sebelum ni aku pernah buat review tentang Honda Civic Type R Baru Yang Perhhhhhhhhh!!!. Dan harini, aku nak buat review jugak untuk kereta Honda. Wahh dah boleh jadi wakil iklan honda dah ni
HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.
“Kami berpuas hati dengan langkah kerajaan melanjutkan pelepasan cukai penuh bagi duti import dan duti eksais seperti dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata, berikutan sambutan hangat bagi model Honda Insight yang dilancarkan tahun lalu, pihaknya memutuskan untuk membawa satu lagi kenderaan hibrid ke negara ini.
“CR-Z bukan saja mesra alam, malah sangat mesra pengguna dan seronok untuk dipandu,” katanya.
Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu.
Gambar Honda CR-Z
sumpah supersportycantik!!! esok nak g beli satu la. haha macam ada duit . Nak makan pun jenuh mencari ada hati nak pakai kereta mahal. Angan angan kan satu impian. ! Info lanjut di ARENAKERETA
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)