Cerita ni aku dah dengar dari pagi tadi dalam wall facebook budak budak UiTM Kedah sendiri. Tapi masa tu belum keluar sebarang statement akhbar lagi . Kes ni jadi di Kolej yang aku pernah duduk selama 6semester iaitu Kolej Malinja. Dengar kata budak yang buat benda ni student Pra Undang Undang semester akhir dan mangsa pulak student Art n Design Part 1.tak tahu la pulak betul ke idok. Dengar2 macam tu la . Dan berikut adalah berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA.(ada anonymous yang kata berita ni tak sahih)..
UiTM Kedah
Seorang pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok dekat sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli, berumur lingkungan 20-an, sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
“Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek itu rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.
“Dipercayai suspek baru putus cinta sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali mengelar leher mangsa,” katanya.
Hashim berkata, mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis dihantar ke HospitalSultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.
“Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada IPTA terbabit pada kira-kira jam 6.15 pagi tadi dan tiba di hospital berkenaan kira-kira dua jam kemudian.
“Ketika saya tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi anak saya masih belum dibawa masuk untuk pembedahan, dia dibawa masuk ke dewan pembedahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim.
Katanya, anak lelakinya itu ditikam di leher sebelah kiri dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius.
Zulkifli berkata, beliau difahamkan bahawa anaknya tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan anaknya menyedari lehernya dikelar apabila pergi ke tandas.
“Berdasarkan apa yang saya tahu daripada anak saya sebelum dia menjalani pembedahan, dia sedar yang lehernya dikelar ketika dia pergi ke tandas ketika melihatnya di cermin,” katanya. – BERNAMA
Tempat kejadian : Kolej Malinja UiTM Kedah
perhh putus cinta tapi kelar leher member . Apakejadah la budak ni. Pergi la kelar leher ayam ke, burung puyuh ka. Boleh jugak buat bukak puasa. Ini member ko jugak nak dibedal. Tak pasal pasal masuk jail. Raya dalam penjara la jawabnya.
14 comments
kena rasuk ke apa ni? takleh fikir dengan betul, kesian jugak. berat jugak penangan putus cinta ni
hmmm..mcm2..mmg x waras..masyaAllah
cntik jgak view uitm kdh dri mlinja nie erk..??=)
@Azahtula pasal....ada otak tak mau guna ni la jadinya
@ema サニ nasib dah habis dah bljar kt situ..haha
@atiezhoho lari tajuk..haha
salam. bdk pre-law tu part1. berita bernama tak sahih, sebab itu hanya assumption.
huhuhuhu...takowt nk balik u huhu
Mangsa tu pun mulutnya boleh tahan...kurang ajar jugak... disebabkan kes tu, budak2 pre law kat sana didiskriminasi...
Berita ni memang sah sbab mangsa merupakan anak kazen saya. We just got the news this morning, was truely shocked . He's right now stabil right after 7 hrs operation. Luka agak dalam, dari apa yang doktor bagitahu lah. Sedih sangat sebab kami baru kehilangan ahli keluarga kami minggu lepas ( atuk kepada mangsa). Doakan keselamatan beliau semua
Assalamualaikum
berita ni macam tak berapa nak betul sebab saya students dekat situ dan ayah sy polis.jadi cerita dari berita tak berapa nak betul dari cerita sebenar
FAAAAKKKKKK, gila ganaih !!
waaa.....kolej ku dulu.......
waaa.....kolej ku dulu.......
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)