Home » , , , , , » Najib Razak Dan Rosmah Mansor Dikaitkan Dengan Pembunuhan Altantuya??

Najib Razak Dan Rosmah Mansor Dikaitkan Dengan Pembunuhan Altantuya??

Written By Hafiz Rahman on Thursday, April 14, 2011 | 12:06 PM

cerita ni dah agak lama senyap, tapi semalam dipanaskan balik bil RPK ataut Raja Petra kamarudin diwawancara oleh Buletin Utama berkaitan isu “Altantuya” .

petikan artikel dari MalaysiaInsider:

KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi,  TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu itu pernah berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.

Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya dari pejabat Tengku Razaleigh.

Dalam tulisannya hari ini, Raja Petra juga mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya dan kemudian diletupkan menggunakan C4 pada 2006.

Najib dan Rosmah dikaitkan dengan kes itu di mana rakannya yang juga seorang penganalisis politik, Abdul Razak Baginda turut dikenakan tuduhan tetapi dibebaskan kemudian.

Bagaimanapun dua pengawal peribadi Najib disabitkan kesalahan.

Raja Petra menambah bahawa apa yang beliau katakan dalam temu bual TV3 bukan satu pendedahan baru dan telah banyak kali disebutkan selepas menandatangani akuan bersumpah 2008.

“Saya memberitahu TV3 bahawa apa yang hendak saya katakan bukan sesuatu yang baru. Saya telah menulis dan bercakap mengenainya banyak kali sebelum ini. Malah, saya juga telah memberi kenyataan kepada polis ketika ditahan ISA.

“Dan, kenyataan ini direkodkan oleh polis,” katanya lagi.

Malah Raja Petra menulis, beliau bertemu dengan Nik Azmi dua kali pada 2008 sebelum bersetuju untuk mengeluarkan akuan bersumpah.

Katanya, ketika pertemuan pertama, Nik Azmi “mengaitkan Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam risikan tentera, memiliki laporan rahsia membuktikan bahawa Rosmah, Lt Kol Aziz Buyong, dan isterinya Lt Kol Norhayati Hassan, ada di lokasi Altantuya dibunuh. Bul meminta saya mendedahkan ini.”

Raja Petra menamakan Nik Azmi sebagai “Bul”.

“Saya memberitahu dia biar saya berfikir dulu. Isteri saya, bagaimanapun, tidak bersetuju (untuk mendedahkan perkara ini menerusi portal),” kata Raja Petra.

Raja Petra menambah, isterinya merasakan seolah-olah “cerita itu diada-adakan” dan Bul bukan merupakan sumber yang boleh dipercayai.

“Kita hanya boleh lakukan jika mereka tunjukkan laporan rahsia itu,” tulis beliau lagi.

Raja Petra berkata, Bul memberitahu bahawa laporan itu hanya boleh didedahkan selepas polis memulakan siasatan.

“Jadi, saya mendedahkan yang ini untuk memprovokasi polis agar melancarkan siasatan. Saya memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Raja Petra juga menulis bahawa ketika pertemuan kedua “Bul ada bertanya sama ada saya akan mendedahkan cerita ini dan saya memberitahunya bahawa tidak akan (berbuat demikian).”

“Saya memberitahu Bul bahawa saya pasti akan ditahan dan dituduh jika saya melakukan apa yang dia syorkan.

“Dia memberi jaminan bahawa jika yang itu berlaku (ditahan) dan dia mahu yang itu terjadi untuk rancangan (mereka) berjaya, maka laporan risikan tentera akan keluar,” kata blogger ini.

Katanya, Nik Azmi juga berjanji akan melindunginya dan memastikan tidak akan dipenjarakan.

Raja Petra berkata, beliau akan menulis satu artikel tetapi Nik Azmi mahukan akuan bersumpah memandangkan polis tidak boleh mengabaikan perisytiharan berkanun.

Beliau kemudian memanggil Pang dan diberitahu bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengenali Lt Kol Azmi dengan baik.

“Sebenarnya dia selalu ke pejabat Tengku Razaleigh dan Tengku Razaleigh juga tahu akan laporan risikan tentera berkaitan dengan Rosmah dan dua orang Lt Kol berada di tempat kejadian,” tulis beliau.

Raja Petra menulis beliau kemudian menghubungi blogger Din Merican, yang malam tadi turut menafikan dakwaan editor Malaysia Today itu, untuk memeriksa latar belakang  Lt Kol Azmi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Din menghubungi balik dan memberitahu bahawa Anwar tahu beliau dengan baik, dia selalu bertemu dengan Anwar dan dia boleh dipercayai,” katanya.

Raja Petra berkata selepas akuan bersumpahnya muncul beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dikenakan tuduhan hasutan dan fitnah.

“(Kemudian) saya bertanya Nik Azmi satu naskhah laporan (risikan itu).

“Bul berkata dia tidak ada (laporan) itu lagi. Keseluruhan fail sudah dicincang, kata Bul. Sudah pasti mereka ada naskhah sokongan, kata saya,” tulis Raja Petra.

Raja Petra seterusnya menulis Nik Azmi kemudian memberitahu beliau bahawa “maaf, tiada salinan sokongan.”

“Laporan itu sudah tidak wujud lagi. Sebenarnya keseluruhan fail itu sudah tidak wujud lagi,” katanya lagi.

Raja Petra juga berkata, beliau memberitahu polis perkara ini kepada polis ketika masih ditahan di bawah ISA.

laporan risikan tentera???macammana tu?takkan polis tak ambil laporan tentera tu, dan kenapa Polis macam senyap ja berkaitan “perkara” nie?Rosmah dan Najib tak dipanggil ke untuk bagi keterangan?

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)