tanda tanda lailatul qadar, cara mencari lailatul qadar, petanda lailatul qadar, bagaimana mengetahui malam lailatul qadar
10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.
UPDATE : KELEBIHAN MALAM LAILATULQADAR
Dibawah ni, aku nak berkongsi sedikit artikel yang dikeluarkan oleh laman : iLuvislam.com mengenai tanda tanda berlakunya Lailatul Qadar.
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
UPDATE : KELEBIHAN MALAM LAILATULQADAR
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Sumber : iLuvislam.com
#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka . semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!
13 comments
Assalamualaikum....
Pada pengalaman saya yang lepas2, sememangnya petua di atas boleh dipakai sebab malam tersebut telah menemukan saya dengan tanda malam lailatul qadar.....
Petunjuk yang menggembirakan saya....Terima kasih Ya Allah
beramal setiap mlm...
lebih amalan lebihlah yang kita dapat..
dengan doa:
meminta keampunan dari ALLAH..
semoga Allah mengizinkan kita untuk melihat mlam tsb
Assalamualaikum.....pada pengalaman saya,seperti pernah saya alami mlm lailatul qadar ini,tak silap saya berlaku pada tahun 1991,di mana pd mlm itu perjalanan blik ke kg,di tgh malam kalo tak silap jam 12 lbh.Suasana sangat sunyi,tdk pernah saya rasai suasana sebegini,pokok dan daun2 semuanya tunduk spt manusia tunduk menghormati seseorg.Cahaya terang benderang spt ada cahaya lampu sport light menyuluh di perjalanan kami.kami yang berada dlm kereta kehairanan dengan keadaan ini,tiba2 hati pakcik saya tersentak dan terpikir adakah ini yg dikatakan Malam Lailatul Qadar?dgn pantas dia menyuruh saya berdoa dengan apa jg yg saya hajati.Tidak ada lain doa saya adalah ingin lulus dalam exam SPM.Syukur alhamdulilah apa yg saya doakan dimakbulkn,sdgkn selama exam dan ujian sblm spm,tak pernah saya lulus.Saya sgt2 bersyukur dgn apa yg dihajati tercapai.Skrg saya sdh berjaya dan bertugas dgn pasukan keselamatan selama 19thn.Syukur alhamdulilah....amin
alhamdulilah terima kasih
saya insan biasa yg kerdil disisi maha besar.maha suci.maha kuasa allah..Masih mencari lailatulqadar..Semoga kita dipertemukan dgn malam lailatulqadar ini..Aamin
Save page
@Anonymous insyaAllah kita akan jumpa
@jR itu yg sebetulnya
@Aku Penghibur sama2 =)
Semoga kita perbanyakkan ibadat agar kita d pertemukan dgn malam lailatuqadar
Salam..sy xrasa sumber i luv islam adalah sumber yg sahih..maaf..
Orang Islam penuh dgn berbagai petunjuk, tapi masih ditahap miskin dunia dan akhirat
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)