Home » , » Pakatan Rakyat Umum Bajet 2012 Versi Pakatan

Pakatan Rakyat Umum Bajet 2012 Versi Pakatan

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, October 02, 2011 | 9:02 AM

KEPALA BATAS, 2 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan membentangkan Bajet 2012 perikatan itu esok - lima hari sebelum Putrajaya mengumumkan belanjawan tahunannya.

Ia merupakan bajet alternatif perikatan tersebut sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh kerajaan pusat di Parlimen. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 Jumaat ini.

Ketua Pembangkang berkata melalui pendekatan itu rakyat boleh menilai perbezaan ekonomi antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

“Jawatankuasa di kalangan pakar ekonomi PAS, DAP dan PKR mempersiapkan belanjawan kita sendiri, belanjawan kita... belanjawan Pakatan Rakyat dengan terperinci.

“...berapa jumlah pendapatan, berapa jumlah perbelanjaan, peruntukan kementerian berapa dan apa beza dasar Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Itu Alhamdulillah kita persiapkan dan pimpinan Pakatan Rakyat akan umumkan bersama belanjawan Pakatan Rakyat hari Isnin ini (esok),” katanya pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.

Anwar (gambar) yang juga Ketua Umum PKR berkata Bajet 2012 Pakatan Rakyat akan menjadi altenatif kepada Bajet 2012 dengan menekankan kepada agenda perubahan.

“Seminggu sebelum Menteri Kewangan Datuk Seri Najib umumkan Bajet 2012, beliau umum bajet kita umum belanjawan.

“Dan, saya yakin insya-Allah rakan-rakan dapat memanfaatkan waktu dengan sebaiknya mentelaah kerana kita bukan berbicara secara umum, kita bawa agenda perubahan... fahaman sejagat kita, konsep pembangunan kita, belanjawan kita, pemikiran yang bebas dan tidak sebagai pencacai alat penjajah selepas 54 tahun merdeka,” katanya.

 


wahhh hebat ni. PR memang bersungguh sungguh nak ambil Malaysia dalam PRU 13 nanti. Sampaikan dah buat Bajet sendiri walaupun belum memegang pemerintahan. Tapi tak pa, kita tengok siapa lebih hebat dalam merancang ekonomi. Najib taj gelabah ke?Anwar tu dah la kepala otak ekonomi nombor satu. ]

 

sumber

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)