Home » , » Gambar dan Spesifikasi Duit Syiling Malaysia Baru Edisi Ketiga 2011

Gambar dan Spesifikasi Duit Syiling Malaysia Baru Edisi Ketiga 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 26, 2011 | 5:08 PM

Bank Negara Malaysia dah perkenalkan duit syiling keluaran ketiga yang akan mula dipakai bermula awal 2012. Semua duit 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen akan dikeluarkan dengan bentuk, wajah dan bahan yang baru yang lebih baik dari keluaran kedua syiling Malaysia.

SPESIFIKASI

RekaBentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:

Denominasi Ikon
50 sen Sulur Kacang
20 sen Bunga Melur
10 sen Orang Asli Motif
5 sen Destar Siga

  • Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ganmbar hadapan dan belakang syiling edisi ketiga Malaysia

SUMBER: BNM

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

1 comment

August 5, 2011 at 7:30 AM

Salam.
Ramai yang kata duit ni seperti Euro dan ramai juga yang kata ianya satu pembaziran.

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)