah ke kita kawin dirancang? Kita tak pernah kenal pun sebelum ni” dan budak tu jawap. “ Saya tak kisah abang, apa pun saya terima je “ …damn apehal dia panggil aku “abang” hahaha nak tergelak la masa aku taip entry ni. Dah macam drama melayu. Tapi tak kira aku nak coretkan jugak mimpi ni dalam blog sebab ni antara mimpi terpelik dan terbest pernah aku alami sepanjang hidup aku. Nanti kalau tak buat entry, mesti aku lupa apa yang jadi dalam mimpi tu. Sekurang kurangnya masa masa depan boleh aku baca balik entry ni kan? Pastu syok sendiri.

Okeh masuk partni korang tolong jangan gelak sebab dah masuk part macam drama melayu ni. Bila dia kata dia tak kisah je, aku terus pegang dagu dia. Aku angkat tengok muka dia. Before ni aku tak pernah kisah pun muka pasangan aku tu. Tak pernah tengok . Bila aku angkat dagu dia, ..Damnnn gila comel, cantik, cun macam awek Korea wehhh. haha mimpi aku dah jadi makiin menarik. But then pappp aku terbangun. Ciss ape kejadah la aku terbangun .Apesal tak disambung je. Baru nak layan .haha

Bila aku terbangun dalam pukul 5lebih kot. Masa tu member aku bangun sebab pkul 6 dia nak gerak pergi kerja. Aku bangun kejap dan jadi macam orang mabuk la jugak sambil fikir apesal la mimpi aku ni bersambung sambung. Tapi dalam hati ni meronta ronta mintak mimpi tadi sambung balik. Ceshh padahal akal nak ushar muka awek comel yang dah jadi bini aku tu. haha gila jahat kan? (sebab tu la aku harap gf aku tak baca entry ni ) kah3x. ….Awak tak kisah kan sebab ni cuma mimpi. hua3x.

Sebenarnya kan, lepas perenggan yang atas tu aku dh stop taip entry ni, dan harini dah 14 hb baru aku bukak balik entry ni dalam draft Window Live aku. So memang dah tak ingat la ape jadi lepastu . Tapi ada sambungan sebenarnya mimpi tu sampai lah aku bangun pulak pukul 9 pagi. Arhh rugi la pulak aku tak taip awal awal. Kan dah lupa dah. Biasala dah terkena penyakit alzhemeir pra matang. Ciss . So sampai takat ni jela cerita mimpi aku yang bagi korang tak best ni. Tapi bagi aku bess sebab mana ada orag mimpi ada episod cam ni kan? Aku ada. Kau hado????

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)