Home » , » Gambar Dan Spesifikasi iPhone 4s

Gambar Dan Spesifikasi iPhone 4s

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, October 05, 2011 | 5:07 PM

iPhone 4S: Phil Schiller reveals Apple's pricing structure

Apple telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu iphone 4s yang menyerupai iphone 4 tetapi ditambah dengan spesifikasi yang lebih moden dan menarik dari aspek dalaman iphone itu sendiri. . Cip pemprosesan Dual Core A5 membolehkan iphone 4s berfungsi 2x lebih pantas dari sebelumnya. Kamera iphone 4s juga telah diubahsuai menjadi 8megapiksel optic  dengan fungsi untuk mengambil dan merakam secara HD yang lebih terang. Ia turt didatangkan dengan fungsi terbaru iaitu IOS 5 dengan lebih 200 features terbaru .

Dan feature terbaru yang paling menarik yang terdapat di dalam iphone 4s adalah Siri iaitu application yang bertindak hanya dengan mengenal suara anda. Cuma perlu cakap dan iphone akan bertindak mengikut arahan anda .Siri adalah satu system yang sangat hebat dan pintar. ia mendengar, memahami , boleh menjawap soalan dari anda dan menyelesaikan task anda tanpa perlu memegang iphone anda.  Maklumat lanjut berkaitan Siri boleh anda lihat dalam video attachment dibawah :

menarik dan berteknologi bukan?


namun pengumuman tentang iphone 4s sedikit membawa malapetaka kepada Apple dan saham mereka jatuh di Wall Street. Mungkin peminat menjangkakan iphone 5 yang akan diperkenalkan lepada umum tapi tidak, yang diperkenalkan hanyalah iphone 4 yang dipertingkatkan dengan function yang baru .

SAN FRANCISCO: Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.
Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan.

iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.
Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit. - AFP

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)