LOS ANGELES, 21 OGOS 2011: Sangat beruntung menjadi selebriti seperti Kim Kardashian. Apa tidaknya, selepas melangsungkan perkahwinan secara rasmi dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries, Kim telah menjual foto eksklusif majlis perkahwinan mereka secara eksklusif kepada majalah People dengan harga USD 1.5 juta atau RM 4,483,200.
Sebelum ini, sebuah majalah mingguan telah membeli hak ekslusif pertunangan mereka pada bulan Mei lalu dengan harga USD 300,000 (RM896,640.00). Kemudian, majalah OK! pula menawarkan harga sebanyak USD100,000 (RM298,880.00) untuk membuat liputan secara eksklusif terhadap majlis bridal showernya.
Akhirnya hak untuk mendapatkan liputan secara eksklusif terhadap proses majlia perkahwinannya berpihak kepada majalah People dengan harga USD1.5 juga. Nilai yang sebanyak itu khabarnya sudah mampu untuk menampung semula pembiayaan majlis perkahwinannya yang dikhabarkan telah mencapai sebanyak setengah juta dolar.
Tidak hanya setakat itu, gaun pengantin yang dipakai oleh Kim Kardashian pula merupakan pemberian daripada Vera Wang. Gaun tersebut berharga USD20,000.
Kim Kardashian secar rasminya telah berkahwin dengan Kris Humphries di Montecito, California pada malam Sabtu (20 Ogos 2011) baru-baru ini. Ramai selebriti yang hadir. Antaranya ialah seperti Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan. (sumber)
sumpah tinggi gila laki dia ni. Rasanya tak lama lagi si Kim ni teleng kepala sebab asyik nak kena melangut ke atas. haha
2 comments
Mak aih, macam galah laki dia ni! ntah2 aku paras pinggang dia je. dah la aku pendek -,-"
Tinggi si Khloe pun tak leh celen tinggi laki dia n abg ipar dia
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)