Home » , , , , » Paderi Gay Malaysia Kahwin Di Amerika 31 Ogos, Gambar Pasangan Paderi Gay

Paderi Gay Malaysia Kahwin Di Amerika 31 Ogos, Gambar Pasangan Paderi Gay

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 17, 2011 | 1:30 PM

Paderi Gay Pertama Malaysia Kahwin Di New York

KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.


Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.


Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.


Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).


Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.


"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. -

Reuters – KosmoOnline

#kalau kerajaan tak ambil apa apa tindakan, masalah sosial yang dah teruk di Malaysia ni akan menjadi bertambah parah dan tak boleh diselamatkan lagi. Tengok sekarang dah la. Macam macam hal jadi hari hari. Ini nak tambah lagi satu hal. Jangan sampai Malaysia kena bala macam negara negara lain. Tuhan tu maha berkuasa. Dia maha mengetahui dan kalau Allah kata “kun fayakun” . Habis punah segala kesenangan yang kita ada selama ini.

Artikel berkaitan boleh juga dibaca di New York Times :  Gay Malaysian Pastor’s Wedding Plans Stir Anger

Artikel dari MalaysianInsider : Government must stop gay pastor’s marriage, says Utusan

##Entry Menarik Sebelum Ini : Adlin Binti Abd Jalil Adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara? (pendedahan identiti sebenar )

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)