Home » , , » Mohd Solihin, Remaja Dibaling Helmet Meninggal Dunia

Mohd Solihin, Remaja Dibaling Helmet Meninggal Dunia

Written By Hafiz Rahman on Wednesday, September 14, 2011 | 11:16 PM

Berita dari laman Pas Kawasan Padang Besar melaporkan

Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi.


Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu.


Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.


Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas.

artikel berkaitan remaja tersebut boleh dirujuk di : Polis siasat punca remaja parah

AL FATIHAH untuk allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Dan kalau betul polis tu memang baling helmet, harap tindakan tegas . Paling tegas dikenakan sebab melibatkan kematian. Mungkin dia tak sengaja nak baling. Mungkin jugak mangsa nak melarikan diri. Tapi tak semestinya polis tu boleh buat sesuka hati dia nak main baling baling helmet kan? Tapi tak berani nak tuduh siapa siapa. Tunggu je la sampai kes selesai.

p/s : kakak aku cakap kes Aminulrasyid yang kena tembak tu akan diputuskan esok jam 11pg sama ada polis tu bersalah atau tidak. Esok ada taklimat pulak kul 10 . Kalau tak boleh aku ikut kakak aku pergi tengok . Dah tak de keje lain kan nak g mahkamah. haha

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)